9 Tips Menjadi Suami Romantik Seperti Aaron Aziz (Bukan Suami Mah)

Assalamualaikum wbt…Salam Sejahtera..

Saya yakin ramai wanita yang minat sungguh dengan lakonan abang Aaron Aziz kan? Bukan sahaja kerana wajahnya yang kacak, lakonannya juga membuatkan wanita rasa terbuai dan cair! Untung isterinya Diyana Halik kan? Maka, ramailah isteri mendambakan suami seromantik Aaron Aziz. Mari saya kongsikan dengan anda apakah 10 tips yang boleh suami lakukan supaya menjadi suami romantik seperti Aaron Aziz.

tips menjadi suami romantik

  • Beri Pujian Kepada Isteri

Semua orang sukakan pujian apatah lagi pujian daripada orang yang dicintai. Lembutkan lidah anda untuk memuji si isteri cantik, kemas atau pun seksi. Jangan malu atau kekok untuk mulakannya. Bila anda biasakan diri memuji isteri, lama-kalamaan ia menjadi habit yang sangat disenangi isteri.

Para isteri pula janganlah berpakaian kelawar saja siang malam. Suami pun keliru nak puji jika siang dan malam tak boleh nak beza. Para isteri boleh amalkan 7 tips awet muda yang diamalkan kawan saya sehingga suaminya geram asyik nak cubit pipinya yang gebu. Tiadalah masalah suami cari pengganti hanya kerana rambut isteri berbau busuk dan masam.

tips suami romantik

Sesekali apabila isteri menukar gaya deko rumah, anda boleh puji kehebatan isteri anda. Paling isteri gemar apabila suami suarakan pujian masakannya sedap. Jangan hanya suarakan dalam hati, kerana isteri sukakan luahan pujian daripada suami.

Percaya atau tidak, kuasa pujian dari seorang suami membuatkan isteri jatuh cinta seperti mula-mula kahwin dulu. Tidak percaya? Sila cuba hari ini juga!

  • Buat Kejutan

Isteri memang sukakan kejutan daripada suami. Sesekali di waktu cuti, sediakanlah sarapan pagi untuk isteri. Atau jika anda jarang bercuti, ambillah cuti satu hari hanya untuk habiskan masa di rumah bersama isteri tanpa gangguan anak-anak.

Lebih menarik lagi jika anda cuba menukar cadar bilik. Tentu mood bilik anda akan berubah sekiranya anda menukar cadar tanpa dsuruh oleh isteri anda.

Sesekali belikanlah isteri hadiah sebagai tanda penghargaan menjaga rumahtangga dengan baik. Biasanya isteri sangat menghargai hadiah yang diberi suami walaupun ianya bukanlah hadiah yang mahal. Elemen kejutan yang membuatkan isteri sangat menghargai hadiah tersebut.

Tapi jika buat kejutan seperti suami Kak Mah, saya pun tidak rela. Buatlah kejutan secara berhemah dan ikhlas.

  • Dengar Pendapat Isteri

Kebanyakan suami suka mendengar pendapat kawan-kawannya berbanding pendapat isteri mereka. Sedangkan isteri adalah orang yang akan bersama suami susah dan senang. Hargai isteri dengan mendengar pendapatnya. Jika dirasakan tidak sesuai, anda boleh berbincang dengan isteri anda.

Isteri tentu sekali ingin menjadi sebahagian daripada pemberi nasihat kepada masalah anda walaupun ianya berkenaan pejabat, gajet kesukaan atau kenderaan bermotor. Namun, sebagai isteri yang bijak, anda juga perlu perlu ada sedikit sebanyak penegtahuan tentang isu yang diminati suami.

  • Bantu Ringankan Beban Isteri

Isteri yang dihantar untuk suami bukanlah sebagai hamba kepada kaum lelaki. Isteri mempunyai kedudukan mulia di dalam keluarga. Oleh itu, hargai isteri dengan bersikap ringan tulang. Tidak perlu menunggu isteri meminta, suami harus bijak memainkan peranan.

tips suami romantik

Antara tugasan yang boleh suami lakukan ialah mencuci pinggan setelah isteri penat memasak. Ataupun menjaga anak-anak ketika isteri menyapu lantai. Banyak sebenarnya tugasan yang kita nampak sebagai mudah, tetapi ianya berat untuk isteri.

  • Bawa Isteri Berehat

Suami isteri yang sama-sama bekerja semamangnya sama-sama penat. Tetapi, tahukah anda isteri dua kali ganda lebih penat? Di rumah, isteri juga dikategorikan sebagai bekerja walaupun ianya dilakukan dengan penuh sifat kasih sayang dan keikhlasan.

Oleh itu, apa salahnya sesekali bawa isteri berehat dan bercuti. Katakan padanya percutian kali ini khas untuk isteri yang terlalu banyak berkorban untuk anda. Sah, anda sedang membuatnya tidak keruan.

tips menjadi suami romantik

  • Hadiahkan Isteri Ciuman Dan Pelukan

Ciuman dan pelukan seorang suami benar-benar menghilangkan tekanan seorang isteri. Isteri akan merasa sangat bahagia apabila tiba-tiba dicium dan dipeluk setelah penat melakukan kerja harian.Ia juga dianggap sebagai perbuatan yang menunjukkan kasih sayang yang tidak bertepi daripada seorang suami.

Tanyakan diri anda, bilakah kali terakhir anda mencium dan memeluk isteri di dapur atau di kawasan selain atas katil? Jika anda sendiri pun sudah lupa bila kali terakhir anda lalukannya, mulakan hari ini. Pasti terdapat kelainan dalam mood rumahtangga anda.

  • Elakkan Membawa Balik Kerja Pejabat

Sesibuk manapun anda di pejabat, jangan lanjutkan kesibukan anda di rumah dengan membawa kerja pejabat yang tidak selesai. Sususn jadual kerja anda dengan baik untuk elakkan perkara ini dari terjadi.

Maklumlah, zaman sekarang masa untuk keluarga hanyalah di waktu malam. Jika waktu malam pun anda menghadap kerja pejabat, bila lagi waktu untuk bersama keluarga kan?

  • Banyakkan Gurau Senda

Hari-hari yang tertekan akan menjadi tenang apabila suami pandai bergurau dengan isteri. Gelak tawa yang pecah tanda isteri suka dengan jenaka yang suami perdengarkan.

Gurau senda sememangnya antara nadi keutuhan rumah tangga. Tanpa jenaka, rumahtangga akan menjadi muram dan bosan.

  • Pandai Ambil Hati Anak-Anak

Isteri akan bahagia sekiranya anak-anak suka bermain dengan bapanya. Gelak tawa anak-anak apabila diusik bapanya menunjukkan betapa bahagianya rumahtangga mereka. Jangan jadikan anak-anak sebagai pelepas marah hanya kerana mereka masih kecil.

tips suami romantik

Kasih sayang yang ditunjukkan anak-anak kepada seorang bapa mereka menunjukkan betapa anak-anak sangat menyayangi dan menyanjungi suami anda.

Namun, jangan risau sekiranya anda masih belum punya anak. Anda boleh cuba 5 cara cepat hamil amalan seorang wanita yang berjaya hami setelah lama menunggu.

Apa yang penting, kehidupan suami isteri perlulah telus. Jika ada masalah atau terguris perasaan, usah dipendam. Luahkan supaya masing-masing boleh perbaiki kelemahan masing-masing. Jika sudah terlanjur seperti suami Mah, tiada guna lagi. Jika kemaafan diberi sekalipun, tidak mungkin ianya akan dilupakan sampai bila-bila.

CARA JADI AHLI SHAKLEE

emel : poshykidz@gmail.com 
sms/whatsapp : 0146692610 
ID Shaklee: 894220 

*************************************************************************************************************************

Saya merupakan seorang ibu yang bekerja dari rumah. Dahulunya berjawatan sebagai jurutera di salah sebuah syarikat besar Malaysia, tetapi mengambil keputusan untuk meletak jawatan kerana melihat potensi yang sangat besar dalam bisnes Shaklee. Alhamdulillah, empayar yang saya latih semakin lama semakin berkembang.

Jika anda ibu bekerjaya yang menyimpan niat untuk menjaga sendiri anak-anak di rumah, atau pun anda ingin membantu meringankan beban kewangan suami anda, Shaklee merupakan medium terbaik untuk anda anda menyulam impian anda. Bersama saya, in shaa Allah anda mampu menjana pendapatan dengan hebat, setaraa dengan leader-leader yang berada di bawah kepimpinan saya.

Sertai dan hubungi saya dengan segera.

Ketahui bagaimana untuk berdaftar sebagai ahli Shaklee dan kelebihan menjadi ahli Shaklee

11 comments for “9 Tips Menjadi Suami Romantik Seperti Aaron Aziz (Bukan Suami Mah)

  1. November 19, 2014 at 3:41 pm

    Nampaknya suami Kak Mah padai apply tip no. 2 jer :(
    Malaysia Tercinta recently posted…Buat Duit Di iLancee.comMy Profile

  2. November 19, 2014 at 3:59 pm

    Haha..suami kak mah apply tips no 2 tue betul dah rasanya..beri kejutan ada skandal lain…
    Atie Ika recently posted…Tips Jaga Kulit Wajah dan Tangan Berkedut Tanpa Perlu Luangkan Masa LamaMy Profile

  3. November 19, 2014 at 8:39 pm

    semua gambar aaron aziz….heee. kena baiki mana2 yg kurang InsyaAllah.

  4. November 19, 2014 at 9:06 pm

    nak sangat suami romantik …..
    NOREHAN SAAD recently posted…TIPS JIMAT ELEKTRIK DI RUMAHMy Profile

  5. November 20, 2014 at 12:09 am

    memang tangkap leleh nonton abang eronnn
    Nurhalawa Md Yusof recently posted…Apa Perlu Buat Bila Tangan Terseliuh?My Profile

  6. November 20, 2014 at 10:27 am

    Thanks for the tips. Kena print bagi somi baca nih ☺
    Fiza Rahman recently posted…ADVERTORIAL Job | Bukan Suatu yang Mudah!!!My Profile

  7. November 20, 2014 at 1:03 pm

    banyakkan gurau senda tu mak jemah suka. kadang kita ni ada masa stress, jadi gurau senda suami automatik terus dapat hilangkan stress serta merta..alhamdulillah suami suka gurau senda walau kadang2 gurau senda boleh buat kita geram hehe
    Mak Jemah Jual Vitamin recently posted…Tips Atasi Morning Sickness! Jangan Menangis Wahai IbuMy Profile

  8. November 20, 2014 at 1:17 pm

    ya..memang best jadi suami romantik..untung isteri kan!
    Kakiblog recently posted…7 Kriteria Pemilihan Blog TerbaikMy Profile

  9. November 21, 2014 at 12:59 pm

    syok kan dapat suami romantik. tapi takut juga kalau munafik cam suami kak mah :p

    p/s: jemput join segmen :)
    Buat Wanita recently posted…Segmen BuatWanita.Blogspot.Com Mencari Bloglist 2015My Profile

  10. November 26, 2014 at 9:53 pm

    awwww..abam aaron ajis…iols suke!
    Dilla Jalil recently posted…Cara Kempiskan Perut Buncit Suami Seperti Wanita Hamil 7 Bulan!My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge