Anak Soleh Idaman Ibu bapa

Assalamualaikum pengunjung JSJG…

Bagaimana dengan cuti raya cina anda semua? Ada dapat angpow?hehe….Cuti kali ni sangat beraya sakan. Macam dah raya aidilfitri pulak rasanya. Dari Nilai–>Labis–>Segamat–>JB–>Mersing–>Labis–>Nilai. Malam tadi pukul 8 baru sampai. Tapi kali ni tak penat sangat. Mungkin sebab akak dah start tidur bermula jem sampai penghujung jem..hehe. Kalau tak, penat jugak tengok kereta bersusun-susun atas jalan.


kucing pun boleh membebel kalau jalan jem..haip2, takmo stress2.gi makan B complex tu..bagi jiwa tenang..


Anak pertama akak, qistina taknak ikut akak balik ke Nilai. Nak duduk rumah PakNgah katanya. Harap-harap tempoh dia berada di rumah PakNgahnya, behave la hendaknya. Bukan apa, takut menyusahkan orang. Tapi setiap kali balik Johor, setiap kali itulah dia merayu. Kerana kesian. ok la mama tinggalkan. Sebabnya sekejapan sahaja. Tinggalkan hari Selasa, Jumaat dah balik Johor semula ambil dia. Jangan taknak balik sudah la..meraung mama ni kat umah takde geng gaduh…hehe ;)

Ok, hari ni akak nak kongsikan satu doa pendek untuk memohon anak kita menjadi anak yang soleh/solehah. Tengok je poster di bawah & hafal k..akak pun dalam proses menghafal ni. kadang-kadang, bila usia menginjak makin banyak ni, susah nak lekat. Harapnya  benda-benda baik mudahlah Allah bagi ingat…Ameeen…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge