7 Tips Awet Muda Amalan Isteri Buat Suami Geram Nak Cubit Pipi Sokmo

Assalamualaikum wbt…Salam Sejahtera

Hati terasa sungguh bahagia apabila suami sering memuji kita cantik.Tetapi apakah perasaan anda apabila si suami ‘ketagih’ merenung wajah anda dan sentiasa geram nak mencubit pipi anda? Kompem tak lelap tidur setiap malam. Silap-silap tidur dalam keadaan senyum sepanjang malam. Nak buat kerja pun rasa tidak selesa kerana ada mata gatal yang asyik memerhatikan kita. Haa…itulah penangan apabila seorang isteri yang sudah pun beranak tiga  mengamalkan 7 tips awet muda yang akan saya kongsikan sekejap lagi.

Eh, tapi ini penangan yang best tau.Feeling macam baru kahwin dulu-dulu kan? Ingatkah anda ketika sebulan pertama kahwin dulu? Haha..Saya pula yang tersenyum sorang-sorang sambil menulis entry ini.

petua awet muda dengan cepat

Sebenarnya, saya kagum dengan seorang kawan saya yang sudah pun mempunyai anak tiga yang berumur lewat 30an. Kawan saya ni sering keluar tanpa mekap. Bila kita lihat wajahnya dari dekat, Masya Allah..blushing kemerah-merahan. Tiada langsung bekas jerawat atau jeragat ada wajahnya. Senyuman yang sentiasa terukir menambahkan lagi seri pada wajah. Lalu, saya beranikan diri mengorek rahsia dari tuan punya badan.

Sebab saya tidak mahu dikatakan cantik oleh suami sorang-sorang, maka saya kongsikan apakah 7 tips yang diamalkan wanita ini sehingga suaminya setia hingga ke akhir hayat padanya.

1. Sentiasa Solat Awal Waktu

Itu dia tips yang pertama. Tidak susah pun untuk amalkan tips yang pertama ini. Zero cost. Dari apa yang saya perhatikan, beliau cukup menjaga amalan rohani. Sentiasa keluar dari mulutnya kepentingan menjaga hubungan dengan Allah.

Kerana wudhuk yang sentiasa ada padanya, mungkin itulah serinya terpancar pada wajah. Auranya juga jelas terpancar setiap kali saya berjumpa dengan beliau.

Best kan? Lepas ini marilah kita sama-sama konsisten amalkan tips yang pertama ini.

2. Sentiasa Menjaga Hubungan Sesama Manusia

Beliau yang saya tahu, tiada masalah dengan kawan-kawan sekeliling atau keluarganya. Apabila hubungan kita clear dengan semua orang, hati akan menjadi tenang. Ketenangan dalam hati akan refleks kepada wajah yang menenangkan mata memandang.

Itulah rahsia kedua yang beliau kongsikan kepada saya.

3. Amalan Meminum Air Sebaik Sahaja Bangun Tidur

Ini merupakan salah satu sunnah Rasulullah yang diamalkan oleh kawan saya untuk kekal awet muda. Menurut katanya, amalan ini diamalkan sejak belajar di universiti setelah mengetahui kebaikannya untuk kecantikan dan kesihatan.

Kebiasaannya beliau membiarkan air tersebut di dalam mulut selama lebih kurang 10 saat sambil berselawat. Kemudian, barulah beliau mandi dan solat. Beliau juga dapat merasakan kesegaran tubuh badan apabila konsisten dengan amalan ini.

nak nampak muda dengan cepat.jpg

4. Minum Air Kosong Sekurang-kurangnya 8 Gelas Setiap Hari

Kita semua tahu kebaikan air kosong untuk kesihatan dan kecantikan. Fungsi air kosong adalah untuk melancarkan peredaran darah dan membuang segala toksik yang merbahaya keluar dari badan.

Apabila darah dapat berjalan ke seluruh anggota badan tanpa sekatan, badan kita akan terasa segar dan bertenaga. Saya rasa ini juga penyebab wajahnya sentiasa blushing seperti menggunakan blusher.

5. Bersenam 3 Kali Seminggu

Menurut kawan saya ini, beliau akan mengambil masa sejam pada setiap hujung minggu untuk keluar aerobik. Pada pertengahan minggu pula, setengah jam selang sehari beliau memperuntukkan waktu untuk berlari di atas thread mill. Tapi, jika anda tidak mempunyai thread mill sebagaimana saya, gunakan sahaja tangga yang ada di rumah untuk membuat senaman. Ambil lebih kurang setengah jam sehari sudah cukup untuk anda keluarkan peluh dan membentuk tubuh agar kelihatan menarik.

Tiada tangga di rumah? OK..lari setempat bersama anak-anak selama setengah jam sehari pun memadai juga.

6. Sentiasa Mengucapkan Kata-Kata Indah Kepada Suami Dan Anak-anak

Bila dengar tips ini, saya rasa mudah saja nak buat. Tetapi, bila tiba masanya terasa susah pula. Bab kata-kata indah lagi manja pada suami ok lagi. Tapi ‘sentiasa’ sabar dan berkata-kata indah pada anak pada saya agak mencabar. Terutama ketika terdengar jeritan si adik yang sangat nyaring apabila diusik oleh kakaknya. Aduhai, mahu terbang semua rambut yang ada ni. Hihi..

Tetapi, demi wajah awet muda, saya sedang melatih diri saya supaya sabar dan tidak cepat marah. Betul juga tips yang ke-6 ini. Apabila kita mudah marah, segala sel-sel di wajah akan rosak. Kedutan makin mudah terjadi. Jadi, sebaiknya kurang-kurangkanlah aktiviti menyinga tu.

7. Jaga pemakanan

Saya kerap juga keluar makan dengan kawan saya ni. Paling tercabar apabila pergi lunch sama-sama. Makanan dalam pinggan saya dan beliau memang nampak perbezaan. Jika pinggan saya dipenuhi dengan nasi dan lauk, pinggannya pula dipenuhi dengan ulaman. Lauk yang dipilih pula kebiasaannya jenis sup dan tentu sekali ikan.

nak muda cepat

Selain daripada menjaga pemakanan, beliau juga memang pengguna tegar Vivix. Pada asalnya, beliau mengambil vivix bukan untuk cantik atau kekal muda. Beliau ambil vivix untuk menghalang sel kanser yang mungkin boleh menyerangnya bila-bila masa. Ibu dan makciknya meninggal kerana kanser payudara. Oleh kerana kanser merupakan penyakit genetik, dia mengambil pendekatan mencegah sebelum terkena. Anda boleh baca bagaimana Vivix membantu menyekat sel kanser daripada merebak di SINI.

Alhamdulillah, kesan daripada pengambilan Vivix sejak 5 bulan lalu benar-benar membuatkan wajahnya berbeza daripada sebelum ini. Jika dulu, wajahnya memang dah cantik tetapi pori-pori agak besar dan garisan halus mula kelihatan sekitar matanya. Kini setelah mengambil Vivix dengan konsisten, perubahan yang sangat besar terjadi pada wajahnya. Semakin cerah dan juga gebu.

Katanya lagi, suaminya mula perasan kelainan pada wajahnya setelah mengambil 2 botol Vivix. Suaminya juga kerap bergurau nakal padanya. Benar kata orang, gurauan dalam perkahwinan memang bawa bahagia. Suaminya tidak segan silu mencubit pipinya yang gebu walaupun di hadapan orang lain. Memang hebat sungguh penangan Vivix ni!

produk penuaan, anti-aging product

Oleh kerana beliau merasai kesan luar biasa, sehingga kini beliau setia bersama Vivix.

Vivix Shaklee

Vivix Shaklee merupakan suplemen kecantikan dan kesihatan berbentuk minuman yang diekstrak daripada campuran anggur super muscadine dan lobak ungu. Rasanya manis-manis masam. Ianya mengandungi antioksidan yang sangat tinggi dan resveratrol tulen, sesuai untuk mereka yang tercari-cari produk anti-aging yang melambatkan penuaan. Vivix membantu menyingkirkan semua sel-sel yang rosak dan menggantikan dengan sel-sel yang baru. Kesan positif dapat dilihat seawal dua bulan setelah mengambil Vivix secara konsisten.

Sebagaimana kawan saya tadi, asalnya mengambil Vivix untuk elak kanser tetapi sebagai bonus, beliau asyik mendapat pujian daripada suami.

tips cantik dengan cepat

Takkan kita nak baca saja kisah rumahtangga bahagia orang lain kan? Saya rasa inilah masanya anda mencuba Vivix lebih-lebih lagi jika suami asyik beri hint anda tidak menarik atau pun kerap melayan whatsapp berbanding diri anda yang ada depan mata. Belum terlambat walau berapa pun usia anda. Selain budi bahasa yang baik, kecantikan juga boleh menambat hati suami tau.

Jika anda tidak percaya, anda boleh lihat testimoni perubahan wajah salah seorang pengguna Vivix tegar sebelum dan selepas di SINI.

Anda boleh rujuk kesan resviratrol yang terdapat dalam Vivix pada penuaan di laman web antarabangsa

Jika berminat, anda boleh hubungi saya untuk sebarang konsultasi dan bantuan. Saya akan berikan konsultasi dan cara makan terbaik supaya anda juga kelihatan cantik berseri seperti kawan saya tadi.

CARA JADI AHLI SHAKLEE

emel : poshykidz@gmail.com 
sms/whatsapp : 0146692610 
ID Shaklee: 894220 

*************************************************************************************************************************

Saya merupakan seorang ibu yang bekerja dari rumah. Dahulunya berjawatan sebagai jurutera di salah sebuah syarikat besar Malaysia, tetapi mengambil keputusan untuk meletak jawatan kerana melihat potensi yang sangat besar dalam bisnes Shaklee. Alhamdulillah, empayar yang saya latih semakin lama semakin berkembang.

Jika anda ibu bekerjaya yang menyimpan niat untuk menjaga sendiri anak-anak di rumah, atau pun anda ingin membantu meringankan beban kewangan suami anda, Shaklee merupakan medium terbaik untuk anda anda menyulam impian anda. Bersama saya, in shaa Allah anda mampu menjana pendapatan dengan hebat, setaraa dengan leader-leader yang berada di bawah kepimpinan saya.

Sertai dan hubungi saya dengan segera.

Ketahui bagaimana untuk berdaftar sebagai ahli Shaklee dan kelebihan menjadi ahli Shaklee

17 comments for “7 Tips Awet Muda Amalan Isteri Buat Suami Geram Nak Cubit Pipi Sokmo

  1. November 12, 2014 at 11:48 am

    Tips ini nampak macam ciri-ciri isteri yang memiliki badan kurus.

    H H H
    Abdur recently posted…Perspektif SEO Internal Link BuildingMy Profile

  2. November 12, 2014 at 11:59 am

    Siapakah itu? Mesti cun melecun orangnya. Tapi memang betul. Saya amalkan Vivix kedut bawah mata dan garis senyuman semakin hilang.
    Ain Ridzuan recently posted…AIR TANAH KELUAR SAAT NAK BUAT SUSU ANAKMy Profile

  3. November 12, 2014 at 1:35 pm

    Bagus tips kak maria ni…blh praktis ni…terbaik….

    Jemput ke blog sy http://mummyfarisharyyan.blogspot.com
    Suriati recently posted…Janganlah bersedih sayangMy Profile

  4. Zul
    November 12, 2014 at 3:13 pm

    boleh dipraktiskan selalu utk jadi isteri yang disayangi sokmo..kemah keming !
    Zul recently posted…Pengurusan Username & Password yang berlambak !! SEMAK !!My Profile

  5. November 12, 2014 at 4:20 pm

    petua yang bermanfaat diamalkan ni. pikat hati suami dari segala cabang yang boleh…bukan melalui perut (masakan) je :D
    fizafiza recently posted…Rahsia Awet Muda Tanpa SuntikanMy Profile

  6. November 12, 2014 at 6:45 pm

    Boleh guna tips ni untuk.pikat hati suami.takdela pandang wanita lain.betulkan?
    zainah recently posted…11 KEBAIKAN BERJOGGING PADA TUBUH BADANMy Profile

  7. November 12, 2014 at 8:10 pm

    Bukan sahaja cantik luaran, amalkan 7 tips ni dalaman pun akan cantik. Isteri solehah :)
    Akak Vitamin recently posted…Gawat ni! Demam Stroller BabyMy Profile

  8. November 13, 2014 at 11:41 am

    harus cuba vivix, belum berkesempatan lagi, nak jugak cantik di mata suami kan..
    Salju Sakinah recently posted…PUAS HATI AKHIRNYA JUMPA CARA ATASI RESDUNG ANAKMy Profile

  9. November 13, 2014 at 11:51 am

    kinah..cantik sampai tak lepas mata dari pandang kita tu yang best. siap dicubit-cubit pipi tu ha…haha
    maria recently posted…Bakal Pengantin Resah Gagal Dapatkan Petua Hilangkan Lingkaran Gelap Bawah MataMy Profile

  10. November 13, 2014 at 3:57 pm

    saya yang baca pun tersenyum
    myrujukan recently posted…Cara Buat Duit Dengan Youtube AdsenseMy Profile

  11. November 13, 2014 at 4:16 pm

    baguslah…senyum kan sedekah….hihi
    maria recently posted…Masalah Kesuburan Penyebab Wanita Sengsara Bila Berhadapan 3 Situasi SukarMy Profile

  12. November 13, 2014 at 5:51 pm

    ya..memang best kalau suami dan isteri hidup bermanja manja macam tu..lagipun kalau isteri cantik susah suami nak jeling perempuan lain
    Kakiblog recently posted…Cara Bagi Komen Yang TerbaikMy Profile

  13. November 14, 2014 at 2:34 am

    wah baca tajuk pun dah gempak..baca isinya lagi gempak..nak kena makan vivix la lepas ni..
    akmal rusydi recently posted…Ketahui Etika Dan Syarat Penting Ketika BerdietMy Profile

  14. November 14, 2014 at 8:21 am

    Tips yang sangat berguna…Tips 1 & 2 utk kecantikan dalaman isteri, diserikan lagi tips 3-7 untuk kecantikan luaran…bonus lagi cantik bila amalkan vivix!
    yatie recently posted…Selulit….Tidak Menyakitkan Badan Tetapi Menyakitkan Mata!My Profile

  15. November 17, 2014 at 10:31 am

    penting tu jaga makan ,jangan terover makan
    onlajer recently posted…Vitamin Shaklee Bagus Untuk KesihatanMy Profile

  16. November 17, 2014 at 10:26 pm

    Tips menarik ni.. Rugi kalau tak amalkan… hihihi
    Nursimatun recently posted…Petua Kempiskan Perut Buncit Selepas BersalinMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge