PCOS Dan Peluang Kehamilan

PCOS Dan Peluang Kehamilan  | Kenali PCOS dan Gejala Berkaitan

Assalamualaikum wbt..
Salam Sejahtera..
Ada banyak sebab punca wanita dikategorikan sebagai tidak subur. Antaranya ialah masalah PCOS atau juga dikenali sebagai Ploycystic Ovary Syndrome. Ianya merupakan satu masalah kesuburan di mana kelenjar otak tidak mampu menghantar signal kepada badan untuk mematangkan telur pada waktu yang sepatutnya.
Masalah ini terjadi apabila wujudnya ketidakseimbangan hormon dalam badan wanita. Kelenjar pituitari di bahagian otak gagal memberi isyarat kepada folikel untuk matang. Apabila folikel tidak matang, tiada rangsangan untuk melepaskan telur daripada sarangnya. Kerana itu, sperma yang sedang menunggu di tiub fallopio akhirnya mati akibat menunggu telur yang tidak matang sampai ke sudah.
Sebenarnya, wanita yang mengalami masalah pada kelenjar pituitari sudah pun wujud sejak lahir lagi. Namun ianya tidak dapat dikesan sehinggalah wanita tersebut mencapai haid ketika belasan tahun. Dan seiring penambahan waktu, ianya semakin ketara lebih-lebih lagi anda tidak dapat hamil ketika di awal perkahwinan.
Antara gejala pesakit PCOS ialah:
  1. haid yang tidak tetap. Berbulan-bulan tidak didatangi haid, dan tiba-tiba datang dengan banyak
  2. senggugut
  3. obesiti
  4. wujud hormon lelaki yeng melebih-lebih seperti banyak bulu di muka dan badan
  5. kencing manis
  6. jangkitan kulat pada vagina
  7. masalah kencing manis
  8. masalah jerawat akibat hormon

Kaitan PCOS dan Kesuburan Wanita

Bagi wanita yang normal, kelenjar pituitari di bahagian otak akan merembeskan sejenis hormon yang dinamakan sebagai FSH (Follicel Stimulation Hormone) di awal kitaran haid. Hormon ini bertujuan untuk memastikan folikel matang. Apabila hampir sampai waktu telur matang, folikel akan merembeskan hormon estrogen. Apabila sampai satu tahap, hormon estrogen memberi isyarat kepada kepada kelenjar di otak untuk merembeskan LH (Lutenising Hormon). Hormon inilah yang memastikan folikel terbuka dan melepaskan telur yang matang.

Apabila pembebasan telur berlaku, inilah saatnya ovulasi berlaku.

Namun bagi wanita yang mengalami masalah PCOS, kegagalan berlaku ketika rembesan hormon kedua lagi. Estrogen gagal dilepaskan menyebabkan FSH semakin tinggi dan semakin tinggi. Kegagalan fungsi ini menyebabkan telur tidak matang dan gagal dikeluarkan dari sarangnya.

Rawatan Untuk PCOS

Anda boleh memastikan kehadiran sindrom ini di klinik kesuburan. Selain informasi mengenai sejarah keluarga dan kitaran haid, ujian darah juga dibuat untuk memastikan kesembangan hormon wujud atau tidak. Sekiranya ujian darah menunujukkan anda positif PCOS, pil kesuburan akan diberikan untuk mematangkan telur.

Ujian ultrasound juga boleh dibuat untuk memastikan kewujudan beberapa cyst yang kecil pada ovari. Ada segelintir pesakit PCOS mempunyai cyst yang kecil pada ovari mereka.

Sekiranya pil kesuburan tidak membantu untuk hamil, kemungkinan pembedahan kecil yang dinamakan ovarian drilling dilakukan untuk membuang cyst-cyst pada ovari.

Kesan Masalah PCOS

Selain berhadapan masalah kesuburan, wanita yang mengidap PCOS juga mempunyai risiko untuk mendapat kanser rahim, masalah jantung dan kencing manis yang tinggi.

Rawatan Alternatif Untuk PCOS

Sekiranya anda tidak gemar atau pun pernah membuat rawatan di klik kesuburan namun tidak mendatangkan apa-apa hasil, saya secara peribadi sangat menggalakkan anda mencuba Set PCOS Shaklee yang mengandungi GLA dan ESP Shaklee.

ESP bertindak sebagai CLOMID yang memberi isyarat untuk mematangkan folikel dan rembesan estrogen.

GLA Complex pula membantu menyeimbangkan hormon dan meningkatkan tahap kesuburan wanita.

Apabila hormon seimbang, dan rembesan estrogen berlaku, telur akan mula membesar dan apabila tiba masanya, folikel akan terbuka dan membebaskan telur wanita bagi tujuan persenyawaan.

Gabungan hormon yang seimbang, telur yang matang dan sperma yang berkualiti meningkatkan peluang kehamilan pada kadar yang sangat tinggi.

Testimoni PCOS dan Cyst

Jangan risau jika anda hadapi masalah PCOS. Teruskan berusaha kerana ramai pengidap PCOS yang berjaya hamil di luar sana.

Jika anda berminat ingin mencuba Set PCOS Shaklee, anda boleh hubungi saya untuk pertanyaan dan konsultasi. Jika anda ingin dapatkan harga yang lebih rendah untuk Set PCOS Shaklee, terus sahaja hubungi saya dan saya akan terangkan caranya kepada anda.

emel : poshykidz@gmail.com 
sms/whatsapp : 0146692610 
ID Shaklee: 894220 
COD Vitamin Shaklee : Nilai, Seremban, Sepang, Damansara, Mont Kiara 
“INGINKAN PENDAPATAN LUMAYAN SEHINGGA 6 ANGKA SEBULAN HANYA DENGAN BERDAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE? HUBUNGI SAYA SEKARANG UNTUK SAYA BIMBING ANDA. KELAS BIMBINGAN 100% ONLINE TANPA PERLU ANDA KELUAR RUMAH. WAKIL PENGEDAR SELURUH MALAYSIA MASIH LAGI DIPERLUKAN”

1 comment for “PCOS Dan Peluang Kehamilan

  1. October 23, 2014 at 8:36 pm

    Peluang hamil cerah untuk penghidap PCOS..InshaAllah kena selalu berdoa dan berusaha.
    Nurhalawa Md Yusof recently posted…Mesti Baca: 7 Tabiat Bahaya Perlu Dielakkan Selepas MakanMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge