Set Bersalin/Berpantang Shaklee Khas Dari Pengedar Shaklee Terbaik

Set Bersalin/Berpantang Shaklee Khas Dari Pengedar Shaklee Terbaik

Assalamualaikum wbt…
Salam Sejahtera..
Kalau sebut wanita berpantang, memang tak sah jika tidak kaitkan dengan set bersalin. Masing-masing nak set bersalin terbaik lebih-lebih lagi baru pertama kali bersalin. Semua nak lengkap.
Samalah seperti saya ketika hamil anak pertama. Ketika kandungan masuk 7 bulan, dah mula survey-survey set bersalin terbaik. Ketika hamil anak pertama, saya banyak dipengaruhi rakan sepejabat. Kebanyakan dari mereka menggunakan No*A R**uy. Jadi saya pun beli lah set lengkap jenama yang mereka cadangkan. Harga lingkungan RM400 rasanya. Tapi tak kiralah harga berapa, asalkan boleh berpantang dengan selesa dan boleh kembalikan bentuk badan asal, saya dah cukup puas hati. Selain itu, saya dah baca siap-siap segala pantang larang ketika berpantang. Semuanya saya catatkan dalam artikel ini.
wanita berpantang, set bersalin shaklee, set bepantang shaklee

 

Tetapi, sayang seribu kali sayang anak saya disahkan jaundis atau demam kuning. Segala herba dan jamu dilarang untuk ambil kerana saya menyusu badan. Terpaksalah saya makan dulu ubat bekalan dari hospital untuk mendapat tenaga. Tapi saya dapat rasakan badan mula masuk angin.
Dah tersurat agaknya Allah tentukan anak saya prolonged jaundis. Ni memang perkara biasa bagi ibu berdarah O. Agak lama juga nak tunggu demam kuningnya hilang. Hampir sebulan. Sepanjang itulah saya tidak ambil apa-apa jamu. Hanya berbekalkan minyak urut dan sapuan herba secara luaran. Tetapi dalaman saya sangat letih. Muka pun pucat lesi. Sebenarnya agak trauma bila teringat pantang anak pertama.
Mulalah saya rasa menyesal kerana wang RM400 untuk beli set bersalin terbaik tu akhirnya tak digunakan pun. Masuk bulan kedua baru la saya guna. Tapi orang kata agak terlambat. Badan masuk angin, berpantang pun caca marba. Ditambah pula masalah sembelit yang teruk mungkin kerana sistem pelawasan tidak stabil. sampai sekarang pun, ada ketikanya kesan dari sakit badan dan sembelit masa ada.

Bila diingatkan kembali, saya rasa kenapalah saya lambat kenal Set Bersalin Shaklee yang terbaik ni. Bila tengok review daripada testimoni-testimoni pengguna, cemburunya saya!! Tapi takpe, bersalin anak yang baru nanti, pasti saya gunakan Set Bersalin Shaklee. Lagi satu, set Shaklee ni sesuai untuk ibu yang melahirkan bayi secara normal dan juga ceaser.
Sebagai pengedar sah Shaklee, dah jadi tanggungjawab saya untuk berikan servis yang terbaik kepada pelanggan. Kalau nak tahu, Set Bersalin Shaklee ada dua pakej. Set premium dan juga set asas. Masing-masing punya kelebihan dan faedah yang tersendiri.

Set Premium

Set Premium ni ibaratnya full set. Ada Vitalea Iron Formula, Vitamin C Sustain Release, B Complex, Zinc, Ostematrix dan juga ESP.  Jom kita lihat satu-satu faedah dan kelebihan Set Shaklee ni.

set bersalin shaklee, set pantang shaklee, harga set shaklee
 VITALEA:
∞ berfungsi sebagai multivitamin dan pemberi tenaga ketika dalam pantang & menyusu. Sangat penting diambil bagi mengelakkan keletihan dan rasa letih lesu. 
∞ setiap nutrien di dalamnya juga dapat dikongsi bersama bayi yang menyusu badan
∞ menaikkan bacaan HB. Bukan masa hamil je HB nak kena jaga. Lepas bersalin pun bacaan kena atas 11 supaya kita tak alami masalah tumpah darah dan pitam
∞ menghalang masalah pitam akibat kehilangan banyak darah ketika bersalin dan tidak mendapat rehat yang cukup

 B COMPLEX
∞ membantu untuk mengawal stress level ibu berpantang dan menyusu. Lebih-lebih lagi anak pertama. Semuanya pengalaman baru. Jadi, tekanan memang confirm akan ada. Kita kena bijak mengawal tekanan supaya dapat elakkan diri daripada meroyan.
∞ menstabilkan kembali hormon
∞ membantu masalah saraf dan urat yang mungkin terjejas ketika proses kelahiran
∞ mengelakkan ibu berpantang daripada masalah meroyan

 VITAMIN C
∞ memperbaiki tisu-tisu yang rosak ketika proses bersalin
∞ memberi kesegaran dan pembentukan semula kolagen
∞ menghalang wajah daripada pucat. Kita pun taknaklah wajah sampai pucat lesi ketika berpantang kan? 

 ZINC
∞ membantu mempercepatkan penyembuhan luka (bersalin normal/operation). Ada sesetengah kes, belum sampai 2 minggu, luka bersalin dah pun kering penangan zinc ni.
∞ membantu memperkuatkan akar rambut. Dapat mengelakkan rambut dari mudah gugur. Kalau nak tahu, stage berpantang dan jugak menyusu memang la rambut berguguran kat atas lantai tu perkara biasa. Itu menunjukkan akar rambut kekurangan zinc dan juga protein

 ESP
∞ Membantu untuk membekalkan tenaga segera dan berpanjangan bagi ibu berpantang & menyusu. Hari-hari ibu berpantang ada kalanya sangat memenatkan lebih-lebih lagi jika anak anda ditahan di wad akibat masalah kesihatan. Paling biasa adalah masalah demam kuning yang bayi saya alami.
∞ Membantu memekat dan membanyakkan susu. 
∞ Memperbaiki sel-sel kulit dan menganjalkan kulit agar kulit menjadi lebih sihat dan lembab
 OSTEMATRIX
∞ sebagai sumber kalsium. Kalsium adalah komponen kedua yang paling penting selepas protein dalam susu badan. Jika anda ibu menyusu, sangat-sangat digalakkan untuk ambil ostematrix sekali
∞ juga membantu menguatkan tulang. Ketika berpantang, kadang-kadang habis semua badan lenguh-lenguh. Mungkin sebab anak sentiasa nak didukung atau pun kesan daripada proses meneran. Sebab itu, keperluan kalsium perlu mencukupi
∞ Ini yang paling saya nak stress outkan. Ostematrix sangat-sangat membantu dalm proses pelawasan. Ketika berpantang, kita tak boleh meneran setiap kali nak membuang. Jadi, kelancaran dan kelawasan tu sangat penting bagi mengelakkan masalah sembelit dan luka jahitan kembali terbukak. Ya Allah, masa menaip ni pun tersa ngeri sebab saya dah kena masa anak pertama dulu.

Set Asas

Jika set premium terdapat 6 jenis vitamin di dalamnya, set asas pula terdapat 4 jenis vitamin. Vitalea Iron Formula, Vitamin C Sustain Release, B Complex dan juga Zinc. Kelebihan keempat-empat vitamin ni boleh refer di atas ye.

set bersalin shaklee,

Set Bersalin Shaklee; Set Pantang Paling Berbaloi Untuk Anda

Set bersalin Shaklee ni sememangnya berbaloi dan sangat menjimatkan. Kenapa saya katakan begitu? Kerana ia bukanlah jamu yang kita kena elakkan jika anak ada demam kuning atau masalah kesihatan lain. Jadi tiada masalah pembaziran di situ. Menjimatkan kerana set bersalin Shaklee ni tahan lama. Walaupun kita digalakkan berpantang 100 hari, kebanyakan vitamin set Bersalin Shaklee ni tahan lebih dari 100 hari. Anda boleh sambung makan kerana vitamin-vitamin ini juga sebenarnya adalah penggalak susu badan (termasuk dalam Set Menyusu Shaklee).
Itu maksud saya. Berbaloi kerana tidak membazir, jimat kerana tahan lama dan boleh digunakan sebagai penggalak susu badan.

Testimoni Pengguna Set Bersalin Shaklee

testimoni/review set bersalin/berpantang Shaklee,jadi ahli shaklee
testimoni/review set bersalin/berpantang Shaklee, jadi ahli shaklee
testimoni/review set bersalin/berpantang Shaklee, harga set bersalin, jadi ahli shaklee
testimoni/review set bersalin/berpantang Shaklee, harga set bersalin, jadi ahli shaklee
testimoni/review set bersalin/berpantang Shaklee, harga set bersalin, jadi ahli shaklee

Jika anda perlukan Set Berpantang ini dengan segera, anda boleh hubungi saya di 0146692610. In shaa Allah saya akan guide anda pengambilan vitamin yang berkesan supaya ia sesuai untuk anda.

CARA JADI AHLI SHAKLEE

emel : poshykidz@gmail.com 
sms/whatsapp : 0146692610 
ID Shaklee: 894220 

*************************************************************************************************************************

Saya merupakan seorang ibu yang bekerja dari rumah. Dahulunya berjawatan sebagai jurutera di salah sebuah syarikat besar Malaysia, tetapi mengambil keputusan untuk meletak jawatan kerana melihat potensi yang sangat besar dalam bisnes Shaklee. Alhamdulillah, empayar yang saya latih semakin lama semakin berkembang.

Jika anda ibu bekerjaya yang menyimpan niat untuk menjaga sendiri anak-anak di rumah, atau pun anda ingin membantu meringankan beban kewangan suami anda, Shaklee merupakan medium terbaik untuk anda anda menyulam impian anda. Bersama saya, in shaa Allah anda mampu menjana pendapatan dengan hebat, setaraa dengan leader-leader yang berada di bawah kepimpinan saya.

Sertai dan hubungi saya dengan segera.

Ketahui bagaimana untuk berdaftar sebagai ahli Shaklee dan kelebihan menjadi ahli Shaklee

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge