Resepi Mudah Kari Sotong Sedap

Assalamualaikum wbt..Salam Sejahtera..

 

Semalam seafood, hari ini pun seafood. Minggu ni demam seafood agaknya. Lagipun kategori seafood ni mudah untuk disiang. Tidak seperti ayam. Hari ini pilihan saya kari sotong bersama terung kecil dan kentang.

Sebelum ini saya kurang gemar memasak kari sebab anak-anak tidak sukakan makanan pedas. Namun, bila mereka meningkat dewasa mereka mula boleh makan kari. Tapi masih juga memilih jika terlalu pedas. Jadi, kari yang saya buat ini merupakan kari versi yang anak-anak boleh makan. Saya kurangka kepedasannya.

Mari kila lihat bahan-bahan dan cara memasak.

Bahan- bahan:

  • 10 ekor sotong
  • serbuk kari jenama pilihan
  • kayu manis
  • bunga lawang
  • buah pelaga
  • asam keping
  • santan
  • 3 tangkai daun kari
  • minyak untuk menumis
  • kentang
  • terung kecil
  • cili besar
  • garam

Bahan tumbuk:

  • sebiji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • satu inci halia
  • satu inci lengkuas

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak dan masukkan kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga hingga naik bau
  2. Tumiskan bahan tumbuk sehingga naik bau. Masukkan kentang yang dipotong empat
  3. Masukkan bancuhan serbuk kari. Goreng sehingga masak
  4. Masukkan asam keping dan daun kari. Masukkan sedikit air. Saya suka menggoreng agak lama sehingga kentang hampir masak. Masukkan lagi air jika perlu dan biar mendidih
  5. Apabila rempah sudah benar-benar masak, masukkan sotong dan terung kecil.
  6. Masukkan pula santan
  7. Tunggu sehingga sotong masak dan masukkan belahan cili besar.
  8. Perasakan dengan garam. Jika anda suka rasa yang manis, tambahkan gula.
  9. Siap untuk dihidang

kari sotong

Siap pun kari sotong saya. Sedap dimakan bersama nasi panas, ikan goreng, sambal belacan dan kangkung rebus. Alhamdulillah dengan rezeki kami hari ini. In shaa ALlah lepas ini saya kongsikan resepi yang lain pula.

 

4 comments for “Resepi Mudah Kari Sotong Sedap

  1. Siti Hajar
    September 25, 2014 at 9:33 pm

    Salam perkenalan. Blog yang cantik dan kemas.
    Jalan-jalan dan terjumpa blog ni.
    Saya dah bookmark.
    Satu soalan. Bagaimana saya sebagai suri rumah boleh buat duit dengan jual produk shaklee. Saya ada baca macam2 blog. Tapi blog ni lebih meyakinkan saya memandangkan puan banyak pengalaman dalam dunia bisnes.
    Harap puan dapat terangkan dengan lebih jelas.

    • maria
      September 25, 2014 at 10:18 pm

      terima kasih puan Siti Hajar atas pujian. Mengenai Shaklee pula, in shaa Allah jika Puan berdaftar dengan kumpulan yang tepat, puan boleh dibimbing hingga berjaya dgn syarat puan punya kemahuan yang kuat. Mungkin kita boleh diskas dengan lebih detail melalui emel. Jika puan sudi, boleh emelkan kepada poshykidz@gmail.com

      • Siti Hajar
        September 25, 2014 at 10:25 pm

        Untuk makluman puan, saya susah untuk percaya dengan online bisnes.
        Tetapi saya lihat kejayaan demi kejayaan dari suri rumah yang jalankan bisnes shaklee buat saya terfikir semula untuk katakan ya.

        Mungkin saya akan minta suami saya untuk dapat pandangan tentang bekerja dengan puan. Harap saya dapat menjadi seperti puan suatu hari nanti. Amin.

        Terima kasih sekali lagi. Untuk respon seterusnya saya akan emel terus ke alamat tersebut

  2. maria
    September 25, 2014 at 10:35 pm

    Betul tu..memang ramai suri rumah yang makin berjaya walau hanya bekerja dari rumah. Dan saya lebih percaya dengan keberkatan bekerja dari rumah.

    Ok puan, saya tunggu emel dari paun..terima kasih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge