Tip dan Makanan Yang Meningkatkan Metabolisma

Assalamalaikum semua…
Hari ni dan hari ke 9 berpuasa. Pejam Celik, Pejam Celik..sekejapan sahaja masa berlalu. Bagaimana persiapan raya anda. Akak dah settlekan sebelum berpuasa..almaklumlah bonus Shaklee agak masyuk sebelum raya hari tu. Daripada bazirkan kat benda lain, lebih baik belikan barang-barang keperluan raya. Alhamdulillah, rasnya belum tahap membazir. Belikan untuk anak-anak, suami, mak ayah dan tentunya untuk diri sendiri sebagai reward atas usaha kita jalankan bisnes.

Memandangkan bulan puasa ni agak ramai kaum wanita juga lelaki yang ambil kesempatan untuk menurunkan berat badan, akak nak kongsi beberapa tips untuk meningkatkan kadar metabolisma. Maklumlah, semakin berusia makin berkurang metabolisma kita. Jadi, itulah penyebab berat badan kita sukar nak turun walaupun kita cuba untuk control makan.
Dari siri pencarian yang akak lakukan, terbukti metabolisma adalah ejen terpenting untuk menurunkan berat badan. Individu yang mempunyai metabolisma yang tinggi mudah untuk menurunkan berat badan berbanding mereka yang mempunyai metabolisma yang rendah. Metabolisma adalah satu aktiviti pembakaran kalori atau tenaga yang dilakukan ketika kita sedang melakukan aktiviti mahupun ketika kita sedang berehat atau tidur. Aktiviti pembakaran kalori ini diperlukan untuk mengekalkan fungsi asas badan. Metabolisma adalah berbeza bagi setiap individu mengikut jumlah otot dan lemak seseorang. Tisu otot membakar atau menggunakan lebih banyak kalori dan tenaga untuk mengekalkan fungsi asas badan berbanding lemak. Disebabkan itu lelaki mempunyai lebih tinggi metabolisme kerana mereka mempunyai lebih otot berbanding wanita. Jadi, jika objektif anda adalah untuk menurunkan berat badan, makanya fokus kita perlu terarah kepada bagaimana untuk meningkatkan kadar metabolisma.
Berikut adalah beberapa tips bagaimana kita boleh meningkatkan kadar metabolisma yang semakin menurun kesan dari penigkatan usia:
  • Minum air kosong dengan cukup. Definisi cukup ialah 8 gelas air kosong setiap hari. Ia membantu untuk memproses kalori di dalam badan. Apabila badan kita kekurangan air, kadar metabolisma kita akan menurun. Sebaiknya, latih diri anda untuk meminum air masak sebelum makan.
  • Ambil supplement KALSIUM. Kajian membuktikan kakurangan kalsium dalam badan menyebabkan badan bergantung kepada lemak untuk mengekalkan fungsi badan. Walhal lemak tempat bergantung itu sebenarnya boleh dibakar. Sudahnya, lemak tersebut kekal di dalam badan. Jika kita cukup kalsium, bermakna lebih banyak lemak yang boleh dibakar.
  • Makan dengan kunatiti yang sedikit tetapi kerap dalam tempoh 3-4 jam sekali. Tapi janganlah setiap 3-4 jam tu makan nasi. Mungkin boleh diganti dengan snek low calori seperti fitness ceral, kekacang seperti badam dan walnut, kurma dan buah-buahan lain. Pengambilan snek sihat mampu untuk tingkatkan kadar metabolisma sekaligus mengurangkan rasa lapar ketika lunch dan dinner
  • Bina otot. Haa…takut dengar kan. Bina otot sangat penting supaya metabolisma kita makij tinggi. Sebab penerangan di atas pun dah nyatakan pembakaran kalori adalah dua kali ganda di bahagian otot berbanding lemak. Jadi lebihkan protein untuk bina otot anda. Minuman high protein seperti cinch Shaklee juga membantu untuk membina otot dan meningkatkan kadar metabolisma. Selain itu, senaman juga bagus untuk  membina otot.
  • Jangan STRESS. Tahukah anda apabila anda stress jumlah kortisol turut meningkat? Kortisol merupakan hormon yang memberitahu tubuh kita supaya menyimpan lemak sebagai persediaan sekiranya berlaku lagi peristiwa yang bertekanan tinggi.
  • Ambil teh hijau. Ia mengandungi polifenol yang dapat meningkatkan kadar metabolisma badan. Ambil 4 atau 5 cawan sehari untuk lihat kesannya. 
  • Pedas. Untung siapa yang suka makan pedas. Kandungan capsaicin di dalam cili mampu membakar kalori sehingga 30minit selepas anda memakannya. Cuma hati-hati dengan bijinya yang berkemungkinan boleh membawa kepada penyakit appendiks.
  • Ambil vitamin C bersama-sama kalsium. Penyerapan Kalsium adalah di tahap optimum apabila diambil bersama. gabungan kedua-dua vitamin ini membantu meningkatkan metabolisma.
  • Tidur 7 hingga 8 jam setiap malam. Kekurangan tidur boleh mengganggu kebolehan tubuh untuk membakar kalori.
  • Minum kopi tanpa gula atau creamer/susu pekat. Kopi sememangnya terbukti sebagai antioksidan dan membantu meningkatkan metabolisma.
  • Campurkan ais di dalam air kosong mampu membakar lebih kalori. Tetapi ianya tidak menjadi apabila air tersebut dicampur gula atau susu. Elakkan juga minum ais selepas makan kerana lelemak yang dimakan tadi mungkin akan melekat dalam badan.
  • Elakkan crash diet walaupun pada mulanya ia berkesan untuk menurunkan berat badan. Crash diet didefinisikan sebagai pengambilan makanan yang kurang daripda 1000 kalori/day. Ianya boleh menyebabkan badan mengalami kemerosotan otot dan membawa kepada penurunan metabolisma. Berat pula akan mudah naik jika tak patuh kepada pengambilan 1000 kalori sehari. 
Kesimpulannya, untuk kurus kita perlu elakkan crash diet supaya otot kita tidak rosak. Makan makanan yang high fiber dan tinggi protein dalam jumlah yang sekadarnya tetapi kerap. Kurangkan minuman bergula dan elakkan susu pekat. Boleh tambahkan elemen pedas dalam makanan dan cuba minum teh hijau sebagai minuman tengah hari dan petang. 
Sebagai tambahan, lakukan aktiviti riadah tiga kali seminggu dan ambil supplement tambahan untuk bina otot, pecahkan segala lemak-lemak degil dan akhinya detox lemak-lemak tersebut.
Sebagai penutup, nak share dengan korang supplement slim Shaklee yang akak amalkan dan alhamdulillah sangat membantu dalam proses menurunkan berat badan. Tiga supplement sahaja yang anda perlu ambil untuk turunkan berat badan iaitu cinch, lecithin dan herblax. Bagi yang nak kesan lebih bagus, lecithin boleh digantikan dengan omega guard. 

Jika berminat dengan produk ni dan nak akak consult dan kongsikan menu sihat bersama Shaklee, boleh sms/whatsapp ke 014 669 2610

2 comments for “Tip dan Makanan Yang Meningkatkan Metabolisma

  1. arefeeza
    January 28, 2015 at 12:29 pm

    boleh saya syer

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge