Derita Pesakit Gout Ingin Cepat Pulih Akibat Terlalu Sakit

Punca Dan Cara Atasi Masalah Gout Dengan Cepat

Assalamualaikum wbt..Salam Sejahtera..

Deritanya seperti kaki dicucuk-cucuk oleh jarum. Inilah perumpamaan paling sesuai bagi pesakit gout. Jika kita membuat bacaan sekalipun, gout merupakan penyakit sendi yang paling sakit yang akhirnya mungkin boleh menyebabkan penyakit buah pinggang yang kronik. Kita yang melihat mungkin hanya mampu membayangkan. Tetapi, yang menanggungnya..Subhanallah, hanya Allah tempat mengadu. Kerana kesakitan yang tidak tertanggung inilah menyebabkan mereka tercari-cari penawar gout agar cepat pulih.

cara cepat pulihkan gout

Dalam pada itu, ayah saya yang sering mengadu sakit kaki setiap kali saya telefon juga dikesan mempunyai masalah gout. Kata ayah, apabila dia tunjukkan kakinya yang sakit, doktor memberitahu ada kemungkinan kandungan asid urik dalam badan ayah tinggi. Ayah diberi pil tahan sakit dan pil anti radang supaya kesakitannya dapat dibendung segera dan tidak lagi berlaku radang di kawasan sendi yang sama.

Kebetulan minggu depannya ayah bercadang ke rumah saya. Jadi, apabila sampai sahaja di rumah saya, saya meminta ayah berhenti dari mengambil pil tahan sakit dan pil anti radang. Kenapa? Mari saya ceritakan lebih lanjut.

Berhenti Dari Memakan Pil Tahan Sakit Dan Pil Anti Radang

Ayah saya sebenarnya sudah tua. Dari raut wajahnya, saya tahu dia sedang sakit. Tapi saya tidak mahu dia terus ambil risiko dengan memakan pil tahan sakit kerana lama-kelamaan buah pinggangnya pula boleh rosak. Sebenarnya dokor sendiri tahu kesan buruk di sebalik pengambilan pil tahan sakit. Dan saya masih tidak faham kenapa doktor memberikan ubatan begitu tanpa menyatakan sekali risiko pengambilannya. Sudahlah buah pinggang ayah saya pun sudah tua.

cara pulih gout dengan cepat

Walau ayah berasa lega selepas menelan pil tahan sakit dan memuji-muji ubat dari klinik, saya tetap serapkan ilmu perubatan secara semulajadi kepada ayah. Kata saya, pil tahan sakit ada dadah. Fungsinya hanya memanipulasi otak kita untuk berasa tidak sakit. Walhal punca sakit gout masih tidak diselesaikan. Sedikit demi sedikit dia mula faham niat saya.

Punca Masalah Gout

Gout adalah sejenis penyakit sendi yang disebabkan oleh hablur-hablur asid urik pada sendi. Ia disebabkan oleh paras asid urik yang tinggi dalam badan. Asid urik merupakan hasil lebihan sel-sel mati yang terdapat pada hati dan lebihan asid amino akibat pengambilan protein yang tinggi.

Untuk sistem badan yang normal, asid urik sepatutnya boleh dikeluarkan melalui urin dan najis. Masalah timbul apabila asid urik tidak mampu dikeluarkan dan akhirnya semakin meninggi dalam badan sehingga membentuk hablur kristal pada bahagian sendi. Paling menakutkan sekiranya tidak dirawat, ia boleh menyebabkan kehadiran kristal atau batu dalam buah pinggang. Maka terjadilah kegagalan fungsi buah pinggang atau pun lebih dikenali sebagai sakit buah pinggang.

Kalau sudah effect buah pinggang, jadilah macam bapa kepada pelanggan saya yang sorang ni. Baca kisah bapanya yang mula-mula diserang gout, akhirnya mengidap sakit buah pinggang tahap 3. Kita tentu tidak mahu ibu bapa kita mengalami nasib yang sama kan?

Yang menjadi masalah apabila pesakit sering diberikan ubat tahan sakit yang sebenarnya memburukkan lagi keadaan pesakit. Sudah tentu ia perlu diambil dengan kerap kerana ia bukan merawat punca masalah tetapi hanya bersifat sebagai pelega. Apabila sakit datang lagi, dos yang lebih tinggi diberikan kerana dos lama sudah tidak mampu untuk memberikan rasa tenang kepada pesakit. Makin lama makin tinggi dos diberikan. Maka, buah pinggang terpaksa bekerja lebih keras untuk memperoses ubatan kimia tersebut.

Cara Atasi Masalah Gout Dengan Cepat

Ketika ayah berada di rumah, saya cuba mengawal pemakanan ayah saya. Bila saya google, rupanya banyak sangat makanan yang ayah perlu pantang. Antara makanan yang tidak boleh diambil oleh pesakit gout ialah:

  • organ dalaman
  • ikan bilis, ikan kembung, ikan masin dan ikan bersengat
  • makanan laut seperti kerang, sotong dan udang
  • asparagus, bunga kobis, cendawan, brokoli dan bayam
  • makanan yang diproses seperti daging cincang, nuget atau daging burger
  • roti jagung dan bijirin
  • makanan yang bercuka
  • sayuran kekecang
  • jagung, limau dan mangga
  • semua jenis jeruk

Rupanya banyak pesakit gout kena pantang kan?

Selain daripada itu, saya memberi ayah makan Omega Guard, Alfalfa Complex dan Advance Joint Health Tablet Shaklee sebagai salah satu usaha memulihkan ayah dengan cepat tanpa pengambilan pil tahan sakit. Saya nak ayah pulih dengan cara semulajadi kerana risaukan kesan sampingan di kemudian hari.

Bayangkan jika umur ayah makin tua, alami pula masalah buah pinggang. Ya Allah…memang saya tidak mampu membayangkan deritanya ayah ulang alik melakukan dialisis. Sebab itulah, saya cuba jugak pujuk ayah amalkan Set Gout Shaklee.

cara atasi gout dengan cepat dan berkesan.jpg.001

Omega Guard : berfungsi untuk melegakan keradangan yang benar-benar membuatkan pesakit gout berasa lega. Ia mengawal ‘punca’ masalah, bukan hanya pelega yang dimanipulasikan oleh otak. Sudah tentu ia bukanlah pelega dalam sekelip mata. Pengambilan secara konsisten boleh membantu melegakan kesakitan akibat radang pada sendi.

Alfalfa Complex : berfungsi untuk menurunkan paras asid urik dalam badan. Apabila paras asid urik makin rendah dan stabil, masalah gout akan selesai. Alfafa membantu pesakit membuang asid urik berlebihan yang selama ini terkepung dalam badan. Alfalfa membantu untuk detox segala toksin bahaya penyebab penyakit-penyakit berbahaya. Inilah vitamin yang membantu merawat punca kepada masalah gout.

Advance Joint Health Tablet : membantu menghadirkan pelincir di antara sendi-sendi supaya pergerakan sendi lebih lancar tanpa gesekan yang menyakitkan. Tanpa pelincir yang cukup, tulang sendi boleh bergesel sesama sendiri dan boleh menyebabkan radang.

Kesan Positif Seawal Dua Minggu

Selepas konsisten mengambil Omega Guard, Alfalfa Complex dan Advance Joint Health Tablet, ayah ada beritahu sakit kakinya semakin berkurangan. Alhamduliillah, lega saya mendengarnya. Tetapi saya cadangkan ayah saya untuk membuat ujian darah untuk memastikan sakit goutnya tidak berulang kembali.

Seminggu selepas ambil darah, keputusan ujian darah sangat menggembirakan saya. Paras asid urik dalam badan ayah kembali NORMAL!! Bermakna ayah saya bebas gout. Minggu depan adalah tarikh beliau berangkat ke Mekah menunaikan umrah. Jika goutnya masih ada, tentu sukar kan?

Syukur sangat kerana gout ni boleh menjadi penyebab kepada sakit buah pinggang. Makin terseksa la jika terpaksa melakukan dialisis. Sebab itu, saya cuba juga pujuk ayah ambil Set Gout Shaklee. Ternyata, ianya sangat serasi dengan ayah saya. Sekarang ini selamba saja dia jalan kaki dari rumah saya yang hujung sekali hingga ke kedai runcit taman.

Anda boleh lihat beberapa testimoni lain pesakit gout yang kini pulih setelah mencuba Set Gout Shaklee

Jika anda pesakit gout, atau sedang risau kesihatan ibu ayah yang sedang alami masalah gout, jangan tunggu lama-lama dan bergantung harap kepada pain killer. Makin lama bertangguh, makin derita mereka sehingga nak solat pun terganggu. Tolonglah hentikan penderitaan mereka dengan berikhtiar dengan Set Gout Shaklee.

Anda boleh hubungi saya di 0146692610 jika anda mempunyai sebarang kemusykilan dan pertanyaan mengenai masalah gout. In shaa Allah, saya sedia membantu.

**Sekiranya anda rasa artikel ini mungkin membantu orang di luar sana yang mungkin mengalami masalah gout, anda boleh klik button share di bawah. Mungkin tindakan anda boleh menyelamatkan mereka dari terus menderita.

CARA JADI AHLI SHAKLEE

emel : poshykidz@gmail.com 
sms/whatsapp : 0146692610 
ID Shaklee: 894220 

*************************************************************************************************************************

Saya merupakan seorang ibu yang bekerja dari rumah. Dahulunya berjawatan sebagai jurutera di salah sebuah syarikat besar Malaysia, tetapi mengambil keputusan untuk meletak jawatan kerana melihat potensi yang sangat besar dalam bisnes Shaklee. Alhamdulillah, empayar yang saya latih semakin lama semakin berkembang.

Jika anda ibu bekerjaya yang menyimpan niat untuk menjaga sendiri anak-anak di rumah, atau pun anda ingin membantu meringankan beban kewangan suami anda, Shaklee merupakan medium terbaik untuk anda anda menyulam impian anda. Bersama saya, in shaa Allah anda mampu menjana pendapatan dengan hebat, setaraa dengan leader-leader yang berada di bawah kepimpinan saya.

Sertai dan hubungi saya dengan segera.

Ketahui bagaimana untuk berdaftar sebagai ahli Shaklee dan kelebihan menjadi ahli Shaklee

 

11 comments for “Derita Pesakit Gout Ingin Cepat Pulih Akibat Terlalu Sakit

  1. November 5, 2014 at 11:27 am

    bab makan mesti kena jaga bg pesakit gout, kalau tak susah nak sembuh.
    terima kasih infonya.
    Denaihati recently posted…Cabaran terakhir iPhone 5sMy Profile

  2. November 5, 2014 at 1:02 pm

    ayah saya pun ada masalah yang sama, tapi dia jenis tak sabar, nak hilang sakit serta merta, kalau makan ubat memanglah hilang serta merta sakitnya sebab ada dadah kan, saya tengah usahakan galakan untuk dia..insyaAllah..
    Salju Sakinah recently posted…RAHSIA BUAH KIWIMy Profile

  3. November 5, 2014 at 3:41 pm

    Memang kena jaga pemakanan.tak kira usia skrg gout menyerang

    ANAK BIJAK DENGAN OMEGA
    zainah recently posted…Rendahkan Kolesterol, Ubah Gaya HidupMy Profile

  4. aeish
    January 22, 2015 at 3:37 pm

    Boleh share berapa bj alfalfa yg ayah awak ambik utk nmpk kesan positif 2 minggu tu? Tqia

  5. January 23, 2015 at 4:37 pm

    Puan Aeish, ambil 5 biji sehari..kadang ambil 4 biji.
    maria recently posted…Sesal Separuh Nyawa: Kerana Sembelit Dalam Pantang, Fobia Nak Anak LagiMy Profile

  6. February 4, 2015 at 2:49 pm

    Memang seksa mereka yang terkena gout. Kawan saya seawal umur 30-an pun dah kena. Tetapi kebanyakannya kawan lelaki masa belajar dulu2… Kenapa ramai lelaki je yang kena ye? Pelik jugak kan?
    Nursimatun recently posted…Suami Perokok Tegar Membimbangkan Isteri Hamil… Bagaimana Cara Membantu Mereka?My Profile

    • penyebar ilmu
      May 25, 2015 at 5:45 pm

      gout ni berpunca dari asid uric. asid uric ni dia duk dlm darah..kaum hawa jarang kena gout sebab adanya proses kitaran haid… oleh itu wanita yg sudah menopous amat berisiko tinggi diserang gout… jadi utk kaum adam, kaedah yg terbaik utk merawat gout ialah dengan berbekam…wallahualam.

  7. sakinah
    February 9, 2015 at 2:33 pm

    emak saya sakit buah pinggang stage4, ttp belum kena dialisis lg oleh doktor. masalah sekarang dia kena serangan gout yang kerap.
    Bolehkah jika ada masalah buah pinggang, boleh ambil produk shaklee tersebut?
    Jika sakit gout emak saya hanya ambil panadol sahaja.

  8. February 9, 2015 at 6:10 pm

    As salam Puan Sakinah…saya doakan moga puan dan ibu puan sentiasa dalam perlindungan dan rahmat Allah.

    Untuk masalah ibu puan yang mengalami masalah buah pinggang dan dalam masa yang sama ada masalah gout, saya cadangkan puan untuk ambil Vivix. Dan untuk tempoh ini, saya amat berharap puan nasihatkan ibu untuk hentikan pengambilan panadol serta merta kerana ia sangat membebankan buah pinggang ibu puan yang sudah terlalu lemah.

    Untuk consultation seterusnya, saya akan hubungi puan melalui emel ya…terima kasih puan atas pertanyaan. Saya sangat menghargainya.
    maria recently posted…Cara Merawat Kayap Setelah Berbulan-Bulan Badan Dipenuhi Air Bisa Dan NanahMy Profile

  9. Sukri
    October 20, 2015 at 2:33 am

    Sy umur 22 sy dah kena gaut pertama kali
    Sakit yg teramat

  10. June 19, 2016 at 5:35 am

    Hai kak, terima kasih atas info yang berguna ni :D memang boleh tahan penulisan dan isinya. Saya pun ada kongsikan mengenai Ubat gout bolehlah lawat2 :)
    Mohd Faizul Rizal recently posted…Kelebihan Gula untuk KesihatanMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge