Dah Separuh Ramadhan, Badan Masih Gemuk?

Assalamualaikum wbt…Salam Sejahtera..

Sudah masuk separuh Ramadhan kali ini, sistem badan makin serasi dengan jadual makan harian kan? Jika hari pertama atau kedua berpuasa, bila jam 10 pagi perut mula berbunyi. Tapi sekarang, hampir waktu berbuka pun masih lagi cergas.

Ada sesetangah dari kita mengambil peluang bulan Ramadhan sebagai satu tempoh untuk melatih perut berdiet. Senang kata, ada target berapa timbangan untuk dikurangkan ketika sebulan berpuasa. Saya pun begitu sebelum ini. Seingat saya paling banyak timbangan saya berkurang ialah 6kg. Seronok sangat!

Tetapi tahun ini saya berpuasa ditemani bayi dalam kandungan, jadi tidak perlu susah-susah untuk kawal makanan.

Sudah Tercapai Target Anda?

Dah separuh Ramadhan, badan masih gemuk? Sadis sungguh jika ini yang terjadi pada anda. Iyalah..separuh Ramadhan, paling kurang pun dah turun 2-3kg jika anda nekad nak kurus kan? Tetapi kali ini langsung tiada tanda-tanda penurunan sedangkan baju raya yang ditempah sengaja kecilkan sedikit saiznya.

cara cepat kurus 6

Ramai dari kita sudah tersilap konsep sebenarnya. Makan dengan kuantiti yang sedikit secara mendadak boleh memusnahkan sistem metabolisma badan. Saya berikan contoh yang biasa sangat dialami oleh ramai orang yang suka berdiet.

Ketika usia muda, badan cepat naik tetapi bila kita diet (crash diet), badan cepat turun. Dalam tempoh tiga hari crash diet walau tanpa bersenam, senang-senang dapat turunkan sehingga 3kg. Ingat lagi tak?

Dalam tempoh tidak lama selepas itu, badan naik kembali. Kita amalkan lagi crash diet. Perkara ini berulang-ulang banyak kali sehingga kita perasan makin berusia, makin susah pula untuk turunkan berat badan walau kita super crash diet, siap bersenam lagi.

Saya pasti ramai yang alaminya. Kenapa begitu?

Ok, kisahnya adalah mengenai masalah kadar metabolisma badan. Ketika usia muda, metabolisma badan kita tinggi. Kadarnya berbeza dari seorang yang lain ke seorang yang lain. Apabila kita crash diet, segala lemak-lemak dan otot kita dibakar dengan mudah kerana metabolisma badan yang masih tinggi.

Apabila metabolisma badan dapat signal yang kita makan sedikit, jadi kadarnya menurun sesuai dengan intake makanan kita ketika waktu itu. Yang menjadi masalah, selepas beberapa hari crash diet, kita mula makan sesedap rasa sebab kononnya kita sudah kurus. Perkara ini kita ulang beberapa kali tanpa sedar. Sedangkan kadar metabolisma sudah pun turun ketika diet.

Dan bukan perkara mudah untuk naikkan kembali kadar metabolisma badan. Kena bersenam dan ambil makanan yang tepat supaya kadarnya sesuai dengan intake makanan kita.

Yang lebih teruk ialah, setelah beberapa lama kita cuba crash diet dan tidak menjadi, kita balas dendam dengan makan tak hengat donia sebab kecewa berat tidak turun. Makin perlahanlah kadar pembakaran lemak akibat kadar metabolisma yang sudah bercelaru itu.

Makan makin banyak sebab kecewa tetapi badan tidak mampu membakar lemak secara efektif. Kesudahannya, obesiti milik anda!!

Jangan Risau. Saya Ada Jalan Penyelesaian.

Cuba mengaku berapa ramai yang sudah tersilap tafsir tentang diet. Ingatkan OK bila diamalkan selalu. Rupa-rupanya padah yang menimpa di kemudian hari. Disebabkan inilah ramai yang hadapi masalah obesiti.

Jadi, apa nak buat sekarang?

Sejujurnya, anda memang perlu berdiet. Anda memang WAJIB kurangkan intake makanan anda. Cuma jangan keterlaluan sehingga hari-hari makan sup sayur. Anda perlu kurangkan pengambilan makanan anda secara berperingkat, bukan secara mendadak.

Elok sangat sempena bulan puasa, anda cuba kurangkan pengambilan nasi putih dari 2 pinggan sehari kepada sepinggan sehari. Air manis yang anda minum 10 gelas sehari, kepada 5 gelas sehari. Jangan langsung tak makan nasi, langsung tak minum manis. Nanti akan hilang keseronokan dunia. Hihi..

Pastikan lauk-lauk berbuka tidak terlalu berminyak dan bersantan. Jika sebelum ini hari-hari masak lemak, bila berpuasa banyakkan sup.

Satu lagi cara untuk menstabilkan kembali metabolisma badan ialah dengan mengambil makanan yang mampu meningkatkan metabolisma badan anda. Antaranya ialah:

  • Ambil teh hijau. Ia mengandungi polifenol yang dapat meningkatkan kadar metabolisma badan. Ambil 4 atau 5 cawan sehari untuk lihat kesannya.
  • Pedas. Untung siapa yang suka makan pedas. Kandungan capsaicin di dalam cili mampu membakar kalori sehingga 30minit selepas anda memakannya. Cuma hati-hati dengan bijinya yang berkemungkinan boleh membawa kepada penyakit appendiks.
  • Ambil vitamin C bersama-sama kalsium. Penyerapan kalsium adalah di tahap optimum apabila diambil bersama. Gabungan kedua-dua vitamin ini membantu meningkatkan metabolisma.
  • Minum kopi tanpa gula atau creamer/susu pekat. Kopi sememangnya terbukti sebagai antioksidan dan membantu meningkatkan metabolisma.
  • Makan protein. Protein memang sangat-sangat membantu untuk meningkatkan metabolisma badan. Antaranya isi ayam dan ikan. Satu lagi yang paling berkesan ialah minuman berprotein Cinch Shake Shaklee

Cinch Shake Shaklee

Ini merupakan minuman wajib saya ketika berdiet. Bukan saja-saja ambil, tetapi apabila faham konsep metabolisma, memang mencari-cari produk yang mempu meningkatkan metabolisma kita dengan mudah.

Cinch shake mempunyai 3 perisa dan kebetulan saya adalah peminat tegar kopi, jadi saya memilih perisa latte. Ada lagi dua perisa lain iaitu vanilla dan coklat. Minum sejuk-sejuk atau diblend bersama kurma, badam atau buah-buah lain memang sangat sedap dan menyegarkan!

Kandungan paling penting dalam cinch ialah leucine. Tidak banyak produk kurus yang mengandungi leucine. Fungsinya ialah untuk memelihara otot dan meningkatkan metabolisma badan. Maknanya khazanah-khazanah penting pada badan seperti otot memang terjaga, Yang dibakar hanyalah lemak-lemak sahaja. Barulah badan fit, dan tidak menggeleber.

Otot yang ada badan kita sangat penting untuk memastikan kestabilan metabolisma. Dalam banyak kes, apabila diet tanpa bantuan leucine, yang dibakar adalah otot. Lemak menten saja. Sebab itulah bila kita berulang kali amalkan crash diet, otot kita jadi lembik dan tidak padat.

Cuba sentuh otot bawah lengan, lemak dan perut. Lembik kan? Jika lembik, sahlah dah lama anda ikut ajaran sesat bab-bab diet ni.

Bagaimana untuk kentalkan kembali otot anda? Jaga makan, jangan crash diet, bersenam dan ambil minuman protein tinggi Cinch Shake.

cara kurus dengan cepat

Testimoni Pengamal Cinch Shake Shaklee

 cara kurus dengan cepattestimoni 1

cara kurus dengan cepattestimoni 2

cara kurus dengan cepattestimoni 3

cara kurus dengan cepattestimoni 4

Cukup empat testimoni sebagai bukti betapa best dan berkesannya cinch shake Shaklee.

Raya pun hampir tiba, malulah kan sekilo pun tak turun raya kali ini. Tak sanggup juga nak tadah telinga orang asyik cakap kita makin gebu kan? Haha..

Jika anda tidak mahu lagi ditanya soalan serupa, apa kata cuba Cinch Shake hari ini juga! Dalam tempoh 2 minggu, jika anda amalkan semua tips yang saya bakalkan kongsikan, in shaa Allah anda akan dapat berat idaman anda. In shaa Allah.

Jika berminat, cepat-cepat hubungi saya di 014 6692610. Saya bersedia untuk guide anda supaya kelihatan cantik dan mampu gayakan apa jua fesyen yang anda idamkan raya nanti.

1 comment for “Dah Separuh Ramadhan, Badan Masih Gemuk?

  1. July 7, 2015 at 3:19 pm

    Alhamdulillah amalkan minuman ni selain kurus, badan pun bertenaga.. Sedap pun sedap.. tak cuba memang rugi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge