Home Made Cheezy Ball

Assalamualaikum wbt..
Salam Sejahtera & Selamat berhujung minggu…
Hari ni Ahad terasa rajin pulak nak cuba something new. Sebenarnya nak cuba buat something yang boleh anak-anak involve sekali. Nak bagi dorang seronok weekend2 ni. Selalu tolong mama kacau telur untuk digoreng atau tepung untuk buat cucur. Kek2 mak tak reti..huhu. Tunggu bulan Februauri kita belajar. Time tu dah tak payah pikir pasal ofis dah >_____<
Untuk hari ni, akak cuba buat Cheezy Ball ala-ala KFC. Sebenarnya akak amik resepi ni dari newsfeed FB (resepi asal dari kak Chaq, tak boleh nak linkback sebab dari FB). So jom kita tengok bahan-bahan dan cara-caranya k.
Bahan-Bahan:
350g ubi kentang yang dilecek (rebus dengan sedikit garam & toskan air)
250g tepung gandum yang diayak
4-5 biji telur (Pecahkan dan pukul telur dalam mangkuk yang lain.)
Serbuk lada
Keju Cheddar(potong dadu)
Serbuk roti
Sedikit garam
Cara-cara:
1. Lenyek ubi kentang bersama-sama tepung ,serbuk lada dan sedikit garam. Gaul sehingga sebati. Tak perlu tambah air sebab kentang sudah lembut.
2. Ambil adunan tadi, leprkan dan masukkan keju yang sudah dipotong dadu tadi. Gentel adunan menjadi bentuk bulat sehingga menutupi keju. (jangan buat besar sangat. Nanti tebal kulit tak tersa keju pulak)
3. Golek-golekkan dalam serbuk roti.
4. Golekkan pula dalam telur yang telah dipukul tadi.
5. Golekkan semula dalam serbuk roti sehingga menutupi adunan tadi.
6. Ulang sehingga habis.
7. Goreng dalam api yang panas tapi dengan api perlahan.

Haa…mudah je kan? Saiz ball tu kami tu tak sama sebab masa buat tu anak-anak pun join. Kalau ikut diorang macam-macam bentuk lagi yang nak dibuat. Hehe…
Masing-masing seronok dan berbangga dengan hasil masakan mereka. Kobar-kobar ajak papa dorang breakfast cepat-cepat. Senang je sebenarnya nak bagi dorang happy :)
Selamat mencuba.. =)
Ok, hari ni nak kena setelkan rumah cepat-cepat sebab nak bersiap ke Master Celebration Shaklee. Nantikan update dari akak k..

Nasib takde bentuk gajah di sini =D

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge