5 Cara Cepat Hamil Amalan Puan Dilla Setelah Empat Tahun Menanti

Assalamualaikum wbt..Salam Sejahtera..

Penantian tahun berganti tahun bagi seorang wanita untuk memiliki cahaya mata bukanlah satu perjalanan hidup yang indah. Pasti banyak cerita sedih yang dialami. Begitu juga dengan wanita yang bernama Puan Dilla ini. Kata beliau, empat tahun bukanlah tempoh mudah baginya. Pandangan dan kata-kata sinis dari keluarga dan orang sekeliling menjadi peneman baginya. Alhamdulillah, berkat kesabaran dan tidak jemu berdoa, akhirnya Allah makbulkan permintaan zuriat baginya. Beliau berkongsi beberapa tips cara cepat hamil sebagai salah satu cara untuk membantu wanita yang mempunyai nasib sepertinya.

cara cepat mengandung

Puan Dilla yang kini hamil dua bulan benar-benar terkejut apabila doktor sahkan beliau hamil. Sebelum itu, haidnya lewat lebih seminggu. Beliau yang sudah jemu buat ujian kehamilan membiarkan sahaja perkara itu tanpa melayan segala gerak hati yang bersarang. Alasannya, tidak mahu kecewa lagi.

Sejak beberapa hari haidnya lewat, setiap pagi badannya panas. Muntah dan loya menjadi peneman. Namun, hatinya masih berdegil untuk tidak ke klinik. Sebelum ini pernah beberapa kali dia rasakan perkara yang sama. Apabila ke klinik rupanya demam atau gastrik. Sehinggalah pada suatu pagi Jumaat, kepalanya berpusing sehingga langsung tidak larat untuk ke pejabat. Bila sudah reda sedikit sakitnya, tengahari itu beliau ke klinik untuk mengambil sijil sakit dari klinik.

Dipendekkan cerita, telahan awal kemungkinan sakitnya gara-gara kepenatan bekerja, rupa-rupanya petanda awal beliau hamil. Hampir menitis air matanya tatkala doktor sahkan beliau hamil 5 minggu ketika itu. Baginya, itulah momen yang paling indah yang pernah terjadi dalam hidupnya. Sukar digambarkan, tetapi sehingga ke saat ini, beliau masih teringat-ingat saat doktor menunjukkan ujian kehamilan padanya.

cara cepat hami puan dilla

Sudah lama beliau menanti dua garisan muncul di alat ujian kehamilan. Baru kini nikmatnya Allah berikan.

Suaminya yang tinggal berjauhan darinya turut menangis kesyukuran apabila dikhabarkan berita gembira itu. Bukan satu dua usaha yang dilakukannya. Tidak terhitung rasanya. Pantang ada yang beritahu ubat terbaik, pasti dibelinya.  Alhamdulillah, kali ini usaha mereka nampaknya mendapat perkenan Allah. Atas rasa kesyukuran dan kebenaran beliau, saya kongsikan dengan anda apakah 5 perkara yang diamalkan oleh pasangan ini sehingga akhirnya mereka berjaya mendapat zuriat.

1. Berdoa Tanpa Jemu

Tanpa mengira apakah agama kita, sudah tentu kita percaya ada kuasa yang membantu dan memberikan rezeki pada kita. Begitulah juga dengan pasangan ini. Mereka yakin rezeki zuriat datangnya dari Allah. Maka setiap kali selepas solat, mereka akan berdoa panjang lebar bermohon keampunan dan memohon rezeki anak. Kebiasaannya apabila berdoa mengenai anak, jarang sekali air matanya tidak tumpah. Hatinya sungguh tersentuh setiap kali menyebut perkataan anak ketika berdoa di hadapan Allah.

Satu lagi rahsia besar pasangan ini ialah menunaikan solat malam setiap Isnin dan Khamis. Katanya lagi, ada ustaz yang sarankan mereka melakukan solat malam ketika meminta air penawar. Sejak dari hari itu, memang sudah menjadi kebiasaan pasangan ini akan mengejutkan pasangan masing-masing untuk bertahajud walaupun tinggal berjauhan.

2. Pujuk Suami Berhenti Merokok

Sejak awal perkahwinan lagi, wanita ini menasihatkan agar suaminya berhenti merokok. Tetapi, lelaki…biasalah. Merokok pula sudah sebati dalam diri suaminya sejak belasan tahun. Mana mungkin suaminya mahu berhenti hanya kerana bebelan seorang isteri, walaupun dia benar-benar sayangkan isterinya.

Dua tahun cubaan untuk hamil, masih juga gagal. Sekali lagi wanita ini memujuk suaminya. Entah bagaimana, hati suaminya tewas dengan pujukan isteri. Mungkin kerana dia benar-benar kasihan melihat kesungguhan isterinya yang inginkan zuriat. Akhirnya, suaminya setuju untuk berhenti merokok. Tetapi bukanlah berhenti secara mendadak. Suaminya mengambil masa hampir lima bulan untuk berhenti sepenuhnya.

cara cepat hamil

Merokok sebenarnya bukan sahaja membahayakan kesihatan. Malah, bahan kimia yang terdapat didalamnya boleh merencatkan kualiti sperma lelaki. Namun masih ramai kaum lelaki ego kerana mereka merasakan ramai lagi perokok di luar sana yang mempunyai zuriat. Tetapi, anda harus ingat. Tahap kesuburan adalah berbeza mengikut individu. Anda boleh buat bacaan bagaimana merokok boleh menjejaskan kualiti kesuburan seorang lelaki.

Anda boleh cuba baca artikel berhenti merokok dengan mudah sekiranya anda benar-benar komited mahukan zuriat yang sihat dan bijak. Ada beberapa testimoni kejayaan pengguna yang sudah pun berjaya tinggalkan rokok mereka.

3. Kempiskan Perut Yang Banyak Angin

Sebenarnya badan Puan Dilla tidaklah gemuk sangat. Namun beliau mempunyai masalah perut yang agak buncit kerana mempunyai masalah angin yang agak kronik. Pada mulanya, beliau tidak hiraukan masalah perutnya sehinggalah dia berjumpa doktor. Doktor sarankan wanita ini membuang angin yang ada dalam badannya untuk meningkatkan peluang kehamilan.

Apakah kaitan perut buncit dan sukar hamil? Anda boleh rujuk artikel saya sebelum ini iaitu Awas Perut Buncit Petanda Sukar Hamil.

4. Betulkan Kitaran Haid

Kitaran haid adalah perkara paling utama yang perlu dititikberatkan. Melalui kitaran haid inilah kita dapat pastikan bilakah tarikh subur dan yang paling penting, kita dapat pastikan kualiti ovum tiada masalah. Sekiranya ovum dihasilkan setiap bulan,bermakna anda terhindar daripada masalah PCOS.

Kasihan Puan Dilla, beliau mempunyai kitaran haid yang tidak teratur sejak berkahwin. Mungkin kerana perubahan hormon. Sudahlah berada berjauhan daripada suami, sukar pula menentukan tarikh subur. Wanita ini bingung untuk jadualkan perjumpaan mereka kerana tidak tahu mengira waktu subur. Adakala haid datang dua bulan sekali. Malah, pernah juga empat bulan sekali.

cara mudah hamil

Ketika inilah kali pertama beliau dipertemukan dengan saya. Beliau mengadu masalah haid serta situasi beliau dan suami. Tumpang kasihan saya padanya. Lalu saya nasihatkan beliau ambil suplemen untuk betulkan haid, iaitu GLA Complex. Alhamdulillah, selepas dua bulan konsisten, haidnya kembali teratur. Saya masih ingat pesanan ringkas yang beliau kirimkan selepas berjaya stabilkan haid beliau. Happy sungguh beliau di kala itu.

5. Ikhtiar dengan Suplemen Kesuburan

Sesudah haid beliau stabil, beliau semakin yakin dengan tahap kesuburannya. Ditambah pula setiap bulan beliau perasan lendiran kesuburan keluar dari farajnya menandakan waktu subur.

Pada bulan ketiga haidnya stabil, beliau hubungi saya untuk menambah beberapa suplemen kesuburan lain yang terdapat dalam set kesuburan Shaklee. Katanya inilah peluang untuk menambah zuriat alang-alang haid sedang stabil. Saya cadangkan beliau menambah B Complex, Zinc Complex dan Vitamin E Complex. Maka, complete set kesuburan yang diambil oleh Puan Dilla.

cara cepat hamil

Alhamdulillah, seingat saya selepas empat bulan beliau mencuba, tiba-tiba saya menerima whatsapp daripada beliau. Perasaan gembira yang tidak mampu saya ungkap apabila beliau menyatakan beliau sudah pun hamil 5 minggu. Lebih bangga kerana saya merupakan orang kedua yang tahu berita itu selepas suaminya. Maklumlah, saya dan beliau agak rapat kerana beliau banyak bertanyakan tips kesuburan daripada saya. Bahkan, ada ketikanya mengenai posisi yang tepat pun tanpa segan dia bertanya.

Saya tidak kisah berkongsi asalkan pelanggan saya puas hati. Lagipun, saya nak sangat semua pelanggan saya berjaya hamil. Sebab itulah kebanyakan pelanggan set kesuburan memang sangat rapat dengan saya. Alhamdulillah.

Inilah 5 tips yang selalu Puan Dilla amalkan sehingga penantian 4 tahun berakhir juga. Kini, beliau dan suami melalui fasa yang sungguh indah sambil ternanti-nanti perkembangan terbaru bayi dalam perutnya. Tidak sabar menunggu tendangan pertama dari perut katanya. Saya boleh bayangkan betapa perasaannya dibuai perasaan gembira setiap masa saat ini.

Testimoni Set Kesuburan Shaklee

Selain daripada kisah kejayaan Puan Dilla, saya suka nak berkongsi satu lagi testimoni salah seorang pelanggan saya yang dahulunya siap ulang alik selama dua tahun di klinik kesuburan untuk mendapat anak pertama walaupun sudah melalui ujian IUI. Beliau didiagnos mempunyai masalah PCOS. Alhamdulillah, dengan Set Kesuburan Shaklee, beliau sendiri terkejut tiga bulan sahaja terus lekat anak kedua. Langsung tiada ambil apa-apa pil kesuburan daripada hospital.

cara cepat hamil

Selebihnya, anda boleh lihat banyak lagi testimoni kejayaan kehamilan dengan Set Kesuburan Shaklee.

Kepada anda yang telah menantikan saat ini sekian lama, jangan bertangguh lagi. Kesuburan wanita semakin lama semakin merudum. Bahaya jika anda mengambil pendekatan menunggu tanpa usaha sekiranya anda sudah pun berkahwin lebih setahun dan umur sudah pun menjangkau 30 tahun. Lelaki pula memang makin tua makin menjadi. Jangan sampai suami ambil peluang lain atas alasan faktor umur anda. Sebab itu, saya cadangkan anda segera berusaha sekiranya anda benar-benar mahukan zuriat dan mengharmonikan lagi rumahtangga anda.

cara cepat hamil

Sekiranya anda ada masalah atau apa-apa pertanyaan berkenaan set kesuburan Shaklee, jangan segan untuk bertanya. In shaa Allah, saya akan cuba membantu mana yang termampu. Bagi pelanggan saya, in shaa Allah saya boleh menjadi bahu untuk anda sandar sekiranya anda hadapi sebarang masalah.

Hubungi saya segera di 0146692610 untuk servis dan konsultasi terbaik.

Anda mungkin berminat untuk membaca artikel berkaitan:

CARA JADI AHLI SHAKLEE

emel : poshykidz@gmail.com 
sms/whatsapp : 0146692610 
ID Shaklee: 894220 

*************************************************************************************************************************

Saya merupakan seorang ibu yang bekerja dari rumah. Dahulunya berjawatan sebagai jurutera di salah sebuah syarikat besar Malaysia, tetapi mengambil keputusan untuk meletak jawatan kerana melihat potensi yang sangat besar dalam bisnes Shaklee. Alhamdulillah, empayar yang saya latih semakin lama semakin berkembang.

Jika anda ibu bekerjaya yang menyimpan niat untuk menjaga sendiri anak-anak di rumah, atau pun anda ingin membantu meringankan beban kewangan suami anda, Shaklee merupakan medium terbaik untuk anda anda menyulam impian anda. Bersama saya, in shaa Allah anda mampu menjana pendapatan dengan hebat, setaraa dengan leader-leader yang berada di bawah kepimpinan saya.

Sertai dan hubungi saya dengan segera.

Ketahui bagaimana untuk berdaftar sebagai ahli Shaklee dan kelebihan menjadi ahli Shaklee

10 comments for “5 Cara Cepat Hamil Amalan Puan Dilla Setelah Empat Tahun Menanti

  1. November 17, 2014 at 2:42 pm

    Alhamdulillah tahniah kepada puan dilla
    Faiz Saaid recently posted…Selesaikan Masalah Orang Lain Kalau Nak KayaMy Profile

  2. November 17, 2014 at 3:49 pm

    teringin nak mengenali puna dilla :)
    nurul aziyana recently posted…Atasi Perut Buncit Supaya Orang Dah Tak Ingat Kita Seperti Hamil 5 BulanMy Profile

  3. November 17, 2014 at 5:28 pm

    Ehh, sama pula nama dia dengan saya. Nasib 4 tahun kawin saya dah ada 2 orang anak.

  4. November 17, 2014 at 7:29 pm

    Tahniah Puan Dilla, semoga tiada sebarang komplikasi.
    Malaysia Tercinta recently posted…Buat Duit Di iLancee.comMy Profile

  5. November 17, 2014 at 10:22 pm

    Tahniah Puan Dilla… gembira sangat bila dengar ada yang hamil setelah lama menunggu… Semoga kandungan sihat2 saje…
    Nursimatun recently posted…Petua Kempiskan Perut Buncit Selepas BersalinMy Profile

  6. November 18, 2014 at 5:49 am

    memang seronok sangat kalau dapat tahu isteri mengandung..kita jadi bapa..penyambung legasi dalam keturunan..kalau tak pun jadi hero kepada keluarga..
    Hero Borneo recently posted…3 Amanat Penting Dari Jutawan InternetMy Profile

  7. November 18, 2014 at 9:50 am

    Alhamdulillah, berkat usaha dan doa yang berterusan. Teringin saya minta tips bagaimana Pn. Dilla memujuk suami untuk berhenti merokok, dah puas pujuk dah, dia cuma tak merokok depan saya dan anak, ataupun di dalam rumah.
    Salju Sakinah recently posted…CARA MENINGKATKAN KONSENTRASI ANAK DAN FOKUS DI DALAM KELAS UNTUK DAPAT STRAIGHT A’sMy Profile

  8. ros
    November 18, 2014 at 11:54 am

    semoga Puan Dilla dimurahkan rezeki anak selepas ni. insyaAllah
    ros recently posted…Anak KURUS MACAM LIDI? Ikut 3 Cara Tambah Berat Badan Anak 2 Tahun yang Tak Nak Makan – BERKESAN untuk IBU BEKERJAYAMy Profile

  9. Zul
    November 18, 2014 at 2:30 pm

    salah satu tips lain ialah makan buah zuriat. Ada member dulu dia susah nak beranak tapi bila amalkan pemakanan yang betul alhadulillah dapat baby.
    Zul recently posted…Perkhidmatan Kereta Sewa Saya di Cheras, Ampang & Hulu LangatMy Profile

  10. November 18, 2014 at 3:25 pm

    Tahniah Puan Dilla!
    Nurhalawa Md Yusof recently posted…Petua Cepat Melegakan Batuk Tahap Nak Tercabut JantungMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge