Mengandung Tanpa Sebarang Alahan. Woww..Memang Impian Semua Ibu Hamil Kan?

Assalamualaikum wbt..Salam Sejahtera…

Semalam saya ke Hospital Az Zahrah di Bangi untuk melihat perkembangan bayi dalam kandungan. Alhamdulillah, dah 9 minggu usia kandungan bayi saya ni. Tarikh jangkaan bersalin menerusi scan dan tarikh akhir datang haid sama. In shaa Allah pada akhir bulan November 2015.

Closeup on tummy of pregnant woman, wearing long green dress, ho

Ada juga di kalangan rakan-rakan saya yang tarikhnya berbeza antara scan dan haid. Jadi, agak payah jugak nak tentukan tarikh bersalin jika bezanya terlalu banyak. Setakat seminggu ok lagi. Satu lagi penting untuk kita sentiasa mencatat kehadiran haid setiap bulan.

Untuk kandungan ketiga kali ini, saya mengambil keputusan untuk ambil vitamin semulajadi khas untuk ibu mengandung secara sepenuhnya. Saya langsung tidak campur dengan obimin atau vitamin dari klinik. Ini boleh dikatakan satu keputusan yang berani juga sebab saya merupakan seorang yang skema dengan ubatan hospital. Saya lagi suka mendengar nasihat doktor berbanding orang lain.

Stigma pemikiran dari keturunan melekat kuat pada saya, hihi.

Itu kejahilan saya suatu ketika dahulu. Silap saya kerana langsung tidak membuat kajian tentang vitamin semulajadi. Apa yang klinik atau hospital bagi, semua saya telan. Akhirnya saya menelan pil-pil yang dicampur bahan kimia sepanjang 9 bulan hamil untuk anak pertama dan kedua.

Semalam doktor ada tanyakan juga vitamin semua masih ada atau tidak. Saya jawab ada dan memberitahu doktor saya ambil vitamin Shaklee. Doktor kata boleh dan beliau izinkan saya teruskan.

Alhamdulillah..seronok saya dengar sebab jika ada rezeki beliau jugalah yang akan menyambut kelahiran bayi saya.

Perbezaan Kandungan Terdahulu Dan Kali Ini

Sebenarnya untuk kandungan kali ini saya memang agak berahsia. Hanya suami, adik beradik dan beberapa rakan sahaja yang saya beritahu. Sebenarnya ada sebab saya berahsia. (ko ingat ko retis nak kena buat press conference?haha)

Untuk kedua-dua kehamilan sebelum ini, bila UPT saya positif, mulalah mual satu badan dan asyik muntah sepanjang masa. Sepanjang trimester pertama badan saya lembik, malah kebanyakan waktu saya hanya tidur kerana kepala terasa sangat berat. Muntah tak payah cakaplah. Sampai dah takde benda nak keluar lagi.

tanda-tanda awal kehamilan positif upt

Trimester pertama merupakan satu tempoh yang cukup panjang bagi saya. Serik sangat rasanya.

Berbeza dengan kali ini, ketika seminggu pertama sahaja selepas UPT saya disahkan positif saya mengalami mual dan pening kepala. Namun tidak sampai muntah-muntah. Selepas tempoh seminggu saya kembali bertenaga macam tiada apa-apa perubahan.

Kadang-kadang rasa juga risau betul ke saya hamil sebab keadaan sangat berbeza. Muntah tidak, alahan tidak. Loya tu kadang-kadang tetapi sangat jarang.

Lagi satu sebab saya belum scan, jadi saya masih tidak menaruh apa-apa harapan.

Sehinggalah kandungan masuk 6 minggu, doktor klinik biasa minta saya kembali untuk scan. Alhamdulillah, ada pun degupan jantung berdetak pada skrin scanner klinik tersebut. Lega seketika, saya pulang dengan gembira. Tetapi saya masih rahsiakan perkara ini dari beberapa rakan baik. Mungkin sebab tiada alahan.

Saya menunggu temujanji di hospital dan jika doktor di sana sahkan, barulah saya yakin. Dan semalam, jelas sejelasnya degupan jantung dan gambaran bayi dalam perut pada skrin scanner hospital tersebut. Barulah saya kongsikan berita gembira pada beberapa rakan baik saya.

Syukur..

Cara Atasi Alahan Teruk Ketika Hamil

Saya sebenarnya tidak pasti apakah faktor yang membuatkan badan saya segar dan bertenaga seperti biasa. Sesekali mual dan pening tu biasalah, tetapi tidak seteruk dulu.

Yang pasti ianya memang pertolongan dari Allah. Memang sejak sebelum saya hamil, saya berdoa supaya Allah berikan kesihatan yang baik sekiranya saya hamil. Saya minta Allah jauhkan saya dari alahan dan sebagainya. Sebab jika kena alahan macam anak pertama dan kedua, memang tengok laptop pun rasa nak muntah.

Maklumlah, saya sekarang bekerja sendiri dari rumah. Jadi saya perlu usaha, bukan macam kerja di pejabat yang jika sakit, minta mc. Saya tidak perlu minta mc dari sesiapa, tetapi saya perlu sihat untuk berniaga. Alhamdulillah, Allah makbulkan doa saya.

Satu lagi perbezaannya ialah kali ini saya tidak mengambil ubatan hospital. Saya bergantung sepenuhnya kepada vitamin mengandung Shaklee. Adakah disebabkan ini? Mungkin juga kerana penyerapan mudah berlaku kerana ia berasaskan bahan semulajadi yang sememangnya diambil dari jenis tumbuhan juga.

cara atasi kejang kaki ketika hamil 3.jpg

Sebagi contoh Vitamin C Sustain Release Shaklee diambil dari pati oren dan prosesnya tidak melalui sebarang pemanasan bagi memastikan khasiatnya tidak hilang. Berbanding vitamin C percuma dari klinik yang dihasilkan dari beberapa gabungan rantaian bahan kimia yang ada antaranya bukan bahan makanan pun. Jadi pilihan sememangnya berada di tangan anda.

Sehingga ke usia kandungan memasuki sembilan minggu pada hari ini, saya masih cergas menguruskan bisnes online saya.In shaa Allah, saya akan terus berdoa kesihatan saya akan sentiasa baik sepanjang sembilan bulan hamil sehinggalah selepas saat saya bersalin.

Ketika hamil ini pun saya banyak buat bacaan tentang teknik meneran dengan betul dan juga pantang larang ketika hamil. Bagi yang sedang hamil juga, yeayy..kita geng! Semoga kandungan kita semua dilindungi Allah sepanjang masa. Amin…

1 comment for “Mengandung Tanpa Sebarang Alahan. Woww..Memang Impian Semua Ibu Hamil Kan?

  1. September 3, 2015 at 2:26 pm

    Wow.. terbaiklah kalau mengandung tiada alahan. Nampaknya dah ada vitamin untuk elak alahan ni. Lepas ni takdalah serik mengandung kan… hihi
    Ibu hamil pastikan amalkan minyak ikan untuk memastikan perkembangan otak anak dalam kandungan di tahap optimum
    Puan hanim recently posted…Bersediakah kita Untuk Pengasingan Sisa PepejalMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge