Resepi Roti Sosej

Assalamualaikum wbt…Salam Sejahtera..

Hari ini kami bertiga, saya dan anak-anak berada di rumah sahaja. Suami ada konvoi bermotor dengan kawan-kawannya di Klang. Sudah lama juga dia tidak berkonvoi. Rasanya lebih dari setahun. Jadi, hari ini nak lepaskan gian agaknya. OK lah, lagi pun dekat saja.

Jadi, hari ini saya kenalah memasak sendiri untuk keluarga. Cadangnya tengahari nanti nak buat meehoon sup. Jadi pagi ini saya sediakan makan pagi yang simple sahaja iaitu roti sosej. Amaran: sosej tidak bagus untuk dimakan selalu. Saya juga tidak biasa menyimpan stok sosej. Ini pun baru semalam beli untuk breakfast pagi ini.

CYMERA_20141012_102532

Bahan-bahan:

  • 6 keping roti slice putih/wholemeal
  • 6 ketul sosej
  • breadcrumb
  • 2 biji telur (kacau bersama sedikit garam)
  • minyak untuk menggoreng

Cara-caranya:

  • gulung sosej ke dalam roti. Penyet-penyetkan sedikit roti ketika menggulung
  • rendamkan sosej yang dibaluti roti ke dalam telur
  • gaulkan ke dalam breadcrumb
  • sedia untuk digoreng

Mudah kan? Masa makan saya potong kecil-kecil untuk mudahkan anak-anak makan. Jika anda guna sosej yang ada cheese mesti lagi sedap. Roti sosej ini sedap juga dimakan untuk minum petang.

Selamat mencuba!!

4 comments for “Resepi Roti Sosej

  1. October 12, 2014 at 5:03 pm

    Simple & sedapkan mamma..nanti kita nak cuba…

  2. October 18, 2014 at 7:54 am

    Kalau anak-anak saya, sosejnya sahaja yang di makan. Rotinya di tinggalkan di dalam pinggan… hihihi
    Nursimatun recently posted…Resepi Sri Ayu KebabooomMy Profile

  3. October 23, 2014 at 7:27 pm

    Sedapnya! Sosej dan roti ade je ni. Buat dinner pon boleh kan..Jom masuk dapo!
    Nurhalawa Md Yusof recently posted…Mesti Baca: 7 Tabiat Bahaya Perlu Dielakkan Selepas MakanMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge