Diet Seimbang Untuk Wanita PCOS

Assalamualaikum wbt..Salam Sejahtera..

Salam Ahad buat semua. Memandangkan hari ini merupakan hari Ahad dan kebetulan saya ada majlis penganugerahan Shaklee tengahari nanti, saya hanya sediakan sedikit informasi berkenaan pemakanan yang bersesuaian untuk wanita yang mengalami masalah PCOS. Sebagai rujukan, PCOS merupakan antara penyumbang terbesar kesukaran hamil bagi pasangan yang sudah berkahwin. Walaubagaimanapun, PCOS boleh dikawal dengan beberapa rawatan yang bersesuaian, pengambilan supplement dan diet harian yang seimbang. In shaa Allah, peluang kehamilan akan kembali tinggi sekiranya PCOS dapat dikawal.

Untuk hari ini, saya ingin kongsikan beberapa tips berkaitan diet seimbang. Umum mengetahui, wanita PCOS sangat kebal terhadap insulin, Justeru, kebanyakan wanita PCOS mempunyai masalah kegemukan dan juga diabetis. Kerana itu, pengawalan pemakanan penting bukan sahaja untuk meningkatkan peluang kehamilan, malah juga penting untuk kesihatan.

Berikut merupakan beberapa quick tips yang perlu anda amalkan:

  •  Kurangkan pengambilan lemak transfat yang terdapat pada makanan yang segera. Jika hari ini anda bercadang untuk makan pizza atau KFC, anda mungkin perlu membuat penilaian semula. Pilih pemakanan yang sihat dan seimbang.
  •  Lebihkan protein dari sayuran seperti produk soya dan kurangkan makan daging. Saya cadangkan pengambilan Energizing Soy Protein (ESP) kerana ianya bersifat organik dan tidak diubah secara genetik seperti kebanyakan soya di pasaran. Daging bukannya harus dihentikan, cuma pilihlah daging yang organik. Aktiviti cucuk-mencucuk ayam oleh pengusaha agar ayam cepat membesar sangat tidak bagus untuk kesuburan anda.
  •  Pilih makanan yang berfiber tinggi seperti seperti sayuran dan whole grains seperti oats.
  • Kurangkan gula dan sebarang karbohidrat termasuk nasi, mee, bihun dan sebagainya. Jika ingin ambil nasi, boleh ambil dengan kadar yang sedikit atau amalkan pemakanan beras perang atau roti whole meal.
  •  Kurangkan makanan berasaskan susu seperti ais krim, whole milk dan cheese.

 

Saya berharap 5 quick tips yang saya berikan hari ini mampu membantu anda untuk mengawal masalah PCOS yang anda hadapi. Untuk rujukan mengenai PCOS, anda boleh baca Peluang Kehamilan Untuk Pesakit PCOS.

 

Anda juga mungkin berminat untuk mengetahui 5 tips untuk cepat hamil

emel : poshykidz@gmail.com 
sms/whatsapp : 0146692610 
ID Shaklee: 894220 
COD Vitamin Shaklee : Nilai, Seremban, Sepang, Damansara, Mont Kiara 
“INGINKAN PENDAPATAN LUMAYAN SEHINGGA 6 ANGKA SEBULAN HANYA DENGAN BERDAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE? HUBUNGI SAYA SEKARANG UNTUK SAYA BIMBING ANDA. KELAS BIMBINGAN 100% ONLINE TANPA PERLU ANDA KELUAR RUMAH. WAKIL PENGEDAR SELURUH MALAYSIA MASIH LAGI DIPERLUKAN”

1 comment for “Diet Seimbang Untuk Wanita PCOS

  1. October 23, 2014 at 8:35 pm

    Jaga pemakanan ya semua isteri-isteri. Potensi hamil inshaAllah ada…
    Nurhalawa Md Yusof recently posted…Mesti Baca: 7 Tabiat Bahaya Perlu Dielakkan Selepas MakanMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge