Set Berpantang Yang Tidak Renyah; Masih Boleh Diambil Walaupun Anak Jaundis

Assalamualaikum wbt..Salam Sejahtera..

Antara perkara wajib yang menjadi salah satu standby item para ibu hamil ialah set berpantang. Ketika saya anak sulung dulu, bukan main teruja mencari set pantang terbaik. Pengalaman pertama kan? Jadi memang cukup teruja tanya sana, tanya sini supaya saya dapat berpantang dengan cara yang terbaik. Akhirnya Set Berpantang jenama ** menjadi pilihan saya.

Tetapi nak jadi cerita, kedua-dua anak saya diserang jaundis selepas kelahiran mereka. Kedua-duanya jenis prolonged jaundice; iaitu jaundis dalam tempoh yang lama. Berkampunglah saya lebih kurang seminggu di hospital menjaga anak yang sedang sakit. Apabila doktor memberi kebenaran untuk pulang, jaundis anak saya bukanlah rendah sangat bacaannya. Sebab itu kami terpaksa bawa ke klinik kesihatan selang sehari untuk membuat pemeriksaan darah.

set pantang yang boleh dimakan walaupun anak demam kuning

Oleh kerana bacaan jaundis anak saya belum benar-benar turun, maka doktor tidak benarkan saya untuk mengambil mana-mana jenis jamu. Maklumlah, jamu kemungkinan boleh menyebabkan bacaan jaundis anak semakin tinggi atau sukar untuk turun. Saya pun ikut sahaja pesan doktor kerana sangat bimbangkan risiko jaundis yang sangat menakutkan.

Jadi sepanjang anak saya dirawat, saya sekadar memandang sepi set pantang yang saya beli ratusan ringgit. Nak makan tidak boleh, nak mandi lulur bagai pun kena tunggu sehingga doktor benarkan saya pulang. Dalam tempoh seminggu di hospital badan mula lemah-lemah akibat banyak pergerakan berlaku dan dalam masa yang sama tidak mengambil makanan tambahan sewajarnya untuk menggantikan darah yang banyak keluar ketika bersalin dan nifas.

Dengan tidak cukup tidur lagi, dengan perasaan bercampur sedih dan letih lagi..semuanya menjadikan pengalaman di hospital selepas bersalin sangat mengerikan. Semuanya kena pantas memandangkan anak saya berada di NICU dan saya pula di penempatan ibu-ibu yang baru bersalin. Belum lagi terpaksa tidur sambil duduk di sebelah katil anak beberapa malam kerana anak sentiasa mahukan susu badan.

# Belajar Dari Pengalaman

Cukuplah dua kali kesilapan yang saya buat ketika dua kali bersalin sebelum ini. Untuk kandungan ketiga ini, saya memang tidak akan bazirkan duit saya dengan sesuatu yang belum tentu saya gunakan ketika berpantang.

Saya faham perasaan teruja para ibu ingin membeli set pantang yang lengkap dengan teh herba, mandian lulur, jamu herba dan pelbagai lagi. Tetapi semuanya tiada makna apabila anak jaundis dan si ibu dilarang untuk mengambil jamu.

Untuk kandungan ketiga ini, saya memilih untuk mencuba Set Pantang Shaklee; yang terbukti selamat diambil walaupun anak jaundis. Lagi satu Set Pantang Shaklee juga tidak renyah diambil atau dengan kata lain ketika di hospital pun saya masih boleh ambil set ini.

# Set Pantang Shaklee

Sebelum ini, saya hanya mendengar dan membaca testimoni pengguna set pantang Shaklee daripada internet. Memang mengujakan apabila masing-masing dikatakan cergas dan tidak lemah sepanjang tempoh berpantang. Tetapi yang paling mengujakan saya apabila saya sendiri berpeluang melawat sahabat saya sendiri yang menggunakan Set Pantang Shaklee selepas beliau bersalin.

set pantang terbaik

Terkejut sungguh saya apabila melihat beliau. Langsung tidak seperti orang dalam pantang. Mukanya tidak pucat, pergerakannnya cergas walaupun tidur malam tidak pernah cukup. Langsung tidak sama seperti saya yang nampak pucat dan tidak bermaya ketika berpantang. Susu beliau juga mencurah-curah dan dapat menyediakan stok susu yang banyak sebagai persediaan untuk kembali ke pejabat.

Seingat saya ketika beliau melahirkan anak pertama, beliau tidaklah secergas mana. Ditambah dengan masalah sembelit lagi. Berbeza sungguh. Saya pula yang rasa tidak sabar untuk mencuba Set Pantang Shaklee apabila melahirkan anak ketiga nanti.

#Testimoni Set Pantang Shaklee Untuk Anak Jaundis

set pantang yang boleh diambil walau anak jaundis.jpg

Testimoni di atas merupakan pengalaman pelanggan saya sendiri yang memang jatuh cinta habis dengan produk Shaklee. Sejak beliau mencuba produk Shaklee dan berpuas hati, seluruh ahli keluarga beliau mula menggunakan Shaklee atas saranan beliau. Alhamdulillah.

Inilah Set Pantang Shaklee yang beliau ambil.

set pantang yang boleh diambil walau anak jaundis

Pelanggan saya mengambil Set Pantang Permium dan ditambah Alfalfa sebagai perintang untuk mendapat jaundis. Apa-apa pun, suplemen hanyalah medium yang Allah turunkan kepada kita sebagai salah satu nikmat. Yang menyembuhkan, yang melindungi tetap Allah. KIta sebagai hamba hanya berusaha yang terbaik.

Jika anda sedang hamil dan sedang tercari-cari set pantang yang tidak terlalu mahal, tanpa kos GST, mampu banyakkan susu dan memberi tenaga luar biasa ketika berpantang, Set Pantang Shaklee adalah jawapannya. Ambil pengajaran dari apa yang berlaku kepada saya ketika bersalinkan anak sebelum ini. Rugi sahaja duit beli mahal-mahal tetapi kena tunggu anak habis jaundis baru dapat makan.

Akibatnya, badan mudah terasa letih dan sendi-sendi juga kerap sakit akibat tidak berpantang dengan betul. Anda tentu tidak mahu jadi seperti saya kan? Jadi rancang duit anda dengan tepat sebelum anda beli set berpantang yang belum tentu lagi anda akan gunakan.

Jangan lupa untuk baca juga tips elak miss v dari koyak rabak ketika bersalin.

CARA JADI AHLI SHAKLEE

emel : poshykidz@gmail.com 
sms/whatsapp : 0146692610 
ID Shaklee: 894220 

*************************************************************************************************************************

Saya merupakan seorang ibu yang bekerja dari rumah. Dahulunya berjawatan sebagai jurutera di salah sebuah syarikat besar Malaysia, tetapi mengambil keputusan untuk meletak jawatan kerana melihat potensi yang sangat besar dalam bisnes Shaklee. Alhamdulillah, empayar yang saya latih semakin lama semakin berkembang.

Jika anda ibu bekerjaya yang menyimpan niat untuk menjaga sendiri anak-anak di rumah, atau pun anda ingin membantu meringankan beban kewangan suami anda, Shaklee merupakan medium terbaik untuk anda anda menyulam impian anda. Bersama saya, in shaa Allah anda mampu menjana pendapatan dengan hebat, setaraa dengan leader-leader yang berada di bawah kepimpinan saya.

Sertai dan hubungi saya dengan segera.

Ketahui bagaimana untuk berdaftar sebagai ahli Shaklee dan kelebihan menjadi ahli Shaklee

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge