Pentingnya Vitamin C untuk kanak-kanak…

Assalamualaikum….
Pagi nie saya ingin berkongsi dengan anda semua betapa pentingnya vitamin untuk kanak-kanak….Sebelum ni saya kongsikan kelebihan & kepentingan vitamin untuk orang dewasa….

Seperti yang sedia maklum sejak kecil lagi kita telah di dedahkan dengan kepentingan vitamin C kepada kesihatan badan. Malahan apabila semakin meningkat usia, ramai orang berusaha untuk menjaga kecantikan diri dengan mengambil rawatan vitamin C. Apakah khasiat sebenar vitamin C? Apakah peranan vitamin C di dalam kehidupan kita? Mari kita terokai komponen makanan ini yang mampu membantu kesihatan kita tanpa mengenal peringkat usia. 


Apa itu Vitamin C?


Vitamin C adalah sejenis vitamin yang sangat diperlukan oleh badan. Ianya juga turut dikenali dengan nama Asid Askorbik. Di kalangan kanak-kanak yang berusia antara 1 hingga 6 tahun, mereka memerlukan sekurang-kurangnya sebanyak 30 mg vitamin C dalam sehari. Manakala kanak-kanak yang berusia antara 7-9 tahun pula memerlukan sebanyak 35 mg sehari.


Vitamin C amat penting dalam pembentukan tulang. Hal ini kerana, vitamin C dapat membantu tubuh dalam pembentukan kolagen. Kolagen membantu di dalam memastikan tulang, otot, gigi serta kulit berada di dalam keadaan sihat serta kuat. Selain itu, vitamin C juga dapat membantu dalam penyerapan zat besi di dalam badan (zat besi amat penting dalam pembentukan hemoglobin darah merah).

Selain memastikan tekanan darah berada di dalam keadaan normal, vitamin C juga membantu dalam merendahkan tahap kolesterol di dalam badan. Oleh kerana sifatnya yang larut dalam air, vitamin C turut dapat menyingkirkan kolesterol yang melekat pada dinding-dinding arteri.



Tahukah anda


Vitamin C memainkan peranan penting dalam memelihara kandungan antioksidan semulajadi tubuh, Ini kerana antioksida dapat membantu dalam melindungi sel dan tisu di dalam badan termasuklah sel-sel di otak serta mata serta penting untuk tulang, gigi dan gusi yang sihat serta keseluruhan kesihatan yang baik.  Vitamin C tambahan diperlukan bagi ibu-ibu mengandung dan yang sedang menyusukan bayi di mana diet harian sahaja tidak mampu memberikan vitamin C yang mencukupi. Dengan pencemaran global yang berlaku di dunia ini, maka amat penting sekali pengambilan vitamin C di ambil oleh setiap lapisan masyarakat. Ini adalah wajar, demi mengelakkan diri dari risiko penyakit yang berbahaya.


 



Demi memastikan anak anda mendapat sumber Vitamin C yang mencukupi, maka anda perlu memastikan mereka menikmati pelbagai jenis makanan yang kaya dengan vitamin C. Sebagai contoh, buah-buahan segar seperti lemon dan limau.,serta sayur-sayuran seperti kubis dan tomato.Sungguhpun begitu, vitamin C adalah sejenis vitamin yang larut di dalam air. Adalah di galakkan untuk menikmati makanan seperti buah-buahan yang tidak mengalami proses memasak. Hal ini kerana, di khuatiri vitamin C tersebut akan larut di dalam air tanpa sempat kita menikmatinya. 


Kekurangan vitamin C


Tanpa kita sedari, kekurangan pengambilan makanan yang mengandungi vitamin C akan dapat mengundang risiko yang berbahaya kepada kita. Sebagai contoh, pernahkah kita sedari bahawa secara tiba-tiba kita menghadapi keadaan gusi berdarah? kesan luka yang kita alami mengambil masa yang lama untuk sembuh? 


Perkara-perkara seperti di atas sebenarnya menunjukkan ciri-ciri seseorang yang mengalami kekurangan vitamin C di dalam badan. Untuk itu, amat penting sekali bagi kita memastikan agar jumlah vitamin C di dalam badan mencukupi demi penjagaan kesihatan kita seharian. Jika di lihat pada pasaraya-pasaraya berdekatan turut menawarkan pelbagai jenis makanan tambahan sama ada dalam bentuk pil mahupun cecair yang mengandungi vitamin C. Sebelum anda membuat keputusan untuk menggunakan sebarang produk kesihatan, maka anda seharusnya mengkaji dulu Vitamin C yang perlu anda ambil untuk anak anda..adakah ianya bersesuaian??.


Disini ada fakta dan ciri2 kebaikan Chewable Vitamin C Shaklee ni..Mari kita teliti sama2;-


Fakta Vitamin C


Tubuh badan anda boleh melakukan banyak perkara, tetapi ia tidak boleh membuat atau menyimpan vitamin C.


Antara kelebihan Chewable Vita-C 100mg ini:-


 


*Membantu mengekalkan pertahanan semulajadi tubuh badan


*Ia ideal juga untuk kanak-kanak atau sesiapa sahaja yang sukar untuk menelan pil.


*Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.


*Membantu anda menjaga kesihatan gigi dan gusi serta struktur tulang. Ia sangat penting bagi gigi yang kuat dan gusi yang sihat


*Meningkatkan penyerapan zat besi daripada sumber bukan daging


*Untuk kesihatan tulang, gigi, gusi serta juga struktur am tubuh badan.


*Memainkan peranan penting dalam memelihara kandungan antioksidan semulajadi tubuh dan juga penting untuk keseluruhan kesihatan yang baik.


*Chewable Vita-C dengan rasa limau dapat menyediakan Vitamin C setara 1½ buah oren.



BERMINAT NAK MENCUBA??
boleh sms/wasap ke 014 669 2610
email : poshykidz@yahoo.com
page: Jom Sihat Jom Gojes

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge