Bahaya Diet Segera atau Diet YO YO

Assalamualaikum wbt..
Salam Sejahtera…
Bersempena promosi Alfalfa super grand bulan ni, akak nak kongsi sedikit info mengenai diet segera. Ada jugak yang memanggilnya sebagai diet yoyo. Diet segera ni ialah amalan diet secara drastik atau pengambilan ubat kurus yang terlarang. Sama seperti namanya, diet segera hanya berkesan untuk sementara waktu tetapi boleh memberi kesan buruk di kemudian hari.
Apabila anda mengamalkan diet secara drastik, berat anda sememangnya boleh turun dengan mendadak namun kehilangan berat badan tersebut daripada nahagian otot dan selebihnya air. Selepas tempoh tertentu, berat anda mulai statik walaupun pengambilan makanan semakin berkurang ataupun sama. Perkara sebeginilah yang membuatkan ramai kecewa kerana penurunan tidak lagi berlaku. Akibat daripada rasa kecewa tersebut, ramailah yang mula mengambil makanan tanpa had semula. 
Apabila kita mengambil makanan kurang daripada kalori yang diperlukan (1200 bagi wanita dan 1800 bagi lelaki), badan kekurangan protein untuk diproses sebagai tenaga. Oleh itu, otot sedia ada di dalam badan diambil sebagai ganti untuk mendapatkan tenaga. Lebih malang lagi, lemak pula kekal tersimpan dalam badan. Kehilangan otot badan menyebabkan penurunan berat badan berlaku.
Tetapi, ramai yang tidak tahu bahawa otot adalah komponen penting untuk meningkatkan kadar metabolisma. Kebanyakan rakyat Malaysia terdedah kepada masalah obesiti akibat daripada penurunan kadar metabolisma. Apabila badan menggunakan protein daripada otot untuk menampung keperluan tenaga, otot menjadi semakin berkurang. Berkurangnya otot bermakna kadar metabolisma badan makin menurun.
Metabolisma yang menurun ini bukan mudah untuk diganti semula. Terdapat beberapa kaedah dan pemakanan sesuai untuk meningkatkan metabolisma.. Apabila metabolisma semakin berkurang, keupayaan membakar kalori juga semakin lemah. Oleh kerana itulah, apabila anda mulai kepada tabiat pemakanan yang tidak terkawal, berat anda boleh naik berkali ganda daripada sebelum ini kerana metabolisma anda semakin rendah.
Akibat pemakanan yang tidak terkawal, maka terdapat lebihan kalori serta tenaga yang tidak digunakan yang kemudiannya disimpan sebagai lemak. Sekiranya anda tidak workout atau bersenam, kemungkinan besar lemak ini akan kekal tersimpan menyebabkan masalah kegemukan berulang kembali.
Disebabkan masalah-masalah berbangkit di kemudian hari inilah yang menyebabkan diet segera sangat bahaya untuk diamalkan. Kegemukan bukan sahaja tidak elok dipandang, malahan boleh menjurus kepada beberapa penyakit seperti diabetis, tinggi kolestrol, jantung dan juga obesiti.
Selain itu, penggunaan ubatan untuk kurus yang tidak mendapat kelulusan daripada KKM adalah dilarang sama sekali. Walaupun ubatannya boleh menyebabkan selera makan anda berkurang, sangat dikhuatiri ianya mengandungi jenis-jenis dadah yang tentunya memberi kesan buruk kepada fungsi tubuh. Selain itu, ubatan sebegini juga boleh mengakibatkan berat anda bertambah berkali ganda apabila berhenti menggunakannya. 
Anda juga seharusnya peka dengan kandungan zat setiap makanan yang anda ambil. Pastikan hidangan anda lengkap dengan sumber karbohidrat ( tak perlu terlalu banyak), protein dan vitamin C. Kekurangan zat juga menyebabkan anda sering lapar walaupun anda sudah pun makan berlebihan.
Oleh itu, cuba amalkan beberapa tips untuk mengelakkan anda daripada diet segera:
  • Kenali dan faham tentang pengambilan kalori harian anda
  • Elakkan mengambil ubat kurus yang tiada pengesahan KKM
  • Pastikan makanan yang anda ambil lengkap dengan zat yang diperlukan
  • Makan dalam kuantiti yang sedikit tetapi kerap
  • Makan makanan yang boleh menyumbang kepada peningkatkan kadar metabolisma. Sila baca sini
  • Jangan terlalu ikutkan perasaan untuk crash diet. Kurangkan pemakanan anda sedikit demi sedikit. Bukan dengan mendadak.

Di Shaklee, rangkaian weight management kami iaitu Cinch, Lecithin dan Herblax; sememangnya lengkap dan tidak memudaratkan. Dimulakan dengan Cinch sebagai makanan gantian untuk sarapan atau makan malam. Ianya memberi rasa kenyang berpanjangan serta mampu membina otot bagi meningkatkan kadar metabolisma.
Lecithin pula membantu mengurangkan masalah tinggi kolestrol kerana fungsinya sebagai pemecah lemak. Lemak degil, yang baru atau yang lama akan dipecahkan oleh lecithin. Akhir sekali, penggunaan Herblax sebagai ejen detox akan menyingkirkan segala toksin dan lemak-lemak yang telah dipecahkan oleh Lecithin.
Gabungan mantap ketiga-tiga produk ini mampu untuk menyelesaikan masalah obesiti dan banyak feedback positif daripada pengguna selepas menggunakan rangkaian set weight management. Jika anda antara mereka yang hampir putus asa akibat dari berat badan turun naik seperti yoyo, jangan risau. Shaklee boleh membantu anda dalam pengurusan berat badan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge