Resepi Ayam Goreng Berempah Sedap

Assalamualaikum wbt..Salam Sejahtera…

Cuaca di luar rumah hari ini agak panas. Bila panas, mulalah badan rasa melekit dan kurang selesa. Dalam pada tidak selesa, sempat juga saya siapkan ayam goreng berempah untuk anak-anak saya hari ini. Menu hari ini simple sahaja kerana badan terasa sedikit letih. Saya gandingkan menu ayam goreng berempah dan sup telur bersayur khas untuk anak-anak. Anak-anak memang gemar masakan sup. Untuk saya, saya buatkan sambal kicap untuk berikan sensasi pedas. Untuk suami pula, masih belum terfikir nak tambah menu apa malam nanti.

Sebetulnya, bumbu (versi jawa) yang saya lumurkan pada ayam adalah lebihan bumbu sup ayam tempoh hari. Sengaja saya buatkan lebih untuk memudahkan saya memasak menu lain yang mungkin menggunakan bumbu. Resepi ini diajarkan oleh adik ipar kesayangan saya.

resepi ayam goreng berempah sedap 2

Jom tengok bahan-bahan untuk menyiapkan ayam goreng berempah versi ibu adik ipar saya.

Bahan-bahan:

  • ayam segar
  • kunyit serbuk
  • garam secukup rasa
  • 3 tangkai daun kari
  • kayu manis, bunga lawang, cengkih dan buah pelaga

Bahan-bahan kisar untuk dibuat bumbu:

  • bawang besar (lebihkan)
  • bawang putih
  • halia
  • jintan manis
  • jintan putih
  • ketumbar
  • lada putih

Cara-cara:

  1. Tumiskan kesemua bahan kisar di dalam minyak yang panas
  2. Sesudah itu,masukkan kayu manis, bunga lawang, cengkih dan buah pelaga. Goreng sehingga bawang besar dan bahan-bahan lainnya masak, angkat dan asingkan
  3. Bersihkan ayam. Lumurkan bumbu, kunyit, daun kari dan garam pada ayam yang telah bersih
  4. Perap seketika
  5. Goreng sehingga masak
  6. Siap untuk dimakan bersama nasi dan lauk-lauk lain

 

Mudah saja kan? Saya sudah mencuba pelbagai resepi ayam goreng berempah. Ternyata, versi adik ipar saya paling sedap dan rempahnya masuk ke dalam ayam walaupun perapan tidak terlalu lama.

 

resepi ayam goreng berempah sedap

 

Selamat mencuba!!!

emel : poshykidz@gmail.com 
sms/whatsapp : 0146692610 
ID Shaklee: 894220 
COD Vitamin Shaklee : Nilai, Seremban, Sepang, Damansara, Mont Kiara 
“INGINKAN PENDAPATAN LUMAYAN SEHINGGA 6 ANGKA SEBULAN HANYA DENGAN BERDAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE? HUBUNGI SAYA SEKARANG UNTUK SAYA BIMBING ANDA. KELAS BIMBINGAN 100% ONLINE TANPA PERLU ANDA KELUAR RUMAH. WAKIL PENGEDAR SELURUH MALAYSIA MASIH LAGI DIPERLUKAN”

1 comment for “Resepi Ayam Goreng Berempah Sedap

  1. October 23, 2014 at 8:33 pm

    Ok saya tahu ia sedap. Bila nak jemput lunch?:)
    Nurhalawa Md Yusof recently posted…Mesti Baca: 7 Tabiat Bahaya Perlu Dielakkan Selepas MakanMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge