5 Perkara Suami Wajib Bantu Bila Kandungan Isteri Sudah Masuk 7 Bulan

Assalamualaikum wbt..Salam Sejahtera..

Apabila keadaan fizikal berubah atas sebab-sebab tertentu, tentu sekali ada perkara-perkara yang tidak mampu kita lakukan. Atau mungkin pergerakan atau kebolehan sedikit terbatas.

Contohnya, jika sebelum ini kita selesa dengan kurniaan sepuluh jari yang Allah berikan. Tiba-tiba satu jari terpaksa dibalut akibat terkena minyak panas. Mungkin ia membataskan kita untuk makan menggunakan tangan seperti biasa. Kenalah makan menggunakan sudu buat seketika.

Begitulah keadaannya dengan wanita hamil. Apabila bentuk fizikal, terutamanya bahagian perut semakin membesar, ada beberapa perkara yang kita tidak mampu lakukan. Yalah, jalan pun dah macam penguin kan? Hihi

Perkara Suami Wajib Bantu Bila Kandungan Isteri Sudah Masuk 7 Bulan

Apabila perut semakin membesar, makin banyaklah aktiviti turut terbatas. Masa inilah suami kena take over beberapa tugas yang selama ini memang kita lakukan sendiri.

  • Tolong ketip kuku kaki

Perkara yang satu ini memang menyeksakan jika mahu dilakukan sendiri. Jika dibiarkan, memang gaya kuku langsuir nampaknya. Air wuduk juga payah nak sampai ke semua bahagian wajib dibasuh.

Jadi, mintalah suami tolong potongkan kuku kaki anda. Tetapi pastikanlah kaki anda berbau wangi. Janganlah berbau pekasam basi pula. Serik suami nak bantu anda buat kali kedua nanti.

Perkara Suami Wajib Bantu Bila Kandungan Isteri Sudah Masuk 7 Bulan

  • Tolong isteri untuk mendukung anak atau mengangkat barang-barang berat

Wanita hamil sememangnya disarankan untuk mengelakkan membawa barang-barang yang berat sejak awal kehamilan. Jika di awal kehamilan, risiko keguguran mungkin berlaku. Di kala kandungan telah pun membesar, kemungkinan pendarahan boleh barlaku.

Selain itu, otot-otot dan daya kekuatan wanita hamil semuanya sudah dipaksikan ke hadapan untuk menyokong berat bayi dalam kandungan. Oleh itu, daya kekuatan untuk mengangkat benda berat semakin menurun. Inilah yang menyebabkan wanita hamil mudah sakit belakang, sakit lutut atau lenguh badan apabila mengangkat benda berat.

Sebagai contoh, elakkan dari mendukung anak anda yang lain sekiranya beratnya sudah melebihi 7 atau 8 kilogram ke atas. Minta suami dukungkan sekiranya anak anda inginkan perhatian.

Saya tidak pasti samada situasi yang saya alami ketika hamil anak kedua empat tahun lepas ada kaitan dengan fakta yang saya jumpa atau tidak. Saya ada terbaca jika wanita hamil biasa mengangkat barang berat, ada kemungkinan bayi boleh lahir premature dan berat bayi mungkin rendah.

Ketika saya hamil anak kedua, saya memang hari-hari akan mendukung anak sulung saya dari katil tidur di tingkat atas rumah dan masukkan dia ke dalam kereta. Anak sulung saya ketika itu baru berumur dua tahun, tetapi badannya agak pejal dan montel. Dia pula memang payah untuk bangun awal pagi.

Suami keluar ke pejabat lebih awal dari saya. Berasakan tiada apa-apa yang bahaya, rutin itu saya teruskan setiap hari. Anak saya yang kedua memang underweight, ketika lahir hanya 2.2kg sahaja.

Tidak pasti ianya berkaitan atau tidak, tetapi jika boleh elakkan, silalah elak. Jika keadaan terdesak, cuba alihkan perhatian si anak dengan perkara lain daripada terpaksa mendukung mereka.

  • Tolong fahami isteri anda tidak lagi mampu untuk memasak setaraf chef setiap hari

Wanita hamil sangat sinonim dengan masalah keletihan dan kepenatan. Tetapi janganlah ambil peluang mengatakan diri sepanjang masa letih untuk elak daripada melakukan tugasan sebagai isteri, ibu dan pekerja.

Perkara Suami Wajib Bantu Bila Kandungan Isteri Sudah Masuk 7 Bulan

Sebagai seorang WAHM (work-at-home-mother), pada saya tugas di rumah memang lebih mencabar jika dibandingkan denganĀ  berada di pejabat sebelum ini. Lebih-lebih lagi jika kita mempunyai anak kecil di rumah.

Apabila kandungan menghampiri 7 bulan, saya memang merasakan badan saya mudah letih apabila melakukan kerja secara berterusan. Sebab itulah, saya tidak berupaya untuk memasak lauk pauk yang berjenis-jenis untuk makan tengahari dan malam. Kadang-kadang dua lauk sahaja dan ditambah telur dadar.

Alhamdulillah, suami saya sangat OK bab makan. Tidak memilih. Kalau penat sangat, buat nasi goreng pun dia OK. Namun, ada sesetengah suami yang cerewet bab makan. Jika isteri penat bagaimana sekalipun, nak juga meja enam kerusi tu penuh lauk dari hujung ke hujung.

Dalam hal-hal tertentu, suami perlu bertolak ansur dengan isteri. Isteri perlu cakap elok-elok dengan suami, suami pula perlulah faham keadaan isteri. Bukan mudah untuk mengharung 9 bulan hamil. Di awal kehamilan sibuk dengan mabuk. Di hujung kehamilan, sibuk dengan mengah pula.

Untuk masalah keletihan, alhamdulillah saya ada minuman tenaga yang sangat membantu saya untuk lebih kekal cergas. Maklumlah, saya ni siang WAHM, belah malam sayalah cikgu mengaji, sayalah cikgu sekolah. Jadi, bateri memang sentiasa kena fully charged sehingga masuk waktu tidur.

Anda boleh saksikan video saya berkongsi tentang minuman kegemaran saya di bawah.

Inilah minuman tenaga saya setiap hari yang membuatkan saya cergas daripada celik mata sehingga menutup mata kembali sebelah malamnya.

cara hilangkan mengantuk untuk ibu yang sering berjaga malam

  • Brainstorm bersama suami untuk beli barang bayi.

Point yang ini agaknya ramai suami yang suka. Sebabnya ia membantu untuk si isteri agar lebih berjimat. Jika diserahkan kepada kaum isteri, memang satu gudang isteri boleh borong!

Biasalah, bila nak sambut orang baru, si isteri memang terlebih excited untuk beli itu ini sebagai persediaan. Lebih-lebih lagi jika ini merupakan pengalaman pertama hamil.

Saya pun begitu tau! Walaupun ini kandungan ketiga, tetapi apabila mengetahui bayi yang bakal lahir ialah baby boy, keterujaan membeli barangan yang BUKAN WARNA PINK makin membuak-buak. Hihi..

Teringat semalam apabila membuat kunjungan ke Pureen Warehouse Clearence Sale. Lepas habis bayar teringin nak masuk balik. Nasib baik suami buat muka malas nak layan. Kalau pergi sendiri, rasanya lebih banyak tangkapan dibuat.

Biasalah, dalam hal sebegini si suami akan lebih rasional. Si isteri pula lebih banyak ikut nafsu. Jadi, jalan terbaikĀ  brainstorm atau bincang sama-sama apakah yang perlu dan apakah yang tidak perlu.

Jika ini pengalaman pertama anda, buat carian di google dahulu. Jika anda tidak bertanya atau membaca, memang banyak barang yang tidak perlu pun sebenarnya yang mungkin anda terbeli. Sudahnya membazir sahaja..

  • Tolong picitkan kaki, sapukan minyak di bahagian yang mungkin sukar dicapai isteri

Situasi ini relevan dengan dengan point ketiga artikel ini. Wanita hamil yang semakin membesar perutnya mungkin mengalami lenguh di bahagian kakinya. Jika sebelum ini kaki biasa menampung berat asal, tiba-tiba dalam tempoh kurang setahun terpaksa menampung tambahan beban berbelas-belas kilogram.

Oleh itu, kaki wanita memang bahagian yang sangat heavy duty ketika hamil. Tetapi, melangkah tetap perlu melangkah. Mana boleh asyik baring atau duduk disebabkan berat makin meningkat kan? Banyak tugasan yang perlu disiapkan.

Oleh itu, para suami, silalah reward isteri anda dengan memicit kaki mereka apabila wajah isteri nampak keletihan sangat-sangat. Atau pun jika isteri mengadu letih, apa salahnya volunteerkan diri anda untuk memicit kaki mereka. Kadang-kadang isteri segan untuk meminta perhatian, jadi mereka mengadu (dalam hati nak suami picitkan). Bukanlah lebih romantik apabila suami yang volunteer?

Perkara Suami Wajib Bantu Bila Kandungan Isteri Sudah Masuk 7 Bulan

Macam saya, saya memang tidak bagi hint pada suami. Saya cakap saja terus terang minta suami picitkan. Letih juga bagi hint, tetapi tak faham kan? Hihi..

OK..saya sudah senaraikan 5 perkara yang mungkin suami boleh bantu ketika kandungan isteri memasuki usia 7 bulan. Anda boleh kongsikan artikel ini dengan suami anda sekiranya anda segan untuk beritahu mereka secara direct.

Anda juga mungkin berminat untuk membaca artikel tips elak Miss V koyak rabak ketika bersalin dan 7 pantang larang ketika hamil.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge