GST Oh GST… Betul Ke Harga Barang Makin Turun?

Assalamualaikum wbt..Salam Sejahtera..

Sana sini kedengaran orang bercakap mengenai GST. Biasalah, ramai yang mengeluh apabila kerajaan umumkan untuk adakan pembaharuan. Termasuklah saya, mengeluh jugak pada awalnya sebab main ikut-ikut sahaja. Kurang faham, tetapi dengar-dengar harga barang makin naik. Kasihan pada kita semua kan?

Harga minyak naik.

Harga barang-barang tentu naik.

Harga perkhidmatan juga pasti naik.

Bila GST dikenakan, makin terbebanlah kita.

Tapi, betul ke?

Fahami Dulu Maksud GST

gst

GST bermaksud Good and Service Tax (Cukai barangan dan perkhidmatan). Umum memang mengetahui sebanyak 6% cukai dikenakan untuk barang-barang yang telah dikenakan GST.

Jika anda perasan, sebelum ini kita selalu juga dikenakan tax. Sebelum ini kerajaan menggunakan Sales and Service Tax (SST) sebanyak 16% kepada kita semua. Sales Tax sebanyak 10% dan Service Tax sebanyak 6% yang semuanya berjumlah 16%.

Apabila sistem GST digunapakai, sistem SST akan terhapus sama sekali. Bermakna yang ada hanyalah GST dan rakyat dikenakan cukai hanya 6% berbanding 16% sebelum ini.

Jadi, jika ikut logik kos perbelanjaan kita semua akan berkurang kan? Baguslah jika begitu.

Tapi, Benarkah Seindah Bagai Dikata?

Tetapi, yang menjadi masalah adalah di peringkat peniaga dan penguatkuasaan. Sistem GST di atas kertas memang nampak elok sangat. Tersusun setiap baris perkataan, siap dengan contoh gambar harga sebelum GST dan selepas GST.

Sebenarnya tidak perlu menunggu 1 April pun, beberapa kedai telah pun menaikkan harga barangan kedai mereka walau kerajaan belum mula pun lagi. Tidak perlu menunggu 1 April untuk mendera ekonomi rakyat kerana para peniaga lebih bijak pusing dan kona sana sini. Saya faham bukan semua peniaga begitu, tetapi memang wujud peniaga yang cuba memanipulasikan sistem GST untuk menaikkan harga barang.

gst

Itu belum lagi masalah-masalah kebocoron ketika sistem dalam proses penguatkuasaan. Tunggu dan lihat sahajalah duit gaji bulanan kita tinggal berapa ringgit tengah-tengah bulan. Makan maggie jela jawabnya.

Kawal Apa Yang Boleh Dikawal

Saya terkesan dengan apa yang mentor bisnes saya perkatakan. Kata mentor saya, kenapa kita sibuk-sibuk mengeluh kerana GST. Perasaan bertukar menjadi negatif kerana asyik merungut dan menyalahkan kerajaan.

Sebenarnya bukan tujuan artikel ini untuk mengeluh segala dasar yang kerajaan tetapkan. Ini kerajaan pimpinan mereka yang berkuasa, maka kita sebagai rakyat ikut sahajalah.

Kita mengeluh, kita membantah, kita mogok tidak mahu ke kedai selama setahun pun, orang di atas sana nun bukan endahkan kita. Setakat merungut di blog, mahupun canang di wall facebook, suka atau tidak suka GST tetap akan dikenakan bermula 1 April.

Moralnya di sini, GST adalah sesuatu yang rakyat marhein seperti kita tidak mampu untuk kawal. Menangis air mata darah sekalipun, harga barang tetap akan dinaikkan oleh para peniaga. Jadi, biarkan sahaja GST tu. Jangan bazirkan otak kita memikirkan sesuatu yang hampir pasti tidak boleh diubah.

Tetapi, kawallah apa yang anda boleh kawal. Antara yang anda boleh kawal ialah diri dan potensi kita sendiri.

Kawal Diri Dan Potensi Diri Anda

Ya, kita memiliki diri kita sendiri dan Allah amanahkan kita untuk menjaga segala yang Dia pinjamkan. Gunakan sepenuhnya kelebihan akal fikiran yang Allah berikan kepada kita. Kita tahu, amat mustahil untuk mengharapkan harga barang turun. Mustahil juga untuk mengharapkan kenaikan gaji seribu sebulan. Senario biasa ialah gaji statik, tetapi harga barang makin lama makin naik.

Oleh itu, perah otak anda untuk cari duit sampingan. Kreatifkan otak anda supaya ada tambahan beberapa ratus, malah beberapa ribu sebulan dengan menceburi bidang perniagaan. Anda boleh pilih mana-mana jenis bisnes yang anda suka.

Memandangkan masing-masing risau untuk menceburi perniagaan kerana tiada modal, apa kata anda pilih perniagaan yang tidak menggunakan modal, dan tidak berisiko.

Saya sarankan anda elakkan diri dari termakan janji-janji manis bulan dan bintang mereka yang sering iklankan slogan “goyang kaki, dapat duit” atau “tanpa perlu buat apa-apa, duit masuk hari-hari”. Cubalah guna akal yang Allah kurniakan, mana mungkin ada perniagaan yang mudah sehingga begitu sekali. Untuk curi gula-gula di kedai pun perlu usaha tau!!

Bisnes Tanpa Risiko

gst

Pilih perniagaan yang tidak merisikokan anda. Pilih perniagaan yang permulaan modalnya anda mampu bayar tanpa perlu berhutang dan meminjam dari sesiapa. Jauh sekali perniagaan yang memerlukan anda buat loan dari bank. No..no.

Jangan sesakkan lagi poket anda dengan hutang yang menimbun-nimbun. Sekarang masanya untuk menambah pendapatan, bukannya menambah bebanan hutang.

Saya pula?

Ya, saya bahagia berada di rumah mengadap komputer sambil membesarkan anak-anak tanpa perlu risau langsung mengenai GST. Kerana hidup saya dibiayai gaji 5 angka sebulan oleh syarikat perniagaan saya. Syukur kepada Allah, kerana aura badan saya tidak terjejas dek GST.

Untuk kalian para pembaca, usahlah mengeluh pasal GST lagi. Serius saya bagitahu, tiada makna pun kita mengeluh tanpa tindakan ke arah kebaikan yang dibuat. Semoga semuanya bahagia menjelang 1 April 2015 nanti.

1 comment for “GST Oh GST… Betul Ke Harga Barang Makin Turun?

  1. A.K.Pandey
    June 26, 2018 at 1:27 pm

    Hai Admin,
    Terima kasih kerana berkongsi blog ini dengan kami, saya membaca artikel anda, blog anda mengandungi maklumat yang sangat penting untuk kami, saya menghargai usaha anda. Anda mempunyai tahap pengetahuan Pakar GST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge