Resepi Jemput-Jemput Roti Yang Sedap Dan Simple

Assalamualaikum wbt…Salam Sejahtera

Saya memang suka mencari resepi yang sedap namun mudah disediakan. Lebih-lebih lagi jika ianya makanan bergoreng. Saya memang minatlah jika nak dibandingkan dengan pencuci mulut. Hari ini saya nak berkongsi resepi jemput-jemput roti yang sedap dan simple.

Alkisahnya saya terjumpa resepi ini ketika saya scroll newsfeed facebook. Seingat saya nama FB wanita ini ialah Anja Nana. Kemudian, saya cuba sendiri dan ternyata ianya sangat mudah dan sedap. Kalau dah anak-anak dan suami puji tu kira lulus lah kan. Kemudian, bila saya upload di facebook, ramai pula yang minta resepi. Siap ada yang personal message.

resepi jemput roti

So, di bawah adalah resepinya.

Bahan-bahan:

  • Sebuku roti slice putih/wholemeal (tak kiralah berapa keping anda mahukan)
  • Telur 3 biji (bergantung kepada berapa keping roti anda gunakan)
  • Garam secukup rasa
  • Udang/Sotong/Ayam/Daging yang dicincang
  • Lada sulah
  • Bawang besar/bawang merah dicincang halus
  • Cili potong jika suka pedas
  • Sayuran (terpulang samada nak letak daun kucai, kobis dan sebagainya)
  • Minyak untuk menggoreng
  • Boleh juga masukkan cheese jika suka

Cara-caranya:

jemput roti 2

jemput roti

  1. Roti putih disiat-siat dan masukkan dalam satu mangkuk besar
  2. Masukkan pula udang cincang, sayuran (kalau guna kobis dicincang halus), cili dan bawang cincang ke dalam mangkuk yang sama tadi.
  3. Dalam bekas yang lain pula, masukkan telur, garam dan lada sulah. Pukul sehingga sebati.
  4. Curah mangkuk telur ke dalam mangkuk roti dan gaul rata.
  5. Bulat-bulatkan adunan. Pastikan ia melekat cantik. Kalau rasa telur terlalu banyak, tambah lagi roti, lada sulah dan sedikit garam. Kena balance sebab jika roti terlalu banyak pun tak sedap.
  6. Sedia untuk digoreng
  7. Makan panas-panas bersama sos cili atau sos thai dengan orang tersayang

Mudah je kan? Dan pastinya roti di rumah anda tidak lagi expired. Saya belum pernah cuba campurkan adunan bersama ayam atau daging. Tapi dengan seafood, memang yummeh betul. Dan jika nak compare sotong dan udang, udang lebih sedap sangat-sangat. Tak sedar berapa biji masuk mulut.

Kalau perasan, ianya seakan-akan takoyaki tetapi ini versi goreng. Korang boleh juga olah sendiri mengikut selera masing-masing.

Selamat mencuba resepi ini ya!!

3 comments for “Resepi Jemput-Jemput Roti Yang Sedap Dan Simple

  1. January 6, 2015 at 2:12 pm

    tengok gambar pun dah tahu memang ia sedap..
    Kakiblog recently posted…Azam Tahun BaruMy Profile

  2. January 7, 2015 at 8:30 pm

    mudah. boleh lah fyna cuba nanti ^__^

  3. January 11, 2015 at 10:41 am

    Macam best jer,, Kite pun nak try jugakla buat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge