Cara Mendaftar Shaklee dan Kelebihan Jadi Ahli Shaklee

Assalamualaikum wbt..
Salam Sejahtera..

Kerap kali saya mendengar dan melihat terlalu ramai ibu di luar sana melemparkan keluhan tehadap taska dan pembantu rumah yang ditugaskan untuk menjaga anak-anak ketika ibu bapa keluar bekerja. Kerana saya dulu pun begitu, banyak ketidakpuasan hati terhadap taska yang terpaksa dipendamkan dek kerana terpaksa keluar bekerja. Saya sangat memahami perasaan itu. Disebabkan itu saya terpanggil untuk berkongsi dengan anda semua terutama kaum ibu, bagaimana anda boleh menjaga anak sendiri tetapi dalam masa yang sama poket anda penuh dengan pendapatan belasan ribu sebulan.

Itu yang terjadi pada saya sebelum ini. Hantar anak ke taska jam 8 pagi, jam 6 petang baru bertemu muka kembali dengan mereka. Sampai di rumah, banyak lagi tugas menunggu walaupun makan malam banyak beli daripada masak sendiri. Nak bermanja dengan anak pun cuma ada masa lebih kurang sejam je sebelum mereka masuk tidur. Sedih bila terfikirkan perkara ini. Adakah itu yang kita mahukan setelah mengandungkan mereka selama sembilan bulan? Hanya sejam je sehari masa untuk mereka? Tetapi saya tak punya pilihan waktu itu sehinggalah sesuatu terjadi di taska yang membuatkan saya buka mata hati untuk mencuba bisnes Shaklee.

Alhamdulillah, saya cuma ambil masa setahun dalam Shaklee sebelum melepaskan jawatan sebagai jurutera. Malahan tempoh setahun ni, pendapatan saya dalam Shaklee melebihi 3 kali ganda dari gaji saya yang dulu. Tiada kesalan langsung malah saya puas dapat menjaga anak-anak dengan tangan saya sendiri. Tidak ada apa-apa lagi yang perlu saya fikirkan kerana mereka berada di depan mata saya sepanjang masa. Syukur sangat-sangat.

Disebabkan rasa tanggungjawab dan perasaan ingin berkongsi, saya mengajak anda semua untuk mencuba bisnes Shaklee kerana ianya sememangnya terbukti sebagai jalan menuju bebas kewangan. Jika anda bersedia dan ingin tahu bagaimana ingin menjadi ahli Shaklee dan ingin mengetahui apa kelebihannya, sila teruskan bacaan anda.

Di bawah ini saya kongsikan beberapa cara bagaimana nak jadi ahli Shaklee dan apa pula kelebihannya apabila anda menjadi ahli Shaklee yang berdaftar melalui kumpulan saya.


Cara Jadi Ahli Shaklee

Ada dua cara untuk menjadi ahli Shaklee
  • Anda boleh buat bayaran sebanyak RM75 sebagai yuran keahlian seumur hidup. Dengan RM75 (termasuk RM10 postage) anda akan diberikan member kit yang mengandungi info produk, katalog dan juga sistem bisnes Shaklee. Tiga perkara ni sangatlah penting sekiranya anda ingin berbisnes secara serius bersama Shaklee.
  • Jika anda pengguna tegar Shaklee, ada caranya untuk anda mendapat keahlian Shaklee secara percuma. Caranya seperti di bawah:
    1. Buat belian barangan Shaklee yang anda biasa guna sekurang-kurangnya RM650 atau bersamaan 200UV. Jika rasa seperti amount RM650 banyak, anda boleh tanyakan kawan-kawan atau saudara mara dan kumpul order dari mereka. 
    2. Atau pun jika anda sememangnya menggunakan Vivix secara rutin, buat belian sebanyak 2 botol dalam satu resit, anda akan dapat keahlian percuma. 
    3. Atau jika anda pengguna tegar kolagen, buat belian sebanyak 3 kotak, anda akan dapat keahlian percuma. 


  • Dengan belian sebanyak 200UV ini, anda berpeluang pula mendapat bonus sebanyak RM30+ pada bulan hadapan. Bermakna anda jimat lebih RM100 tau..Yuran keahlian (RM75) dan juga cash bonus (RM30+). Jadi untung sesangat.

    Bila hati dah nekad nak jadi ahli Shaklee, apa yang perlu dibuat? 

    Anda hanya perlu hubungi saya samada pm di FB (Maria Awi) atau pun sms/whatsapp saya di 0146692610. Selepas membuat bayaran, anda hanya perlu berikan detail berkaitan dan saya akan register keahlian secara online. Mudah saja. Hanya selepas beberapa minit, anda akan mendapat ID Shaklee yang aktif dan sudah pun menjadi ahli Shaklee. Mudah je kan?


                                            


    Kelebihan Menjadi Ahli Shaklee

    • Berkuatkuasa tahun 2014, semua ejen Shaklee wajib menjual produk Shaklee dengan harga retail kepada pelanggan yang bukan ahli. Maka, secara tidak langsung untung runcit setiap produk Shaklee boleh menjangkau lebih kurang 30% untuk satu-satu produk.  Oleh itu, masa inilah masa terbaik untuk anda daftar dan menjadi ahli Shaklee.
    • Shaklee menawarkan 3 C kepada semua ejennya. Cash bonus, Car bonus & Convention Bonus. Cash bonus akan diberikan setiap pertengahan bulan berdasarkan pencapaian bulanan masing-masing. Banyak jualannya, makin banyak la cash bonus sehingga boleh mencapai 5 hingga 6 angka tau. Saya dah rasa 5 angka, sekarang berusaha untuk mencapai cash bonus 6 angka. Tiada beza pun antara kita. paling penting ada kemahuan dan berada dalam kumpulan yang tepat.
    • Selain Cash bulanan setiap bulan, ejen juga diberi keistimewaan untuk grab Car Bonus dan juga Convention Bonus. Alhamdulillah, saya telah merasai ketiga-tiga C yang Shaklee tawarkan ni. Syukur sangat-sangat.
    • Jika anda sertai Shaklee dengan kumpulan yang TEPAT, sudah tentu anda akan dididik dengan tepat bagaimana caranya untuk membuat bisnes dengan cara yang tepat. Apabila melakukan bisnes dengan cara yang tepat, maka mudahlah untuk anda menambah pendapatan dari sebulan ke sebulan. Dalam Shaklee, increament bulanan sebanyak seribu atau lebih dari seribu adalah perkara biasa. Sudah tentu anda tidak berpeluang memperolehinya sekiranya anda bekerja makan gaji.
    • Berpeluang menunaikan Umrah atau pun International trip secara VVIP treat. Bayangkan jika kita menunggu giliran dengan Tabung Haji, tak tahulah tahun berapa baru berpeluang untuk ke Mekah. Tetapi dengan Shaklee, Umrah anda fully sponsored by Shaklee. Duit bonus bulanan pula anda boleh simpan dan buat tabungan untuk ke Mekah. Tidak mustahil dengan Shaklee anda dapat menunaikan haji ketika usia muda. Selain Umrah, Shaklee juga menawarkan pelancongan kelas VVIP di luar negara. Lokasi untu tahun 2015 ialah Italy. Jadi tak rugi langsung jika anda bermula tahun ini dan tahun depan berpeluang jejakkan kaki ke Italy.
    • Bila berada dalam kumpulan yang tepat, anda tidak akan dibiarkan terkontang-kanting tanpa arah tujuan. Kumpulan kami benar-benar komited dalam membantu orang lain mendapat apa yang kami dapat ketika ini. Tunjuk ajar diberikan tanpa mengira waktu tetapi jangan risau, semuanya secara online sahaja. Sesekali terdapat seminar yang dianjurkan tetapi ianya lebih bersifat kekeluargaan dan optional kepada yang mahu hadirkan diri. Kebiasaanya terdapat juga aktiviti untuk anak-anak ketika ibu bapa kusyuk berseminar kerana tidak mahu kanak-kanak yang hadir keboringan. Sehinggakan panel seminar seperti Amin Idris (TV Al Hijrah) cakap seminar kami dah macam hari keluarga Shaklee. Menarik kan?
    • Bisnes yang bukan sahaja dimonopoli oleh wanita. Suami juga dilibatkan sama. Dalam kumpulan saya, para suami juga mempunyai kumpulan khas untuk memastikan mereka faham kehendak, situasi dan target yang perlu dicapai oleh isteri mereka. Dalam banyak kes, suami pada mulanya tidak bersetuju isteri terlibat dengan Shaklee, tapi apabila melihat jumlah bonus makin lama makin meningkat, suami pula yang bersungguh-sungguh support isteri. 
    • Seperti yang saya nyatakan di atas, Shaklee ialah satu platform bisnes yang sangat stabil. Ianya bukan fenomena sementara seperti produk-produk yang lain. Ianya digunakan sejak 50 tahun yang sudah sehingga sekarang, Terbukti secara klinikal dan halal menjadikan orang ramai tidak gusar untuk menggunakannya.

                                               

    Kerana kelebihan-kelebihan inilah makin ramai berpusu-pusu untuk mendaftar sebagai ahli Shaklee. Sepanjang pengalaman saya, sekelumit perasaan menyesal pun tiada setelah menjadi ahli Shaklee. Bahkan seronok bertambah-tambah. Berbeza sangat jika dibandingkan dengan bisnes-bisnes yang lain sebelum ini.

    Jika anda juga salah seorang yang sangat teruja nak mendaftar dan menjadi ahli Shaklee, jangan lupa untuk hubungi saya melalui facebook atau terus sms/whatsapp 0146692610.

    Sejurus anda menjadi ahli Shaklee, saya terus serapkan anda dalam kumpulan khas kami. Mari menjana impian dan harapan menjadi surirumah bergaji besar bersama Shaklee.
    Jom lihat juga kriteria penaja yang perlu anda pilih sebelum jadi ahli Shaklee di SINI
    ==========================================
    JANGAN JADIKAN ANAK ANDA SEBAGAI MANGSA
    ==========================================
    emelkan kepada : poshykidz@gmail.com
    sms/whatsapp/telegram : 0146692610
    ID: 894220


    ooohhhh ye…sebelum lupa, sesiapa berminat untuk mendapatkan E Book di bawah secara PERCUMA, boleh emelkan kepada saya di poshykidz@gmail.com supaya saya dapat emelkan e book ini kepada anda.Ianya PERCUMA!!!




    7 comments for “Cara Mendaftar Shaklee dan Kelebihan Jadi Ahli Shaklee

    1. July 15, 2014 at 2:12 pm

      Best jadi ahli shaklee ni kan :)

      http://nutrisihatiku.blogspot.com/

    2. July 15, 2014 at 3:21 pm

      rugi rasanya tak join awal2 dulu..

      http://permatacintaku.blogspot.com

    3. July 15, 2014 at 5:17 pm
    4. July 16, 2014 at 2:13 am

      salam..
      suka tengok blog ni…kemas..

      http://nadasihat.blogspot.com

    5. July 16, 2014 at 4:34 am
    6. July 16, 2014 at 4:57 am

      macam-macam faedah yang kita boleh dapat dengan join ahli shaklee..
      http://farishmomvittashoppe.blogspot.com/

    Leave a Reply to Salju Sakinah Cancel reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge