Peranan Suami Ketika Isteri Berpantang Supaya Tidak Serik Untuk Mengandung Lagi

Assalamualaikum wbt..Salam Sejahtera..

Hampir tergelak saya apabila membaca whatsapp group keluarga saya. Sepupu saya mengomel-ngomel mengenai suaminya yang endah tidak endah perihal dirinya dan anak yang baru dilahirkan. Baru berpantang sepuluh hari sudah pun bersumpah tidak mahu hamil lagi. Katanya, inilah anaknya yang pertama dan terakhir jika suaminya tidak berubah. Sebab itulah peranan suami ketika isteri berpantang sangat penting. Adakalanya peranan mereka lebih penting dari mak bidan.

peranan suami ketika isteri dalam pantang

Kami sama-sama gelak akhirnya. Kami sepupu-sepapat dalam kumpulan itu tahu beliau main cakap je. Yang sebenarnya itu salah satu cara beliau luahkan stress. Mana tidaknya, inilah pengalaman pertama beliau bersalin. Sudahlah bersalin operate, susu badan pula tak mahu keluar. Bila kami duk pakat nasihat, Alhamdulillah beliau boleh terima dan keadaan nampaknya beransur pulih.

Anda juga tentu pernah rasakan tekanan terutama ketika pantang anak pertama kan? Masing-masing suami isteri perlu hadapi pengalaman pertama yang ada kalanya begitu mencabar. Elok-elok sebelum ini tiada sesiapa yang mengganggu tidur nyenyak anda, kini dua jam sekali ada jam loceng automatik berbunyi. Itu belum lagi jika ada masalah-masalah kesihatan yang lain. Umpamanya bentan, anak diserang demam kuning atau maknya sembelit teruk sampai fobia tengok pintu tandas.

Jadi, artikel hari ini saya tuliskan khas untuk anda yang sedang dalam pantang bersalin atau yang sedang hamil supaya anda boleh kongsi artikel ini dengan suami kesayangan anda.

Peranan Suami Ketika Isteri Dalam Pantang

Fahami Isteri

Ramai suami bilang isteri mereka susah sangat untuk difahami. Well said, itulah wanita yang Allah ciptakan. Kami ni berjiwa seni halus. Haha.. Jadi, kaum suami harus pandai cari di mana point penting untuk memahami kami.

peranan suami ketika isteri dalam pantang

Isteri dalam pantang khususnya, perlu sangat perhatian daripada anda. Mereka belum ada skill untuk meriba bayi, menyusu bayi mahupun melenakan bayi, Tetapi dalam masa yang sama cerewet itu dan ini, suami buat semua silap. Oleh itu, cuba tanya mereka cara yang betul untuk meriba, atau menidurkan bayi walaupun mereka bukanlah terror sangat pada hakikatnya. Maklumlah, anak pertama.

Sokong Isteri

Tulang belakang suami adalah seorang isteri dan begitulah sebaliknya. Ketika berpantang, emosi wanita kurang stabil kerana banyak perubahan berlaku secara mendadak walaupun secara teorinya mereka sudah bersedia. Namun, secara praktikalnya sangat-sangat berbeza.

Isteri memerlukan sokongan suami ketika mana susu badannya keluar hanya setitis, setitis sedangkan mereka ingat susu terus keluar mencurah-curah. Isteri juga memerlukan sokongan suami apabila mertua mencadangkan penggunaan buaian sedangkan si isteri berkeras tidak mahu. Isteri juga perlukan sokongan suami di kala mereka mengantuk sangat berjaga berjam-jam di waktu malam sedangkan si suami sedap sahaja tidur; siap berdengkur.

peranan suami ketika isteri dalam pantang

Berilah kata-kata perangsang kepada isteri anda. Cubalah untuk sesekali berjaga di tengah malam untuk bantu mana yang patut.

Gali Ilmu

Walau pada hakikatnya isteri yang suka sangat cari ilmu bab-bab parenting ni, apa salahnya untuk kali ini si suami pula yang gali ilmu untuk disampaikan kepada si isteri. Kadang-kadang wanita dalam pantang ni, nak jenguk handphone pun tidak sempat. Apatah lagi untuk cari informasi. Maklumlah, pampers nak kena tukar selang sejam sebab menyusu badan. Belum lagi masuk masalah anak nak berdukung 24 jam.

peranan suami ketika isteri dalam pantang

Kadang-kadang pegang telefon hanya untuk hamburkan segala tekanan kepada adik-beradik atau sepupu sepapat. Macam sepupu saya tadi :).

Ehh..Zain Saidin pun rajin google informasi untuk sharing dengan Che Ta tau!

Elakkan Communication Break

Masalah ini bukan hanya tertumpu ketika dalam pantang sahaja. Sebab kita ingin sehidup semati bersama pasangan, maka ketelusan komunikasi sangat penting antara keduanya.

Isteri janganlah terlalu nak sangat si suami perfect 10 sehingga apa yang terbuku dalam hati pun kalau boleh nak suami tahu. Lelaki ni orangnya very direct. Kalau kita kata A, memang otak mereka proses sebagai A. Takde maknanya nak proses A+B=X. Itu memang di luar lumrah kejadian.

peranan suami ketika isteri pantang

Melainkan sudah beberapa kali perkara sama berulang, maka si suami akan menjadi lebih bijak menelah setiap perilaku isterinya. Itu pun bukan 100% tepat.

Untuk suami pula, bila isteri pernah ceritakan atau khabarkan tentang sesuatu kepada anda, silalah ambil perhatian dan simpan baik-baik kata azimat tersebut. Bukan apa, si isteri memang suka buat quiz meneka soalan-soalan yang berkaitan dengan info yang mereka pernah cerita walau dah berkurun lamanya. Ini pun lumrah kejadian juga. Isteri memang suka ‘main teka-teki’ bagi mengekalkan keharmonian rumahtangga.

Sebenarnya inilah empat key point yang kami sepupu sepapat bincang lepas sepupu kami menangis-nangis cakap suaminya lebih pentingkan kerja dari tolong beliau jaga anak mereka. Si suami mungkin tidak faham kerana baru sepuluh hari pegang title ‘daddy’. Sebab itu, kita sebagai wanita kena beritahu mereka dengan baik dan sopan apa yang mereka perlu lakukan atau bantu.

Above all, all they want is just a clear instruction supaya mereka dapat laksanakan misi bantuan dengan sebaik mungkin demi isteri dan anak tersayang.

***Ianya hanya perkongsian dari kami anak-beranak dalam whatsapp group. Maaf andai ada fakta-fakta yang mungkin tidak tepat atau tidak relevan dengan kejadian sebenar ketika anda sedang berpantang.

***Please share sekiranya anda rasakan suami perlu tahu keypoint penting di atas supaya fasa pantang anda berada dalam keadaan aman damai dan penuh keseronokan.

Finally, saja nak berkongsi dengan anda semua satu video tentang seorang ibu yang takut sangat alami masalah kegemukan dan muka yang kusam selepas bersalin. Memamg pun dua perkara ini adalah antara ketakutan bagi setiap wanita. Wanita ini lagi best, siap orang ingat gambar yang diframekan dirumahnya ialah adik beliau. Tension kan jika begitu? Jom dengar sendiri cerita dari beliau.

Comel je kan video ni? Bagi anda yang berminat untuk mencuba Set Kecantikan dan Set Pantang Shaklee untuk dapat kulit wajah yang bersih dan mulus selepas bersalin, serta berat badan yang ideal sebagaimana sebelum anda hamil dahulu, anda boleh hubungi saya di 0146692610. In shaa Allah saya akan guide anda cara pengambilan vitamin dengan betul dan berkesan supaya anda dapat semula bentuk badan asal sekaligus menjadi wanita paling cantik untuk suami anda.
emel : poshykidz@gmail.com 
sms/whatsapp : 0146692610 
ID Shaklee: 894220 

*************************************************************************************************************************

Saya merupakan seorang ibu yang bekerja dari rumah. Dahulunya berjawatan sebagai jurutera di salah sebuah syarikat besar Malaysia, tetapi mengambil keputusan untuk meletak jawatan kerana melihat potensi yang sangat besar dalam bisnes Shaklee. Alhamdulillah, empayar yang saya latih semakin lama semakin berkembang.

Jika anda ibu bekerjaya yang menyimpan niat untuk menjaga sendiri anak-anak di rumah, atau pun anda ingin membantu meringankan beban kewangan suami anda, Shaklee merupakan medium terbaik untuk anda anda menyulam impian anda. Bersama saya, in shaa Allah anda mampu menjana pendapatan dengan hebat, setaraa dengan leader-leader yang berada di bawah kepimpinan saya.

Sertai dan hubungi saya dengan segera.

Ketahui bagaimana untuk berdaftar sebagai ahli Shaklee dan kelebihan menjadi ahli Shaklee

1 comment for “Peranan Suami Ketika Isteri Berpantang Supaya Tidak Serik Untuk Mengandung Lagi

  1. February 6, 2015 at 11:40 pm

    mudah-mudahan belaian dari si suami akan mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan.
    Dr Fattah recently posted…Temuduga Kerja Kerajaan Februari 2015My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge