Kelebihan dan Cara Daftar Ahli Shaklee

Kelebihan dan Cara Daftar Ahli Shaklee Dengan Kumpulan Yang Tepat

Assalamualaikum…
Salam Sejahtera..
Ketika saya update blog ni, rasa saya ramai orang sedang berpusu-pusu berkejaran dan meredah kesesakan jalan menuju ke pejabat. Alhamdulillah, Allah berikan saya nikmat untuk berkerja dari rumah sambil melihat anak yang berumur 3 tahun masih lagi lena di tilam empuk. Nikmat tau dapat melihat dan bersarkan mereka dengan tangan kita sendiri. 
Sebelum ni saya pernah ceritakan kenapa saya memilih untuk menjadi ahli Shaklee. Sejak itu, ramai pulak yang inbox saya untuk berdaftar jadi ahli shaklee setelah mengetahui faedah dan kelebihan menjadi ahli Shaklee
Bila dikumpul-kumpul soalan mereka, rata-rata bertanyakan soalan yang sama. Jadi, saya akan susun soalan-soalan yang biasa ditanya untuk memudahkan anda memahami konsep sebenar bisnes Shaklee ni. 
kelebihan dan cara daftar pengedar Shaklee, jadi ahli Shaklee

Soalan yang Biasa Ditanya Sebelum Berdaftar Jadi Ahli Shaklee

1. Berapa Modal Yang Diperlukan

Shaklee antara bisnes yang memberi peluang kepada golongan yang tidak mampu mengeluarkan sejumlah wang sehingga mencecah ribuan ringgit. Dan Shaklee antara jenis bisnes yang Dr Azizan cadangkan untuk melonjakkan diri menjana semaksimum pendapatan yang boleh. Kerana modal yang diperlukan hanya RM75 (termasuk kos pos memberkit) seumur hidup. Namun, dengan bermodalkan RM75 inilah bakal berubah menjadi RM750, RM7500 sehinggalah RM750 ribu. 

2. Bagaimana Mahu Berdaftar sebagai Ahli Shaklee

Ada dua cara untuk berdaftar sebagai ahli Shaklee:
  • Anda boleh buat bayaran sebanyak RM75 sebagai yuran keahlian seumur hidup. Dengan RM75 (termasuk RM10 postage) anda akan diberikan member kit yang mengandungi info produk, katalog dan juga sistem bisnes Shaklee. Tiga perkara ni sangatlah penting sekiranya anda ingin berbisnes secara serius bersama Shaklee.
  • Jika anda pengguna tegar Shaklee, ada caranya untuk anda mendapat keahlian Shaklee secara percuma. Caranya seperti di bawah:
    1. Buat belian barangan Shaklee yang anda biasa guna sekurang-kurangnya RM650 atau bersamaan 200UV. Jika rasa seperti amount RM650 banyak, anda boleh tanyakan kawan-kawan atau saudara mara dan kumpul order dari mereka. 
    2. Atau pun jika anda sememangnya menggunakan Vivix secara rutin, buat belian sebanyak 2 botol dalam satu resit, anda akan dapat keahlian percuma. 
    3. Atau jika anda pengguna tegar kolagen, buat belian sebanyak 3 kotak, anda akan dapat keahlian percuma. 

3. Saya Belum Pernah Berbisnes. Ada Tak Disediakan Kelas Bimbingan?

Secara jujurnya, ramai yang mendaftar sebagai ahli Shaklee langsung tidak mempunyai pengalaman berniaga. Tetapi sekarang sudah pun menjana pendapatan 4 hingga 5 angka sebulan. Sebab itu, penting untuk berdaftar di bawah kumpulan yang TEPAT dan tidak menyesal kemudian hari. 
Kumpulan yang saya naungi sangat aktif dalam mengadakan kelas bimbingan untuk memastikan ahli yang berdaftar dilatih dan dibimbing untuk melakukan bisnes dengan tepat. Tetapi jangan risau, anda tidak perlu meninggalkan rumah dan anak-anak untuk mengikuti kelas bimbingan yang kami adakan. Semuanya secara online. Kami juga tidak mengamalkan budaya meeting sehingga larut malam sehinggakan anak-anak terabai. Sepanjang kelas berlangsung, anak-anak dan suami masih lagi di depan mata. Mudah kan? Minyak kereta pun tak habis.

4. Saya Berminat Nak Jadi Ahli Shaklee. Apa Kelebihan dan Faedahnya?

Secara kasarnya, jika anda menjadi ahli Shaklee, anda akan memperolehi penjimatan sehingga 25% ke atas produk Shaklee. Anda juga akan memperolehi bonus berupa ganjaran wang tunai daripada Shaklee setiap bulan. Keahlian Shaklee sama seperti keahlian Jusco, Bonuslink dan Petronas. Jika cukup point, anda boleh tebus semula dan akan memperolehi ganjaran wang tunai.
Banyak lagi kelebihan dan faedah lain apabila anda jadi ahli Shaklee. Semuanya saya kongsikan dalam artikel ini.

5. Bagaimana Saya nak Daftar Jadi Ahli Shaklee?

Ok..ada 2 cara untuk anda berdaftar sebagai ahli Shaklee. Samada secara ONLINE atau pun dengan mengisi borang keahlian di cawangan berdekatan anda.

Jika anda ingin berdaftar secara ONLINE, anda boleh mengisi borang keahlian DI SINI. Caranya sangat mudah.

Atau jika anda mahu berdaftar secara offline, anda boleh ke cawangan Shaklee berdekatan. Di bahagian bawah borang keahlian terdapat satu bahagian untuk mengisi detail sponsor. Anda boleh gunakan ID Shaklee saya sebagai sponsor anda. ID saya 894220 (Maria Awi)

Pemilihan kumpulan yang TEPAT sangat penting dalam usaha untuk menjana pendapatan yang lumayan dalam Shaklee. Silap pilih kumpulan, maka takkan ada apa-apa kemajuan yang bakal anda perolehi dalam Shaklee.

Penting untuk memilih kumpulan yang sudah lama bertapak dan mengetahui selok belok dalam perniagaan Shaklee. Kumpulan kami begitu komited melahirkan usahawan-usahawan baru dalam Shaklee.

daftar ahli shaklee, kelebihan jadi ahli shaklee,

Sama seperti saya yang tidak faham apa-apa mengenai Shaklee pada mulanya, kini boleh berbangga dengan status suri rumah bergaji 5 angka dari Shaklee. Semuanya kerana bimbingan yang saya perolehi daripada kumpulan iReach Shaklee. Saya tidak betanggungjawab bila anda MENYESAL daftar sebagai ahli Shaklee dengan kumpulan yang salah.

Jika anda nekad dan komited nak berjaya dalam Shaklee, anda hanya perlu teruskan langkah mudah dengan mengisi BORANG KEAHLIAN SHAKLEE DI SINI

daftar jadi ahli shaklee, kelebihan jadi ahli shaklee
Jika anda ada sebarang masalah atau kemusykilan untuk ditanya, anda boleh terus berhubung dengan saya seperti cara di bawah.

facebook : Maria Awi

emel : poshykidz@gmail.com
sms/whatsapp : 0146692610
ID Shaklee: 894220
COD Vitamin Shaklee : Nilai, Seremban, Sepang, Damansara, Mont Kiara

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge