Bahaya Gila Meroyan Ketika Berpantang

Assalamualaikum wbt..Salam Sejahtera

Meroyan ketika berpantang merupakan antara perkara yang ditakuti oleh wanita. Dengarnya seperti isu lapuk, tetapi sebenarnya zaman sekarang wanita lebih mudah untuk berdepan dengan meroyan akibat dari tekanan kehidupan yang semakin mendesak. Ya, memang keadaan dunia sekarang lebih mendesak berbanding zaman ibu bapa kita.

cara elak gila meroyan selepas bersalin

Teringat satu kisah seorang teman saya lima tahun lepas. Selepas melahirkan anak kedua, akibat dari tekanan dan keletihan melampau, wanita ini seperti hilang pertimbangan. Tidak semena-mena anak kedua yang masih kecil dibaling. Nasib baiklah dibalingnya ke atas katil. Jika ke lantai. atau ke dinding; Naudzubillah.

Alhamdulillah, beliau cepat tersedar dan mengucap selepas menyedari tindakan beliau.

Bahaya kan?

# Punca Meroyan Ketika Berpantang

Juga dikenali sebagai postpartum pyschosis. Dalam seribu kelahiran, terdapat satu hingga dua kes yang dilaporkan. Meroyan dipercayai disebabkan oleh bahan kimia yang berada di dalam otak bertindakbalas dengan perubahan hormon yang berlaku dalam badan.

Ia juga dikatakan mempunyai kaitan dengan darah kotor yang belum keluar sepenuhnya dari badan. Maklumlah, bila kita sedang dalam keadaan kotor, banyaklah gangguan yang mungkin ada disebabkan tidak boleh solat dan mengaji. Darah kotor ini juga dikatakan mempunyai racun yang menyebabkan wanita berpantang sakit kepala dan letih.

# Simptom Meroyan Ketika Berpantang

Biasanya simptom meroyan sangat mudah dikenalpasti. Si ibu akan kelihatan muram, gelisah, sentiasa sedih dan bingung.

Normal bagi seorang ibu tentulah gembira dengan kehadiran bayi. Tetapi berlainan dengan wanita meroyan. Mereka menganggap bayi sebagai punca masalah keletihan, perhubungan, kewangan dan kesihatan.

Selain itu, ada juga kes-kes di mana si ibu mengalami simptom meroyan akibat kelahiran yang rumit dan masalah kesihatan yang menimpa kepada diri sendiri dan juga bayi selepas kelahiran. Maklum sahajalah, ketika hamil, si ibu tentu sekali mengangankan yang indah-indah belaka selepas kelahiran. Tetapi Allah duga dengan masalah kesihatan.

Tangisan demi tangisan saban hari lama-lama akan membuatkan diri sendiri hilang pertimbangan ditambah pula dengan penjagaan dalam pantang yang kurang rapi. Badan jadi semakin letih terutama jika suami tidak turut membantu.

Ada juga kes di mana si ibu telah membuat pelbagai persiapan ketika hamil terutamanya bab menyusukan bayi. Namun apabila tiba saat menyusukan, anak tidak pandai menyusu sebagaimana yang diharapkan. Perkara ini membuatkan si ibu merasa kecewa dan putus harap. Masalah akan menjadi semakin berat apabila tidak mendapat sokongan keluarga dan rakan.

cara elak gila meroyan lepas bersalin

Dalam apa jua hal, yang menjadi masalah apabila tekanan yang tidak dapat diatasi. Apabila tekanan dan emosi bercelaru mengatasi keseimbangan fikiran, ibu hamil boleh bertindak luar kawal. Kemungkinan cubaan untuk mencederakan diri sendiri, bayi atau sesiapa jua yang dirasakan satu ancaman boleh berlaku.

# Cara Elakkan Kejadian Meroyan Terjadi Kepada Anda

Sebenarnya pengaruh orang-orang di sekeliling sangat membantu untuk golongan ibu dapat berpantang dengan baik. Suami, ibu bapa, keluarga dan rakan-rakan perlu faham peranan masing-masing sekiranya mendapati si ibu sedang dalam kemurungan. Suami terutamanya perlu faham apakah peranan anda untuk membantu meredakan segala kekusutan si isteri.

cara elak gila meroyan lepas bersalin

Para suami boleh buat bacaan peranan suami ketika berpantang supaya isteri tidak serik untuk hamil lagi.

Selain itu, memandangkan ketika berpantang wanita diharamkan untuk solat dan mengaji, anda boleh amalkan bacaan zikir dan doa-doa amalan untuk mendekatkan diri kepada Allah swt. Sangat digalakkan untuk alunkan bacaan al Quran di dalam rumah atau bilik dari CD supaya tiada gangguan yang ingin mendekati anda. Selain itu, bayi juga akan mudah lembut hati sekiranya mendengar alunan bacaan ayat al Quran setiap hari sejak lahir.

Berbual-bual adalah satu terapi yang sangat bagus untuk ibu berpantang. Apabila diluahkan masalah kepada orang yang boleh dipercayai, in shaa Allah beban yang ada dalam kepala semakin berkurang.

Sebagai contoh jika si ibu mempunyai masalah keletihan akibat terpaksa bermalam di hospital kerana anak mengalami masalah jaundis, anda boleh ajukan pertanyaan atau berkongsi cerita dengan rakan-rakan anda yang juga punya masalah yang sama. Selain itu, anda boleh sertai mana-mana forum atau kumpulan sokongan untuk sama-sama bertukar pendapat dengan ibu-ibu lain yang mempunyai masalah yang sama.

Ada juga cadangan untuk mengambil pil anti deprasi sekiranya anda mengalami gangguan meroyan. Di pihak saya pula, saya sangat sarankan anda elak pengambilan pil ini. Dibimbangi sekali kita ambil pil ini, selamanya kita perlu bergantung dengan pil tersebut. Cadangan saya, cuba dulu untuk tenangkan hati dengan cara-cara yang saya kongsi di atas.

Selain itu, banyakkan menggali ilmu sepanjang kehamilan. In shaa Allah, anda akan lebih mudah untuk berhadapan dengan pelbagai isu yang mungkin timbul ketika berpantang apabila anda mempunyai ilmu yang cukup.

Pemakanan yang sihat yang tidak mengandungi lemak yang tinggi sangat membantu untuk melancarkan peredaran darah. Apabila darah mula lancar dan otak mampu berfikir dengan lebih tenang dan lapang. Pemikiran yang tidak dipengaruhi oleh emosi yang tidak stabil sangat membantu ibu berpantang untuk menjalani rutin berpantang tanpa sebarang masalah yang mendesak.

Sekiranya anda keletihan dan tidak cukup rehat lantaran masalah kesihatan yang melanda, anda boleh mencuba Set Pantang Shaklee yang merupakan antara Set Pantang Terbaik. Ianya dikatakan terbaik kerana masih boleh diambil walaupun anak jaundis dan pengambilannya tidak renyah. Di dalam set pantang ini terdapat beberapa vitamin yang membantu anda untuk lebih bertenaga, lebih relax dan segar sepanjang tempoh berpantang. Senang kata, in shaa Allah dapat bantu anda elak dari masalah meroyan yang sangat ditakuti.

Jika anda sedang hamil dan tercari-cari Set Pantang Terbaik. Shaklee adalah jawapan paling tepat. Anda boleh hubungi saya di 0146692610 untuk mendapatkan set pantang anda dari saya. Sekiranya anda berdekatan dengan saya, in shaa Allah saya akan hantar terus set ini kepada anda.

CARA JADI AHLI SHAKLEE

emel : poshykidz@gmail.com 
sms/whatsapp : 0146692610 
ID Shaklee: 894220 

*************************************************************************************************************************

Saya merupakan seorang ibu yang bekerja dari rumah. Dahulunya berjawatan sebagai jurutera di salah sebuah syarikat besar Malaysia, tetapi mengambil keputusan untuk meletak jawatan kerana melihat potensi yang sangat besar dalam bisnes Shaklee. Alhamdulillah, empayar yang saya latih semakin lama semakin berkembang.

Jika anda ibu bekerjaya yang menyimpan niat untuk menjaga sendiri anak-anak di rumah, atau pun anda ingin membantu meringankan beban kewangan suami anda, Shaklee merupakan medium terbaik untuk anda anda menyulam impian anda. Bersama saya, in shaa Allah anda mampu menjana pendapatan dengan hebat, setaraa dengan leader-leader yang berada di bawah kepimpinan saya.

Sertai dan hubungi saya dengan segera.

Ketahui bagaimana untuk berdaftar sebagai ahli Shaklee dan kelebihan menjadi ahli Shaklee

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge