Body Builder Pening Kepala Carikan Petua Cepat Hamil Untuk Isteri

Petua Cepat Hamil Untuk Isteri

Assalamualaikum wbt…Salam Sejahtera…

Dalam kebanyakan kes yang saya jumpa di Fanpage saya iaitu Pakar Cepat Hamil, 98% yang pening kepala berikhtiar untuk cepat hamil ialah kaum isteri. Jarang sangat kaum suami yang bersusah payah usaha mencari suplemen itu dan ini untuk mendapatkan zuriat dengan cepat. Kali ini saya mendapat pertanyaan daripada seorang suami yang ganteng, iaitu seorang body builder. Katanya, isterinya sudah makan macam-macam ubat. Clomid tak clomid semua dah telan. Eh, anda mesti pelik bagaimana saya boleh tahu dirinya seorang body builder kan? Malalui profile whatsapp? Salah!! Mari saya cerita.

Ketika saya sedang buat pre consultation dengan lelaki ini, saya cadangkan set kesuburan suami isteri. Tetapi beliau menolak untuk mengambil set untuk suami. Beliau mahukan set kesuburan wanita sahaja. Alasannya, beliau mengamalkan gaya hidup sihat, tidak merokok dan seorang body builder. Dari sinilah saya dapat tahu beliau seorang body builder. Katanya, tidak mungkin beliau mengalami masalah kesuburan.

lelaki ego apabila bercakap tentang masalah kesuburan lelaki.

Sebenarnya, dalam masalah kesuburan, walau anda amalkan kehidupan yang sihat macam mana sekalipun, masalah masih boleh timbul. Penjagaan kesihatan adalah satu bonus kepada individu tetapi ia tidak menjamin kesihatan organ seks lelaki. Bermakna, jika anda sihat dari segi luaran dan terhindar daripada penyakit-penyakit lain, kualiti sperma anda masih belum tentu berada di tahap terbaik.

Beliau seakan faham apa yang saya maksudkan. Bukanlah saya berniat untuk merendahkan keegoan beliau, saya sebenarnya cuba menerapkan kefahaman kepada seorang lelaki yang mungkin ada pendapat logiknya sendiri.

sedih kerana masih belum punya zuriat suami mencari petua cepat hamil

Kenapa Lelaki Juga Perlu Subur

Ramai isteri mengadu suami mereka menolak untuk mengambil suplemen kesuburan. Walhal sudah bertahun-tahun kahwin dan tidak pernah mendapatkan rawatan kesuburan. Untuk seorang isteri hamil, kedua-dua kualiti ovum dan kualiti sperma mestilah berada dalam keadaan terbaik. Jika salah satu mempunyai masalah, persenyawaan tidak mungkin berlaku atau jika berlaku sekalipun, kemungkinan untuk gugur adalah sangat tinggi.

Justeru, kedua-dua pihak perlu ambil berat kesihatan organ reproduksi masing-masing.

Dalam kes kesuburan lelaki, perkara pertama yang perlu dipastikan adalah kualiti sperma. Suami perlu tahu adakah kuantiti sperma mencukupi dan keaktifan sperma mereka. Jika masalah sperma sedikit atau berada di bawah paras bilangan normal, peluang kehamilan akan menurun. Begitu juga jika sel sperma perlahan atau hanya bergetar setempat, kemungkinan untuk persenyawaan berlaku adalah rendah atau langsung tiada. Ini kerana sperma ‘tidak larat’ untuk berenang ke arah ovum wanita. Bagaimana untuk pastikan, sudah tentu anda perlu membuat ujian kesuburan di klinik kesuburan.

Tetapi jangan risau. Sekiranya anda segan untuk ke sana atau jika anda pernah mencuba rawatan kesuburan seperti melakukan prosedur IUI dan masih gagal, saya boleh bantu anda selesaikan masalah anda. Rawatan semudah ABC tetapi sudah ramai yang berjaya hamil. Anda boleh lihat testimoni berjaya hamil di sini.

Rawatan Kesuburan Lelaki Dengan Shaklee

Majoriti kaum lelaki yang mempunyai masalah kesuburan adalah kerana kekurangan sperma atau pun kadar keaktifan sperma yang rendah. Zinc Complex yang merupakan nadi kepada penghasilan sperma yang banyak dan berkualiti wajib diambil sekiranya anda mahu isteri anda cepat hamil. Ini kerana komponen utama air mani adalah zinc. Kekurangan zinc di dalamnya akan menyebabkan sperma anda tidak berkualiti.

Anda boleh rujuk artikel saya yang bertajuk kesan kekurangan zinc dalam menentukan kesuburan lelaki.

Jika anda inginkan sperma anda berkelajuan tinggi supaya mudah bersenyawa dengan ovum wanita, Vitamin E Complex adalah vitamin yang paling tepat untuk anda. Fungsinya untuk menghasilkan sperma yang berkualiti, hidup lebih lama dan aktif. Bukan sedikit kes yang saya jumpa, suami mempunyai sperma yang hanya bergetar setempat. Jika tidak berusaha untuk aktifkan sperma tersebut, peluang untuk hamil akan menjadi zero.

Anda boleh buat bacaan tentang banyak lagi masalah kesuburan lelaki di sini.

Jika anda seorang suami yang masih belum mampu hamilkan isteri anda, anda boleh hubungi saya untuk saya bantu anda. Anda tidak perlu segan kerana setiap apa yang kita mahu, kita perlu ada usaha yang cukup. Jika anda seorang isteri pula, anda pujuklah suami anda sebaiknya. Jangan tunggu lebih lama, tahun berganti tahun tanpa zuriat. Kerana anda tentu tahu bahawa zuriat penyambung keharmonian suami isteri. Dengan adanya zuriat, rumahtangga anda tentu lebih ceria dan bahagia.

Anda boleh baca artikel menarik tentang ketidaksuburan lelaki di dalam website webmd.

Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan dan konsultasi.

emel : poshykidz@gmail.com 
sms/whatsapp : 0146692610 
ID Shaklee: 894220 (anda boleh ke cawangan dan menggunakan ID saya)
COD Vitamin Shaklee : Nilai, Seremban, Sepang, Damansara, Mont Kiara  

*************************************************************************************************************************

Saya merupakan seorang ibu yang bekerja dari rumah. Dahulunya berjawatan sebagai jurutera di salah sebuah syarikat besar Malaysia, tetapi mengambil keputusan untuk meletak jawatan kerana melihat potensi yang sangat besar dalam bisnes Shaklee. Alhamdulillah, empayar yang saya latih semakin lama semakin berkembang.

Jika anda ibu bekerjaya yang menyimpan niat untuk menjaga sendiri anak-anak di rumah, atau pun anda ingin membantu meringankan beban kewangan suami anda, Shaklee merupakan medium terbaik untuk anda anda menyulam impian anda. Bersama saya, in shaa Allah anda mampu menjana pendapatan dengan hebat, setaraa dengan leader-leader yang berada di bawah kepimpinan saya.

Sertai saya dan hubungi saya dengan segera.

Ketahui bagaimana untuk berdaftar sebagai ahli Shaklee dan kelebihan menjadi ahli Shaklee

7 comments for “Body Builder Pening Kepala Carikan Petua Cepat Hamil Untuk Isteri

  1. November 7, 2014 at 2:21 pm

    maknanya walaupun rasa amalkan gaya hidup sihat belum tentu lagi sepenuhnya kita sihat dalaman kan..kadang-kadang kaum suami segan nak buat test, mungkin hanya fikirkan ala isteri jela pegi check, walhal masalah kesuburan ni masalah bersama..
    Mak Jemah Jual Vitamin recently posted…Tak Perlu Makan Synflex Lagi Bila SenggugutMy Profile

  2. November 7, 2014 at 9:21 pm

    Selalunya begitulah. Wanita juga yang sering di persalahkan. Padahal dalam hal ini, kesuburan perlu dari kedua2 pihak. Buatlah pemeriksaan, baru kita tahu puncanya. Jangan hanya tuding jari pada kaum wanita sahaja.. Ops maaf, ter “emo” pulak…. hihihi…
    Nursimatun recently posted…Cara Atasi Perut Buncit Dengan BerkesanMy Profile

  3. November 8, 2014 at 7:25 am

    Betul tu..kdg2 lelaki ni trlmpau ego bab2 kesuburan..tp ble xde anak,mula r cri lain alasan semata mata nkkn anak..
    hajar recently posted…Tips asas banyakkan susu ibuMy Profile

  4. November 9, 2014 at 3:27 pm

    wahh..menariknya, boleh membuka mata dan minda. sesuai la sangat kalau kaum adam membacanya, biar mereka faham yang usaha ini seharusnya datang dari kedua-dua pihak
    Salju Sakinah recently posted…15 JENIS MAKANAN UNTUK TINGKATKAN SISTEM IMUN ANAKMy Profile

  5. November 10, 2014 at 12:42 pm

    macam kes kawan saya. suaminya sukar nak buat test. Katanya dia sihat xde masalah apa2.

    Suplemen tambahan untuk anak elak jangkitan penyak…
    Zainah recently posted…Dilema ibu bila anak kurang selera makanMy Profile

  6. November 10, 2014 at 10:31 pm

    Kadang2 lelaki ego untuk menerima kelemahan diri..lelaki perlu tahu tak semestinya wanita je ada masalah kesihatan dan kesuburan, lelaki pun tak terkecuali sebenarnya.
    Atie Ika recently posted…Cara Mengatasi Anak Kerap Demam dan Selsema Di TaksaMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge