Kebaikan Dan Khasiat ESP Shaklee

Kebaikan Dan Khasiat ESP Shaklee | Promosi Bulan Oktober

Assalamualaikum wbt..Salam Sejahtera..

Syukur Alhamdulillah, sampai juga kita ke bulan Oktober. Saya seronok bulan Oktober tahun ini kerana ada 2 sebab. Yang pertama ialah Oktober merupakan bulan kelahiran saya dan suami. Yang kedua, promosi Shaklee untuk bulan Oktober ialah Energizing Soy Protein atau lebih dikenali dengan panggilan ESP. ESP merupakan core product Shaklee kerana ianya mempunyai sangat banyak kebaikan. Ibarat kata, jika anda ada masalah penyusuan dan anda ambil ESP, in shaa Allah khasiat lain pulak yang anda dapat. Sebagai contoh anda bakal perolehi kulit yang makin cerah dan rambut yang makin kuat akarnya. Kerana inilah ramai yang suka ESP. Banyak fungsi dalam satu canister ESP.

Untuk hari ini, suka saya nak kongsikan 3 peranan utama ESP dalam membantu pelanggan-pelanggan saya. Kebanyakan pelanggan saya mengambil ESP untuk masalah KESUBURAN, KECANTIKAN dan PENYUSUAN. Mari saya huraikan satu per satu apa manfaat ESP dalam membantu merawat masalah pelanggan-pelanggan saya.

kebaikan dan khasiat esp

 

ESP Membantu Dalam Masalah Kesuburan

 

berjaya hamil dengan ESP Shaklee, ceoat hamil

Saya paling suka berdamping dengan pelanggan yang mempunyai masalah kesuburan. Boleh dikatakan hubungan kami sangat rapat dan boleh bergurau senda. Kadang-kadang, saya menjadi tempat mereka mengadu masalah walaupun perkenalan hanya melalui alam maya. In shaa Allah, saya tidak kisah berkongsi meskipun ada di antara mereka yang belum pernah menjadi pelanggan saya. Simpati saya pada mereka melonjak tinggi apabila mendengar luahan hati masing-masing dengan cabaran dan liku yang mereka hadapi.

Ok, berbalik semula kepada ESP yang boleh membantu masalah kesuburan. Benar, itu yang saya ingin ceritakan. Selain pengambilan Set Kesuburan Shaklee yang terdiri daripada GLA Complex, B Complex, Zinc dan Vitamin E, saya secara peribadi sangat menggalakkan anda turut mengambil ESP sebagai salah satu ikhtiar. Kandungan isoflavones di dalam ESP mampu bertindak untuk mematangkan telur wanita bagi tujuan persenyawaan. Oleh itu, ESP sangat sesuai untuk anda yang mengalami masalah kesuburan seperti PCOS, masalah kitaran haid, masalah telur yang tidak matang dan juga masalah hormon yang tidak stabil.

ESP juga merupakan minuman berprotein yang berasaskan soya membantu menyingkirkan sel-sel yang rosak, tidak sempurna dan menggantikannya dengan sel yang lebih berkualiti. Sel-sel baru ni sangat penting untuk kesihatan dan kekuatan rahim bagi menampung perkembangan janin ketika kehamilan.

Anda mungkin berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut bagaimana ESP membantu meningkatkan kesuburan seorang wanita.

Suka saya nak kongsi kejayaan seorang wanita yang mengambil ESP sebagai alternatif untuk hamil.

testimoni set kesuburan shaklee 2

 

ESP Membantu Dalam Masalah Penyusuan

 

menyusui-puasa

Saya merupakan ibu menyusu kepada kedua-dua anak dara saya. Oleh itu, saya juga seronok berkongsi dengan pelanggan bagaimana perjalanan saya menyusukan anak-anak dari lahir sehingga dua tahun. Penyusuan badan merupakan satu fitrah bagi seorang wanita. Namun, untuk berjaya menyusukan sehingga 2 tahun, seorang ibu perlukan ilmu yang cukup tentang penyusuan. Jika tidak, besar kemungkinan anda tidak mampu menyusu sehingga usia anak mencecah dua tahun terutama bagi ibu bekerjaya.

Umum memang mengetahui Set Menyusu Shaklee merupakan set bantuan yang sudah lama digunakan oleh ibu menyusu. Namun begitu, anda perlu faham set menyusu hanya bertindak sebagai alternatif dalam melancarkan lagi perjalanan anda di dalam proses penyusuan. Ramai orang silap faham dengan konsep ini. Mereka berharap dengan mengambil ESP, susu terus keluar memancut-mancut. Anda perlu fahami dulu konsep supply and demand dalam penyusuan.

Kenapa perlukan ESP ketika anda menyusukan anak? Kerana menjaga bayi sangat meletihkan. Ketika malam anda berjaga, esoknya perlu bangkit awal untuk ke pejabat. Di pejabat, timbunan fail menanti untuk disemak. Balik pula dari pejabat, perlu memasak untuk keluarga sambil melayan kerenah si kecil. Itu baru seorang anak. Jika lebih, maka bergandalah keletihannya. Dan keletihan dan tekanan merupakan satu faktor mengurangkan pengeluaran susu badan. Bila badan letih, signal yang dihantar oleh otak untuk menghasilkan susu menjadi lemah. Nah, di sinilah ESP boleh membantu anda.

Nama pun energizing kan, jadi sudah tentulah ESP membantu anda energize atau kembalikan semula tenaga anda yang telah banyak hilang di sepanjang rutin harian anda. Apabila anda meminum ESP, in shaa Allah anda akan kembali bertenaga kerana ESP mampu memberikan tenaga segera dan berpanjangan. Kandungan indeks glisemiknya yang rendah membantu anda untuk mengawal berat badan. Jadi, berbaloi la kan anda ambil ESP untuk bekalkan tenaga berbanding pengambilan coklat atau kopi.

Apabila badan mula bertenaga, minda akan kembali fokus melakukan kerja harian anda. Apabila fokus, kerja boleh dilaksanakan dengan baik dan tekanan mula berkurang. Apabila tekanan berkurang, maka pengeluaran susu menjadi normal kembali. Kandungan susu badan juga menjadi lebih bernutrien kerana khasiat ESP juga menyerap masuk ke dalam susu badan.

Di sini, saya kongsikan 1 testimoni oleh seorang ibu yang mendapat kesan positif daripada pengambilan ESP

testimoni ESP untuk banyakkan susu badan

ESP Membantu Dalam Masalah Kecantikan

 

kulit cantik dengan ESP shaklee

Wanita dan kecantikan memang sangat sinonim, bagaikan irama dan lagu. Ada yang sangat kritikal sehinggakan jerawat naik sebiji atas muka pun boleh memberikan tekanan dalam kehidupan. Namun, tidak semualah begini. Mungkin tertekan kerana majlis pernikahan hampir tiba, elok pula jerawat naik sebiji atas hidung.

Untuk makluman anda, sel-sel badan kita dibentuk oleh protein. Jika protein yang diambil merupakan potein yang berkualiti, maka sel yang terhasil juga adalah sel yang berkualiti. Protein juga membantu untuk menyingkirkan sel-sel yang rosak dan menggantikan dengan sel yang baru. Sel-sel inilah yang membantu menggantikan lapisan kulit yang tidak cantik kepada kulit yang lebih cerah dan sekata, tiada masalah kusam, tiada masalah jerawat dan jeragat. Oleh itu, pengambilan ESP sebagai minuman bersumberkan protein memang tepat.

Hasilnya, kulit menjadi lebih cantik dan gebu, penghasilan kolagen makin meningkat dan parut di wajah atau bahagian lain semakin pudar. Bonus juga untuk anda, ESP mampu menganjalkan aset-aset penting wanita.

Di sini saya kongsikan satu testimoni penggunaan ESP sebagai rawatan dalam kecantikan.

testimoni esp untuk kecantikan

Menarik bukan? Dalam satu canister ESP boleh membantu anda dalam pelbagai masalah. Sebenarnya banyak lagi kebaikan ESP Shaklee untuk masalah-masalah lain. In shaa Allah jika ada kesempatan saya akan kongsi banyak lagi kebaikan ESP.

Sebelum saya terlupa, lagi sekali saya ingin war-warkan bulan Oktober merupakan bulan promosi ESP. Rugi jika anda lepaskan peluang untuk mendapatkan satu canister atau lebih kerana harga ESP pada bulan ini memang rendah.

kebaikan dan manfaat ESP shaklee

Opppss…ada lagi satu perkara hebat. Anda boleh mendapatkan diskaun sehingga 15-20% dengan mendaftar sebagai ahli Shaklee. Bagaimana caranya? Anda boleh klik Cara Jadi Ahli Shaklee dan ketahui pelbagai kebaikan berdaftar sebagai ahli Shaklee. Memang best!!

http://jomsihatjomgojes.blogspot.com/2014/09/cara-daftar-ahli-shaklee.html
emel : poshykidz@gmail.com 
sms/whatsapp : 0146692610 
ID Shaklee: 894220 
COD Vitamin Shaklee : Nilai, Seremban, Sepang, Damansara, Mont Kiara 
“INGINKAN PENDAPATAN LUMAYAN SEHINGGA 6 ANGKA SEBULAN HANYA DENGAN BERDAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE? HUBUNGI SAYA SEKARANG UNTUK SAYA BIMBING ANDA. KELAS BIMBINGAN 100% ONLINE TANPA PERLU ANDA KELUAR RUMAH. WAKIL PENGEDAR SELURUH MALAYSIA MASIH LAGI DIPERLUKAN”

5 comments for “Kebaikan Dan Khasiat ESP Shaklee

  1. October 2, 2014 at 4:16 pm

    Bulan ni bulan bertuah anda semua sebab tgh promo ESP..apa lagi, jom grab banyak2..

    ANAK KURANG BERAT BADAN? APA YANG PERLU ANDA BUAT

  2. October 3, 2014 at 2:30 pm

    Saya sukakan ESP ni untuk kesemua 3 sebab di atas. memang meyakinkan la

  3. Atie Ika
    October 8, 2014 at 7:44 am

    esp terbaik..all in one

  4. October 12, 2014 at 4:56 pm

    Memang best lah ESP ni… I like…..

    Mealshakes Shaklee:- Khasiat Dan Manfaatnya
    Nursimatun recently posted…Testimoni Set Menyusu ShakleeMy Profile

  5. October 23, 2014 at 8:26 pm

    Bagus ESP ni. No wonder 2x PROMO dia dalam cycle ni. Good!
    Nurhalawa Md Yusof recently posted…Mesti Baca: 7 Tabiat Bahaya Perlu Dielakkan Selepas MakanMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge