ANAK SELALU DEMAM, BATUK, SELSEMA. APA TINDAKAN KITA?

Assalamualaikum semua…
Terima kasih kerana tak jemu-jemu mengunjungi JSJG. Sayang anda semua… :)

Hari ni saya nak ceritakan perihal anak kedua saya, Aleesya  yang dulunya sering terkena penyakit 3 serangkai ni…DEMAM, SELESEMA & BATUK. Almaklumlah, musim tak menentu satu, duduk di nursery pun ya juga. Jadi, kesianlah tengok hingus dia yang selalu saja mengalir. Selain itu, anak-anak saya termasuk yang sulung, Qistina memang kategori yang sering sahaja muntah ketika sedang tidur apabila terkena selesema dan batuk ni. Kata orang, bagus sebab mereka nak keluarkan kahak. Sebab ada yang sampai kena sedut keluar kahak di hospital. Tapi yang tak bagusnya, mulalah cadar kena basuh hari-hari dan mata mak diorang ni dah macam panda keesokan harinya..hehe…

Saya ni pula kurang setuju jika anak saya diberikan yang dibekalkan oleh klinik terutamanya  ubat batuk dan selesema. Biasanya saya akan monitor keadaan mereka. Sekiranya nampak teruk sangat, barulah saya akan bagi. itu pun selalunya dos yang diberikan kurang daripada dos yang dicadangkan doktor. Apatah lagi kalau doktor bagi antibiotik. Jawabnya, di tong sampahlah tempatnya. Bukan menidakkan kepakaran doktor, namun melaui pembacaan ditambah pula setelah mendengar penerangan seorang doktor melaui kakak saya, doktor tersebut memang kurang menggalakkan intake ubat-ubatan ini untuk kanak-kanak. Sebagai contoh, ubat selesema. Ubat ini bukan untuk memulihkan penyakit tersebut, tetapi untuk STOPKAN pada ketika itu. Sedangkan, segala kuman yang ada sebenarnya masih lagi terdapat di dalam badan mereka. ini juga salah satu punca kenapa penyakit yang sama kerap berulang.

Disebabkan ini, saya lebih suka mengambil pendekatan ubatan secara external. Sebagai contoh, saya akan menyapu kunyit hidup di hidung mereka ketika selesema. Dan saya memberi mereka madu apabila mereka batuk. Selain itu, saya sapukan minyak yang sesuia di belakang badan, dan juga dada. alhamdulillah, dengan izin Allah, nampaknya anak-anak saya sesuai dengan pendekatan sebegini. Kalau Qistina, asal je selesema, terus mintak saya sapukan kunyit hidung di hidungnya. hehe…



Tapi, kata orang PREVENTION IS BETTER THAN CURE. Ibarat kata, sudah terkena baru terngadah. Memandangkan anak saya ditinggalkan di nursery sapanjang hari, bermakna dia akan bercampur dengan kanak-kanak lain yang mungkin terkena jangkitan, saya telah memberinya OMEGA GUARD, ESP dan juga MEALSHAKES. Gabungan tiga serangkai ini sangat berkesan untuk melawan penyakit tiga serangkai ini. Ia boleh meningkatkan imunisasi badan selain mengandungi beberapa zat lain untuk tujuan pembesaran dan pembinaan tulang. 

Untuk tahu BERAPA DOS YANG DIPERLUKAN, FUNGSI-FUNGSI PENTING SETIAP SATUNYA, ikuti ENTRY SAYA yang seterusnya ye…

1 comment for “ANAK SELALU DEMAM, BATUK, SELSEMA. APA TINDAKAN KITA?

  1. February 1, 2013 at 3:21 pm

    bagus ni

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge