Hari Gaji Shaklee

Hari Gaji Shaklee | Bonus Kepada Pengedar Shaklee

bonus shaklee 2

Assalamualaikum wbt..Salam Sejahtera..

Seronoknya kakitangan awam yang mendapat khabar berita mendapat bonus setengah bulan kan? Lagi satu berita menarik, kakitangan awam akan mendapat gaji lebih awal bulan Oktober kerana sambutan Deepavali. Saya pun pernah merasa dapat gaji awal ketika berkhidmat di syarikat lama. Memang seronok. Tetapi saktnya Allah sahaja yang tahu time menunggu gaji untuk bulan November. Lama jaraknya kan? Rasanya rata-rata semua yang bekerja di sektor awam pernah rasakan begitu kecuali anda CEO atau berpangkat besar, tidak sempatlah merasa keperitan begitu.

Sempena hari ini 14hb Oktober, kami di Shaklee juga menerima gaji. Gaji kami disebut bonus kerana amaun yang diterima ala-ala mendapat tambahan bonus ketika bekerja di tempat lama. Kadangkala dapat juga awal sehari dua. Tetapi tidak sempat merasa keperitan kerana bulan depan pun kami terima gaji tarikh yang lebih kurang sama.

Seronok apabila bergaji walaupun mengadap komputer dan handset ketika di rumah. Kami tidak perlu keluar ke mana-mana, jadi pakai kain batik atau seluar track pun gaji tetap jalan. Jika anda seorang wanita, lagi mudah kerana dalam rumah aurat anda lebih terjaga. Anak-anak pula depan mata dan timing lebih fleksibel untuk kita atur sendiri.

wahm dengan Shaklee

Tetapi, jangan salah sangka mengatakan kami yang bekerja dari rumah seronok bergolek atas katil dan bangun lewat. Seperti mana WAHM yang lain, rutin saya bermula sangat awal, lebih awal jika dibandingkan bekerja di pejabat lama dulu. ‘Bercinta’ di awal pagi adalah rutin kebanyakan dari kami terutama yang berada dalam empayar Jutawan Shaklee. Saya berusaha keras untuk memberi keselesaan kepada keluarga dan membantu meringankan beban suami. Walaupun berada di rumah, saya tidak meminta suami untuk tanggung keluarga saya di kampung atau untuk membeli barang-barang yang saya suka seperti pakaian dan tudung. Semuanya saya beli menggunakan duit hasil titik peluh saya dengan Shaklee. Alhamdulillah..

Jika anda keluar jam 7, pulang jam 7 saya juga lebih kurang begitu. Bezanya, saya bersiaran dari rumah. Nak dikatakan sebagai mata duitan, boleh juga dikategorikan begitu kerana bukan 4 mulut dalam rumah saya sahaja yang perlu diberi keutamaan. Dalam setiap rezeki kita, ada hak orang lain. Jadi, jika banyak yang kita boleh cari, lagi banyaklah mulut yang kita boleh suap. Bukankah seronok begitu daripada mendapat fixed amount di pejabat? Tetapi, itu pendapat peribadi saya apabila saya bandingkan pekerjaan saya yang lama dengan situasi saya sekarang.

Alhamdulillah, apabila bersama Shakee, satu per satu wish list saya dapat direalisasikan. Syukur sangat. Ternyata, bisnes Shaklee sangat dekat di hati para wanita yang ingin mengambil peranan menjaga sendiri anak-anak dan rumahtangga mereka. Sambil bekerja, sambil berbisnes, sambil melihat perkembangan anak-anak di depan mata.

Ok lah..saya tidak boleh berceloteh panjang lebar sangat. Banyak lagi tugasan rumah belum disiapkan. Dah tiba waktu memasak makanan tengahari. Salam sayang semua…

emel : poshykidz@gmail.com 
sms/whatsapp : 0146692610 
ID Shaklee: 894220 
COD Vitamin Shaklee : Nilai, Seremban, Sepang, Damansara, Mont Kiara  

*************************************************************************************************************************

Saya merupakan seorang ibu yang bekerja dari rumah. Dahulunya berjawatan sebagai jurutera di salah sebuah syarikat besar Malaysia, tetapi mengambil keputusan untuk meletak jawatan kerana melihat potensi yang sangat besar dalam bisnes Shaklee. Alhamdulillah, empayar yang saya latih semakin lama semakin berkembang.

Jika anda ibu bekerjaya yang menyimpan niat untuk menjaga sendiri anak-anak di rumah, atau pun anda ingin membantu meringankan beban kewangan suami anda, Shaklee merupakan medium terbaik untuk anda anda menyulam impian anda. Bersama saya, in shaa Allah anda mampu menjana pendapatan dengan hebat, setaraa dengan leader-leader yang berada di bawah kepimpinan saya.

Sertai saya dan hubungi saya dengan segera.

Ketahui bagaimana untuk berdaftar sebagai ahli Shaklee dan kelebihan menjadi ahli Shaklee

11 comments for “Hari Gaji Shaklee

  1. October 14, 2014 at 1:42 pm

    alhamdulilah bonus bulan ini dah masuk….kepada anda yang belum lagi…jom..jom…ikut kami join sekali…mana tahu bulan depan anda pun dapat..
    nila anggraini recently posted…Kesan Kanser Serviks Yang Mungkin Melanda AndaMy Profile

  2. October 15, 2014 at 2:23 pm

    Alhamdulillah… Jadi wahm ni memang best. Buat keje semua di rumah. Anak2 pun membesar depan mata. Biz Shaklee biz yang paling best. Dapat ramai kawan, dapat bonus… dpat ilmu bermanfaat… I likeeee. .
    Nursimatun recently posted…Khasiat dan Kebaikan Cinch Shake Mix Chocolate Shaklee: Istimewa Untuk Anda Yang Ingin KurusMy Profile

  3. October 15, 2014 at 3:09 pm

    sedang menuju impian juga..
    Salju Sakinah recently posted…STRESS PENYEBAB SUSU BERKURANGMy Profile

  4. October 17, 2014 at 6:49 am

    Tahniah kepada semua pengedar Shaklee :)
    Khairul Zamri recently posted…Jadual PIKOM PC Fair 2014 Siri 3My Profile

  5. October 17, 2014 at 11:28 am

    untung buat shaklee ni. dapat bonus tengah2 bulan.
    shopping time org lain kering, mmg best. shopping mall semua kosong!
    ireach recently posted…Panduan Menulis Blog Yg Popular & Menguntungkan – 10 Langkah MudahMy Profile

  6. October 18, 2014 at 7:50 am

    Syukur alhamdulillah… Gaji di saat poket hampir kering… Jom usaha lebih gigih lagi….

  7. October 23, 2014 at 7:24 pm

    Sape nak bagi 4,5 angka tengah-tengah bulan kan!
    Shaklee increment evry month.. Ko mampoo?
    Nurhalawa Md Yusof recently posted…Mesti Baca: 7 Tabiat Bahaya Perlu Dielakkan Selepas MakanMy Profile

  8. October 24, 2014 at 10:43 pm

    walaupun bonus saya tak seberapa tapi sangat bernilai…sebab saya dapat hadiahkan ibu saya produk shaklee dari bonus yang shaklee bagi..seronok sangat.

    CEPAT LUPA? ATASINYA DENGAN LECITHIN
    Atie Ika recently posted…ESP Pemberi Tenaga yang Saya PerlukanMy Profile

  9. October 25, 2014 at 12:08 am

    Tengah-tengah bulan boleh Berjimba dengan bonus.. Alhamdulillah.

    Vitamin Terbaik Untuk Ibu Berpantang Selepas Bersalin
    Puan Hanim recently posted…Resepi Minuman Terbaik Semasa berpantang Selepas BersalinMy Profile

  10. Siti Nor Mamat
    October 30, 2014 at 2:28 pm

    Best kan tengah bulan pun boleh shopping..tak perlu nak tangguh pembelian..

    Serlahkanlah Kecantikan Dengan Nutriwhite

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge