Mertua Suruh Suami Kahwin Lain Kerana Isteri Sukar Hamil

Assalamualaikum wbt..Salam Sejahtera..

Mengucap panjang pula saya dengar kisah wanita yang menghantar whatsapp kepada saya malam tadi. Pada mulanya dia bertanya tentang cara mudah hamil. Lama-lama dia mula bercerita kisah mertuanya yang mula membenci dirinya sehingga sanggup menyuruh suaminya kahwin lain. Alasannya kerana wanita ini mengalami kesukaran untuk hamil kerana masalah PCOS yang dihadapinya. Kebetulan pula, suaminya dua beradik sahaja. Yang adik ipar wanita tadi perempuan. Jadi, ibu mertuanya kepingin cucu daripada anak lelakinya. Sudah macam drama Samarinda pula kisah ini kan?

isteri lambat hamil

Tapi, ia memang wujud dalam dunia realiti. Campur tangan pihak mertua sebenarnya menyulitkan lagi masalah yang dihadapi. Menurut wanita ini, suami yang dikahwininya empat tahun sudah tidak kisah tentang dirinya yang masih belum ada tanda untuk hamil. Malah kasih sayang suaminya sama seperti mula-mula berkahwin.

Namun, ibunya pula seolah-olah memberi kata dua kepada si anak. Ibunya seakan mahu merajuk jika si anak tidak mahu berkahwin lain. Berat juga masalah wanita ini. Hidup bermadu? Jika ditanya pada saya, sudah tentu saya tidak mahu.

Ya Allah, Kau bantulah wanita ini untuk segera hamil. Aku hanya mampu membantu setakat yang ilmu yang aku ada. Namun, segalanya Engkau yang tentukan. Berilah rezeki zuriat kepada wanita ini dan Engkau lembutkan hati ibu mertuanya. Amin..

Masalah Sukar Hamil Wanita PCOS

PCOS adalah masalah yang selalu terjadi kepada wanita yang mengalami kesukaran untuk hamil. Kesukaran hamil terjadi apabila telur wanita tidak mencapai saiz matang untuk dikeluarkan daripada folikel. Akibatnya, wanita yang menghadapi masalah PCOS sering senggugut, haid yang tidak teratur dan amat payah untuk menentukan waktu subur.

Saya juga punya pelanggan yang tidak datang haid selama lima bulan. Ya Allah, tidak dapat saya bayangkan betapa setiap hari beliau berdoa untuk datang haid. Semuanya gara-gara sukar untuk menentukan waktu subur jika anda mempunyai haid yang tidak stabil.

cara cepat hamil

Peluang Hamil Untuk Wanita PCOS

Setiap masalah atau penyakit yang Allah turunkan sebenarnya sudah pun ada penawarnya. Tugas kita hanya perlu berusaha.

Sama seperti PCOS. Tiada siapa pun yang berani mengatakan wanita PCOS tidak boleh hamil. Kerana sejarah membuktikan ribuan wanita PCOS berjaya hamil. Dorongan daripada suami, keluarga, orang sekeliling ditambah usaha yang tepat mampu membuahkan hasil. Cuma anda perlu konsisten dalam setiap apa yang anda usahakan. Janganlah ambil sebulan, kemudian tidak berjaya hamil bulan berikutnya, terus sahaja anda putus asa. Doa sungguh-sungguh pada Allah juga merupakan kunci kejayaan  anda untuk hamil.

Anda boleh baca pola pemakanan sesuai untuk wanita PCOS dan peluang hamil untuk wanta PCOS.

Untuk wanita malam tadi, saya cadangkan Set Kesuburan Shaklee yang terdiri daripada GLA Complex dan B Complex untuk isteri juga Zinc Complex untuk suami. Suaminya setuju untuk ambil Zinc Complex untuk membantu isterinya lebih cepat hamil. Maklumlah, Zinc berfungsi untuk banyakkan kehadiran sperma yang berkualiti. Anda boleh rujuk kesan kekurangan Zinc dalam sperma lelaki.

Untuk tambahan, beliau menambah Energizing Soy Energy yang sangat bagus untuk kesuburan wanita. Alhamdulillah, malam tadi wanita ini terus masukkan wang untuk saya poskan barangnya hari ini.

Jika anda mempunyai masalah PCOS, tetapi masih ragu-ragu untuk mencuba, apa kata anda lihat sendiri testimoni wanita PCOS yang berjaya hamil dengan Set Kesuburan Shaklee.

Pesanan saya, sekiranya umur anda sudah menghampiri 30 tahun dan sudah berkahwin lebih dari setahun, jangan tunggu lama-lama tanpa ada sebarang usaha. Anda tentu tahu bahawa tahap kesuburan wanita akan menurun selari dengan peningkatan usia. Jika anda inginkan sebarang konsultasi atau pun nasihat, jangan segan untuk hubungi saya seperti di bawah.

**anda boleh rujuk maklumat mengenai PCOS di www.webmd.com

emel : poshykidz@gmail.com 
sms/whatsapp : 0146692610 
ID Shaklee: 894220 (anda boleh ke cawangan dan menggunakan ID saya)
COD Vitamin Shaklee : Nilai, Seremban, Sepang, Damansara, Mont Kiara  

*************************************************************************************************************************

Saya merupakan seorang ibu yang bekerja dari rumah. Dahulunya berjawatan sebagai jurutera di salah sebuah syarikat besar Malaysia, tetapi mengambil keputusan untuk meletak jawatan kerana melihat potensi yang sangat besar dalam bisnes Shaklee. Alhamdulillah, empayar yang saya latih semakin lama semakin berkembang.

Jika anda ibu bekerjaya yang menyimpan niat untuk menjaga sendiri anak-anak di rumah, atau pun anda ingin membantu meringankan beban kewangan suami anda, Shaklee merupakan medium terbaik untuk anda anda menyulam impian anda. Bersama saya, in shaa Allah anda mampu menjana pendapatan dengan hebat, setaraa dengan leader-leader yang berada di bawah kepimpinan saya.

Sertai saya dan hubungi saya dengan segera.

Ketahui bagaimana untuk berdaftar sebagai ahli Shaklee dan kelebihan menjadi ahli Shaklee

27 comments for “Mertua Suruh Suami Kahwin Lain Kerana Isteri Sukar Hamil

  1. November 5, 2014 at 5:03 pm

    Sedih betul cerita pelanggan puan maria. Saya doakan semoga beliau cepat-cepat dapat anaj dan hidup sentiasa dirahmati Allah.

    Begitu juga dengan Puan Maria yang komited untuk menolong beliau. Semoga sukses selalu!
    :)
    adilah manaf recently posted…Senarai Lengkap Dan Tepat Jadual Kalori Makanan Di MalaysiaMy Profile

  2. November 5, 2014 at 5:30 pm

    Biasa lihat situasi begini dalam dram2 melayu di tv. tak sangka pula rupanya ada yang benar. Sedih kan… Semoga ramai mertua yang berfikiran begini akan mengubah pesepsi mereka. Zuriat itu dari Allah. Jika Allah belum berkehendak untuk memberi. pasti ada sebab musababnya.. Wallahualam…
    Nursimatun recently posted…Cara Merawat Kencing Manis Dengan BerkesanMy Profile

  3. November 5, 2014 at 9:44 pm

    Xdapat dibayangkan andai perempuan itu adalah kita..semoga dengan ikhtiar ini dapat membantu dia dikurniakan zuriat In Shaa Allah
    rosnaziana recently posted…Tips Kempiskan Perut Bak Si Cantik elsa FrozenMy Profile

  4. November 5, 2014 at 10:32 pm

    Sedihnya.. Masih ada lagi kisah macam ni di zaman sekarang ni..

    Atasi Masalah Batuk Pada Aank
    Puan Hanim recently posted…Mengatasi Masalah Batuk Pada AnakMy Profile

  5. November 5, 2014 at 11:02 pm

    Adik ipar saya kawin tujuh tahun baru dapat anak. Harap mentua sabar sikit :)
    Malaysia Tercinta recently posted…Permohonan Kemasukan Ke Tingkatan 4 MRSM 2015 Semenanjung MalaysiaMy Profile

  6. November 6, 2014 at 12:50 am

    Allah..Moga Allah berikan wanita tersebut rezeki anak sekaligus mengeratkan lagi hubungan antara menanti dan ibu mertua..InsyaAllah ^_^
    Nor Hafizah recently posted…Cermin Keretaku Pecah, Mungkinkah kerana Pancaran Matahari?My Profile

  7. November 6, 2014 at 11:18 am

    Ada kenalan saya, dah kahwin 5 tahun belum ada rezeki anak, setiap kali berbicara soal anak air mukanya berubah, jadi saya nak tolong pun takut dia kecil hati, camne nak tolong..
    Salju Sakinah recently posted…ANAK TAK NAK MAKAN NASI; SIHAT KE TAK?My Profile

  8. November 6, 2014 at 11:22 pm

    Saya dulu pernah gak kena camni… buat muka selamba steady je… yang penting usaha..
    Ain Ridzuan recently posted…OMEGA-3 KUATKAN ANTIBODI ANAK MACAM SUPERMANMy Profile

  9. November 7, 2014 at 9:17 am

    Rezeki, jodoh, ajal maut di tangan Allah SWT…abang saya yang kedua, 9 tahun kawin baru dapat anak, abg sy yang keempat, 6tahun kawin baru dapat anak…
    Umi, Mengandung dan Omega Guard!
    yatie recently posted…Umi, Mengandung & Omega Guard!My Profile

  10. November 7, 2014 at 10:34 am

    Hmmm…Isu kesuburan ni selalunya isu sensitif. Tapi ada juga suami yg kahwin lain bukan sbb mertua… Yg penting kena faham bahawa rezki anak ialah kuasa Allah. Kita usaha tp Allah tentukan. Moga Allah beri yg terbaik buat pelanggan tadi..
    Safiya recently posted…Rahsia Anak Makan BerseleraMy Profile

  11. November 7, 2014 at 11:11 am

    Ya Allah, sedihnya dengar cerita ni..makcik saya dulu 4tahun kahwin tak dapat anak lagi..macam2 cara die dah buat sampai g hospital cek kesuburan suami isteri..sumer ok..tp rezeki Allah nak bagi, lastly dia amik anak angkat bela dalam 3tahun baru dia disahkan mengandung anak sendiri..Alhamdulillah sangat2..tapi lepas bersalin anak pertama, 2tahun lepas tu lekat pulak anak kedua yang sebaya dengan anak saya..huhu.. Kadang2 orang kata, berkat kita amik anak angkat dan jaga die seperti anak kandung Allah bagi kita rezeki anak sendiri dan itu yang terjadi kepada makcik saya..sekarang ni maksu saya pulak dah 4tahun kawin tapi masih belum dikurniakan anak..insyaallah saya akan bantu dia sehabis baik..
    hajar recently posted…Set Berpantang Yang Murah dan TerbaikMy Profile

  12. November 7, 2014 at 11:16 am

    Semoga dipermudahkan untuk beliau mendapat anak…

  13. November 7, 2014 at 11:46 am

    memang ada juga kan kisah ni dalam reality kehidupan kita…semoga wanita ini tabah dan berusaha untuk kesejahteraan keluarganya
    siti aminah recently posted…NOVEMBER – BULAN MENJIMAT DUIT UNTUK OMEGA GUARDMy Profile

  14. November 7, 2014 at 12:40 pm

    Allah, terkedu seketika bila baca. Semoga customer Pn. Maria sihat dan cepat – cepat dapat anak.
    Diila Jalil recently posted…Dulu Lembab Kini Cemerlang Dalam Peperiksaan SekolahMy Profile

  15. November 7, 2014 at 12:47 pm

    Kisah yang amat menyedihkan..Adik ipar saya juga baru dikurniakan zuriat setelah 5 tahun perkahwinan dengan mengambil seorang anak angkat dulu..Rezki Allah itu luas..Cuma perlu berdoa,bersabar dan jangan putus asa untuk berusaha.
    Norfaradila Baharum recently posted…Penyebab Dan Cara Mengatasi Rambut Beruban Sebelum UsiaMy Profile

  16. November 7, 2014 at 12:49 pm

    Sedih dengar kisah macam ni. Moga kawan Maria terus tabah dan sabar. Yang penting kita terus berusaha, bukannya diam saja dok goyang kaki tunggu anak kan. Moga Shaklee mampu membantu beliau. InshaaAllah.
    ummu hasni recently posted…Kebaikan asid lemak Omega 3 dalam Minyak IkanMy Profile

  17. November 7, 2014 at 1:09 pm

    setiap masalah pasti ada penyelesaiannya…semoga beliau terus tabah dan berjaya hamil dgn produk Shaklee ni…
    NOREHAN SAAD recently posted…TIPS HASILKAN SUSU BADAN BERKUALITI UNTUK TAMBAH BERAT BAYIMy Profile

  18. November 7, 2014 at 1:18 pm

    aah sedih.. nauzubillahimindzalik..
    Semoga beliau tabah & usaha beliau untuk mendapatkan anak termakbul jua.
    Setuju dengan Puan Maria, usaha yang konsisten inshaa Allah ada kejayaan di hujungnya.
    zaleha recently posted…Testimoni Omega Guard Shaklee dari ibu-ibu yang prihatinMy Profile

  19. November 7, 2014 at 1:47 pm

    MasyaAllah…bersabarlah wahai ibu mertua…jgn buat menantumu tertekan..kerana stress lagi membantutkan proses kehamilan..apapun berdoa yg positif..rezeki anak Allah yg tentukan siapalah kita ni sebagai manusia nak pertikaikannya…
    Mama Zaralisha recently posted…Kelebihan Omega Guard Shaklee Yang Wajib Anda BacaMy Profile

  20. November 7, 2014 at 11:41 pm

    Mertua tak suka menantu sebenarnya kot. Bukannya dia nak sangat menantu kawen dengan anak dia. Mana tahu?
    Cik Iman recently posted…EgoMy Profile

  21. mai
    November 8, 2014 at 12:22 am

    Ya Allah….sedihnya berada dikeadaan wanita itu…semoga cus pn maria cepat hamil

  22. w.norhanisah
    November 8, 2014 at 11:10 am

    Harap customer puan maria cpt dpt anak

    makanan untuk anak cerdik

  23. Ida
    November 8, 2014 at 11:42 pm

    harap customer pn maria dikurniakan zuriat. Kenalan fb saya pcos tapi anak nak masuk 9 sudah! Rezeki anak di tgn Allah, tugas kita teruskan usaha!
    Ida recently posted…4 jenis makanan yang boleh kurus cepat !My Profile

  24. November 9, 2014 at 1:48 pm

    selalunya perempuan memang dipersalahkan..hu hu hu.. dan perempuan juga yang selalu mencari dan berusaha untuk baiki diri sendiri
    siti noriza recently posted…TIPS MENJAGA PEMAKANAN SIHAT SEHARIANMy Profile

  25. November 10, 2014 at 10:37 pm

    Ya Allah..kesiannya wanita tue diuji..dah la diuji dengan masalah PCOS, diuji pula dengan desakan mak mertua. Moga ada ganjaran hebat buat wanita itu…Saya pun ada kawan yang ada masalah PCOS tapi alhamdulillah keluarga mertuanya masih memahami mereka sedang merancang sebab dua2 masih muda..

    MERAWAT DEMAM DENGAN CEPAT DI KALANGAN DEWASA
    Atie Ika recently posted…Cara Mengatasi Anak Kerap Demam dan Selsema Di TaksaMy Profile

  26. November 11, 2014 at 11:50 am

    Semoga beliau cepat dikurniakan zuriat. Harap tabah hadapi dugaan. Sebagaimana rakan saya, isterinya baru hamil setelah 7 tahun mendirikan rumahtangga. Rezeki Allah yang tentukan. Kita hanya perlu berusaha dan berusaha

    Bantu anak dapat keputusan cemerlang dengan Minyak…
    Zainah recently posted…Permulaan Mencari Jalan HidayahMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge