Sesal Separuh Nyawa: Kerana Sembelit Dalam Pantang, Fobia Nak Anak Lagi

Assalamualaikum wbt..Salam Sejahtera..

Ada dua perkara yang paling mengerikan saya sepanjang kehidupan saya. Satu ialah pengalaman kena induce sebanyak tiga kali sebelum Aleesya dilahirkan secara normal dan kedua; sembelit dalam pantang ketika bersalinkan Qistina. Benarlah kata orang, setiap anak ada ‘part’ masing-masing. Jika ketika hamil ok, ketika bersalin pula dugaannya. Sebab itulah ganjaran ibu hamil dan bersalin ni besar Allah kurniakan. Jadi hari ini saya ingin kongsikan pengalaman ngeri masalah sembelit saya ketika berpantang  Qistina.

cara tasi masalah sembelit dalam pantang

Jika artikel ini berbentuk video, sudah pasti siarannya kategori 18sg. Nasib baiklah artikel ini berbentuk tulisan, jadi tidaklah ngeri sangat. Tetapi saya cubalah untuk sampaikan dalam bahasa mudah betapa saya menyesal kerana kurang sangat ilmu bab-bab sembelit ketika berpantang ni. Maklumlah, anak pertama. Semoga perkongsian saya hari ini boleh menjadi iktibar ibu-ibu muda di luar sana.

Ngerinya Sembelit!!

Perjalanan sepanjang kehamilan dan proses melahirkan Qistina memang sangat mudah. Agaknya jika lambat lima minit ke hospital, mungkin saya bersalin dalam kereta. Qistina keluar macam didorong oleh air yang sangat banyak, sehinggakan suami yang ada dalam bilik bersalin pun cakap “laa..senang je bersalin rupanya”. Dan saya pun memang rasa “aah la..memang senang je bersalin”. Kiranya memang tidak sama langsung seperti yang digemburkan orang ramai yang cakap bersalin tu sakit. Eksyen la masa ni.

Pengalaman ngeri saya bermula ketika minggu ketiga berpantang. Ketika itu saya sudah pun berada di kampung. Saya tidak tahu pula dalam pantang WAJIB membuang hari-hari untuk elak najis mengeras. Seingat saya hari kejadian sudah tiga atau empat hari saya tidak ke tandas untuk membuang. Saya saja tahan sebab sibuk uruskan anak yang asyik ingin berdukung ketika itu. Jadi saya rasa ke tandas adalah aktiviti membuang masa. Selagi boleh tahan, tahan ajalah.

cara atasi masalah sembelit dalam pantang

Sehinggalah hari ‘itu’, saya ke tandas kerana perut memang tidak selesa. Ketakutan bermula apabila proses penyingkirannya amat sukar dilaksanakan. Pada awalnya saya menangis sendiri. Lama-kelamaan arwah ibu mula sedar saya tidak keluar dari tandas dalam tempoh agak lama. Ibu mula memanggil dari luar. Agaknya dia risau ada perkara buruk mungkin berlaku. Saya menyahut dan menyatakan saya sembelit sambil menangis kesakitan.

Ibu mula risau dan menawarkan pertolongan. Dia nak masuk dalam tandas tapi saya tidak benarkan. Malu!! Macam-macam cara dia ajarkan dari luar pintu supaya saya dapat keluarkan najis yang super keras itu. Ya Allah… Allah Maha Tahu betapa ngerinya saya ketika itu melihat darah mula memancut keluar dan mangkuk tandas yang putih bertukar wajah menjadi warna merah akibat percikan fresh blood.

cara atasi masalah sembelit dalam pantang

Sudahlah jahitan bersalin saya banyak, ditambah pula dengan masalah sembelit. Risau dan panik sangat jika jahitan kembali terbuka.

Lama tau saya duduk dalam tandas waktu itu. Lebih sejam. Dan selama hampir sejam jugalah saya menangis dalam tandas. Arwah pula menangis di luar tandas.

Selepas daripada peristiwa itu, saya menjadi fobia untuk ke tandas, Saya takut sangat bila ada gesaan dari perut untuk ke tandas. Tetapi, kakak saya sudah pesan siap-siap walau apa pun yang terjadi, wajib ke tandas hari-hari. Dan selama lebih seminggu jugalah setiap kali saya membuang, memang darah fresh akan keluar bersama dan membasahi mangkuk tandas. Pedih, sakit dan perit ketika membuang tidak usah diceritakan lagi. Sehinggakan ketika menyusu pun saya perlu lapik punggung saya tebal-tebal dengan bantal.

Ayah ada belikan saya ubat cecair yang perlu dicucuk masuk ke dalam dubur untuk melancarkan perjalanan keluar najis. Tapi, kalau dah kawasan itu cedera dengan teruk jangan mimpilah nak pakai benda tu sebab sakit sangat. Kena tunggu luka kering, barulah boleh. Tapi, macammana nak kering dengan mudah sebab kita gunakan laluannya setiap hari kan? Oh…dilema sungguh.

Kesan daripada sembelit tersebut sebenarnya dapat dirasakan sehingga sekarang. Walaupun bukan tahap sehingga buasir, tetapi bunga-bunga buasir tu sebenarnya macam sudah ada. Sehinggakan saya cukup fobia untuk menambah anak bila terkenangkan pengalaman sembelit.

Rupa-rupanya bukan saya seorang yang mengalami fobia sembelit sehingga takut untuk bersalin lagi. Ada juga yang senasib dengan saya.

Memang sesal separuh nyawa sebab saya tidak diperkenalkan dengan Set Pantang Shaklee dengan lebih awal. Kebetulan pula Qistina prolonged jaundis (demam kuning). Jadi, segala jamu yang saya beli hampir RM400 terbengkalai tidak dimakan. Hanya ambil herba mandian dan sapu sahaja. Memang pantang yang haru biru sungguh. Sehinggakan badan pun rasa tidak sedap sehingga terbawa-bawa sampai sekarang.

Ada banyak lagi rahsia dan tips yang saya amalkan untuk elak dari terkena sembelit lagi ketika bersalin anak kedua. Semua itu saya akan kongsikan dengan anda yang sudi mencuba Set Berpantang Shaklee sebagaimana yang Puan Deeja share dalam video di atas.

cara atasi masalah sembelit dalam pantang

Saya sangat sarankan anda dapatkan Set Pantang Shaklee ketika sedang hamil lagi supaya anda dapat elak daripada terkena sembelit. Jangan cuba-cuba nak rasa bagaimana sakitnya sembelit ya sebab kemungkinan tahap fobia anda itu sehinggakan tengok tandas pun ngeri.

Untuk rujukan fungsi dan testimoni Set Bepantang Shaklee, anda boleh rujuk artikel Set Pantang Terbaik Untuk Wanita Moden.

Jika anda tidak mahu jadi seperti saya yang terpaksa menyaksikan mangkuk tandas yang putih melepak bertukar menjadi merah ketika melepaskan hajat, cuba Set Pentang Shaklee. Boleh mengelakkan sembelit, boleh banyakkan susu badan dan bagus juga diamalkan sekiranya anak kena demam kuning. Memang tak rugi la senang kata. Jika anda ingin dapatkan Set Pantang anda dengan segera, terus sahaja berhubung dengan saya di 014 6692610. Saya boleh hantarkan tanpa ada apa-apa cas tambahan sekiranya anda berada berdekatan dengan kawasan saya.  In shaa Allah saya akan bantu anda bagaimana cara makan yang paling tepat supaya anda tidak lagi dihantui sembelit.

Anda juga boleh baca perkongsian saya mengenai cara berpantang selepas bersalin yang mungkin boleh memberi manfaat kepada anda.

**Jika anda rasakan artikel ini boleh membantu sahabat atau keluarga anda yang turut berdepan fobia sembelit, anda boleh kongsikan artikel ini bersama mereka dengan menekan button facebook atau g+ di bawah. Semoga sama-sama kita peroleh manfaat.

CARA JADI AHLI SHAKLEE

emel : poshykidz@gmail.com 
sms/whatsapp : 0146692610 
ID Shaklee: 894220 

*************************************************************************************************************************

Saya merupakan seorang ibu yang bekerja dari rumah. Dahulunya berjawatan sebagai jurutera di salah sebuah syarikat besar Malaysia, tetapi mengambil keputusan untuk meletak jawatan kerana melihat potensi yang sangat besar dalam bisnes Shaklee. Alhamdulillah, empayar yang saya latih semakin lama semakin berkembang.

Jika anda ibu bekerjaya yang menyimpan niat untuk menjaga sendiri anak-anak di rumah, atau pun anda ingin membantu meringankan beban kewangan suami anda, Shaklee merupakan medium terbaik untuk anda anda menyulam impian anda. Bersama saya, in shaa Allah anda mampu menjana pendapatan dengan hebat, setaraa dengan leader-leader yang berada di bawah kepimpinan saya.

Sertai dan hubungi saya dengan segera.

Ketahui bagaimana untuk berdaftar sebagai ahli Shaklee dan kelebihan menjadi ahli Shaklee

8 comments for “Sesal Separuh Nyawa: Kerana Sembelit Dalam Pantang, Fobia Nak Anak Lagi

  1. January 21, 2015 at 4:18 pm

    Sembelit sangat menyeksakan. Inian pulak dalam pantang. Gambar Golum tu memang terbaiklah…heee
    Denaihati recently posted…Tragedi Charlie Hebdo kerana menghina RasulullahMy Profile

  2. January 21, 2015 at 10:52 pm

    Sembelit kalau tak pantang pun dah senak-senak perut… ni kan pula yang dalam pantang..

  3. January 22, 2015 at 8:23 am

    membaca artikel ini memberi kesan ngeri juga kepada saya..
    Hero Borneo recently posted…Jom Menulis Skrip Kejayaan DiriMy Profile

  4. January 22, 2015 at 4:07 pm

    fuhhh, mengerikan…tp set berpantang shaklee alhamdulillah serasi & terbaik…
    maz jamal recently posted…7 Sebab Suami Perlu Menemani Isteri Semasa BersalinMy Profile

  5. January 25, 2015 at 1:01 am

    Menakutkan sembelit ni…mintak jauh
    Malaysia Tercinta recently posted…Jom Aktifkan MykadMy Profile

  6. January 25, 2015 at 11:31 am

    kasihnya bonda pada anakanda, bermacam ujian dilaluinya…
    Ikhwan Fahmi recently posted…Seksyen Pengetahuan Am Peperiksaan Separa PerubatanMy Profile

  7. February 9, 2015 at 12:08 pm

    Alhamdulillah di perkenalkan dengan shaklee,tak sempat merasa ngeri itu…. Shaklee set berpantang terbaik
    fuzy recently posted…Set Bersalin Terbaik, Elak Ibu jadi Zombi Semasa berpantangMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge