Umat Islam & Valentines Day

Assalamualaikum pengunjung JSJG…

Alkisahnya esok konon-konon hari Valentine. Sejujurnya akak mengaku, dulu masa tingkatan-tingkatan dan zaman jahiliah universiti, adalah  sambut hari Valentine ni. Tapi bukanlah sehingga buat perkara tak senonoh. Tukar-tukar hadiah je. Bila teringat, rasa bodoh dan jahil sangat. Kenapalah nak ikut budaya barat tanpa usul periksa. Masa tu kononnya bukan kerana terikut barat tetapi kononnya nak tunjukkan kasih sayang kat pakwe dengan bagi present. Hmmm, entah ke mana dah mamat tu pun tak tahu. Buat rugi je beli cekelat n present.. ;(



Naudzubillah..harap-harap keturunan akak dan pembaca blog ni takkan ada lagi yang menyambut Valentine ni. Rasanya semua pun dah maklum bagaimana wujudnya hari Valentine. Valentine ni diambil sempena nama seorang paderi yang sangat berpengaruh di Sepanyol iaitu St. Valentino. Dialah orang yang bertanggungjawab menghancurkan tamadun Islam ketika pemerintahan Ratu Isabella. Dengan kemenangan tersebut, Ratu telah mengisytiharkan 14 februari adalah tarikh penting untuk mengingati kemenangan Kristian ke atas orang Islam. Jadi, jika kita meraikannya, samalah juga seperti kita merayakan kemenangan Kristian ke atas orang Islam. Masha Allah…

Jadi adik-adik, sekiranya nak berbuat sesuatu, fikirkan dan buatlah sedikit research sebelum melakukan sesuatu perkara. Jangan terlalu mudah dan membuta tuli mengikut telunjuk barat. Diorang tengah gembira tau tengok kita ikut je telunjuk barat dan yahudi Laknatullah.

Di bawah adalah Fatwa berhubung sambutan Hari Valentine.

KEPUTUSAN FATWA

Sehubungan itu, kertas kerja berkaitan dengan hukum umat Islam menyambut Hari Kekasih ( Valentine’s Day ) telah dibentang dan dibahaskan dengan teliti oleh Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor pada 25 Zulkaedah 1426 Hijriah bersamaan 27 hb Disember 2005 Miladiah. Setelah dilihat dengan penuh penelitian, maka Jawatankuasa Fatwa mengambil keputusan sebagaimana berikut :
 .
Alhamdulillah fatwanya adalah seperti berikut :
“Amalan merayakan hari kekasih ( Valentine Day ) tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah dilarang oleh Islam yang jelas bercanggah dengan aqidah, syariah dan akhlak Islamiah. Oleh itu umat Islam adalah DILARANG daripada melibatkan diri di dalam meraikan hari tersebut. ”

Alhamdulillah..sekurang-kurangnya Fatwa telah dikeluarkan dan kita telah jelas tentang isu ini. Cuma pada hemat akak, kebanyakan dari kita sudah tahu mengenai keburukan Hari Valentine. Tetapi kenapa media masih lagi memaparkan cerita berkaitan Valentine seolah-olahnya menggalakkan pula. Televisyen dan radio sama sahaja. Semoga kita semua dilindungi Allah dari bala bencana. Pernah dengar kan, kerana seorang sahaja yang melakukan dosa, seluruh umat/ kawasan akan ditimpa bencana. Semoga kita terhindar dari semua itu. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge