Anak Mudah Mengantuk Dan Tidak Fokus Di Dalam Kelas. Kenapa Ya?

Assalamualaikum wbt..Salam Sejahtera..

Pagi tadi saya menerima satu whatsapp dari regular customer saya. Pertanyaan beliau mengenai anaknya yang mudah mengantuk dan tidak fokus di dalam kelas. Risau juga kan apabila anak tidak dapat menumpukan perhatian seterusnya prestasi belajar semakin merudum.

Sebenarnya ada banyak sebab kenapa kanak-kanak mudah mengantuk dan tidak fokus. Faktor dari dalaman kanak-kanak itu sendiri dan mungkin juga suasana kelas atau cuaca yang panas.

anak mudah mengantuk dalam kelas

Jom kita tengok satu per satu faktor yang mungkin menimpa anak kita yang sering sahaja mengadu letih, mengantuk, boring dan sebagainya ketika berada di sekolah.

Kenapa Anak Kita Mengantuk Dan Tidak Fokus Di Dalam Kelas

#1. Dehidrasi

Anak-anak memang tidak tahu keperluan air masak kepada mereka. Jika diberi pilihan, sudah tentu mereka inginkan air berperisa kan?

Sama juga seperti anak saya, tetapi saya selalu pesan supaya habiskan air masak yang saya bekalkan dari rumah. Sesekali jika cuaca teramat panas, bolehlah beli air berperisa di kantin.

anak mudah mengantuk dalam kelas

Air yang mencukupi sangat penting untuk kanak-kanak. Anak sulung saya darjah satu, walaupun perempuan, macam-macam jenis permainan yang dia main di sekolah. Acara kejar-mengejar bersama rakan-rakan memang acara wajib sehinggakan kain sudah berapa kali berganti akibat terkoyak.

Apabila mereka bermain, sudah tentu mereka akan kehilangan banyak bendalir. Jika penyerapan air ke badan berkurang, sudah tentu badan terasa letih, malas dan perjalanan darah menjadi tidak lancar. Oksigen pun tidak dapat dibawa ke otak dengan sempurna.

Jadi, anda perlu pastikan anak anda mendapat bekalan air yang mencukupi.

#2. Tidur Yang Mencukupi (Tidak Kurang Dan Tidak Pula Berlebih)

Saya memang perasan jika sebelah malamnya anak-anak saya tidur agak lewat, mereka payah untuk bangun tidur. Lebih-lebih lagi jika sebelah siangnya seharian berada di luar rumah.

Oleh itu, saya memang pastikan jam 10.30 malam adalah cut time bagi mereka. Jam 10.30 malam, anak-anak semua wajib tidur. Alhamdulillah, bila sahaja tutup lampu mereka akan terlelap.

Apabila waktu pagi mereka segar, in shaa Allah ketika berada di sekolah juga mereka dapat menumpukan perhatian ketika di dalam kelas.

#3. Ambil Sarapan Sebelum Ke Sekolah

Pentingnya anak-anak bangun lebih awal adalah supaya otak mereka bersedia untuk memulakan hari baru setiap pagi. Saya biasakan anak-anak saya mengambil sarapan ringan sebelum mereka ke sekolah.

Menu biasanya bertukar setiap hari. Roti, coco crunch, milo ball, cornflakes. Sesekali mereka hanya inginkan minuman coklat atau nestum.

anak mudah mengantuk dalam kelas

Sebaik sahaja mereka habiskan sarapan, saya akan pastikan mereka mengambil Omega Guard Dan Chewable Vitamin C untuk memastikan daya ingatan lebih tajam dan dapat menerima apa yang dipelajari di sekolah.

Memang nampak perubahan apabila mereka bersarapan dan mengambil vitamin setiap pagi. Terutamanya anak sulung saya yang bersekolah dari pagi sehingga jam 5 petang. Pulang dari sekolah pun masih bertenaga lagi. Alhamdulillah..

#4. Persekitaran Yang Panas

Ketika saya menulis artikel ini, negara sedang menghadapi musim panas yang disertai dengan jerebu. Sudah tentu ia memberi kesan kepada suasana pembelajaran anak-anak kita.

Anak saya seperti anak anda juga, bersekolah di sekolah kerajaan yang kemudahan asasnya biasa-biasa sahaja. Kelas anak saya tidak dilengkapi dengan penghawa dingin. Jadi cuaca panas memang menjadi peneman lebih-lebih lagi ketika kelas KAFA.

Apa yang saya boleh nasihatkan anak saya ialah kurangkan bermain di kawasan panas dan berdebu. Jika ada masa terluang sebelum kelas KAFA bermula, ajak kawan-kawan ke perpustakaan. Apabila jerebu, penggunaan topeng muka sangat membantu mengurangkan risiko penyakit yang juga boleh melemahkan badan.

#5. Anemia

Kebanyakan pelajar yang sudah didatangi haid, kemungkinan terasa lesu terutama ketika hari-hari awal datang haid. Haid menyebabkan wanita kekurangan darah dan kekurangan zat besi.

Kesan daripada kekurangan zat besi ialah badan mudah penat, terasa mual, pening kepala sehingga boleh membawa kepada pitam. Oleh itu, pengambilan vitalea sebagai sumber zat besi sangat membantu masalah hilang fokus akibat kekurangan sel darah merah.

Atasi Masalah Mengantuk Dan Tidak Fokus Ketika Dalam Kelas Cara Diarimama.com

Alhamdulillah, anak-anak saya tidak mengalami masalah ketika berada di dalam kelas. Belum pernah lagi mereka mengadu kepada saya kepenatan atau mengantuk di sekolah.

Cuma saya perhatikan banyak perubahan kepada anak-anak selepas saya konsisten amalkan sarapan dan disusuli vitamin sebelum mereka ke sekolah. Mood mereka menjadi sangat baik, mungkin kerana rasa cergas yang dialami.

Keputusan peperiksaan juga cemerlang, dengan kebanyakan markah antara 95 hingga 100% untuk subjek sekolah kebangsaan dan KAFA. Waktu pulang dari sekolah sehingga malam juga tidak menampakkan mereka lesu, malah aktif dan masih boleh main basikal dan sesekali main berkejar sesama adik beradik.

Inilah dua vitamin yang anak-anak saya ambil sebelum mereka ke sekolah.

Anak Mudah Mengantuk Dan Tidak Fokus Di Dalam KelasSaya telah mencuba dan sangat berpuas hati dengan perubahan anak-anak saya. Malah, kesihatan mereka juga sangat baik dan sukar untuk mendapat jangkitan.

Dua suplemen yang saya berikan kepada mereka ini adalah Omega Guard yang dihasilkan daripada minyak ikan laut dalam dan juga chewable vitamin C daripada buah oren sebenar.

Jika anda tidak mahu anak anda keletihan dan lesu sepanjang sesi persekolahan mereka, jangan lupa untuk pastikan anak-anak mengambil dua suplemen ini sebelum ke sekolah, serta amalkan tips yang telah saya kongsikan di atas. In shaa Allah anak anda akan lebih seronok di sekolah apabila badan meraka sihat dan mendapat keputusan yang cemerlang.

Anda boleh klik link pada gambar di bawah untuk membuat pesanan dua vitamin ini, atau anda boleh hubungi saya di 0146692610. In shaa Allah saya akan kongsikan pengalaman saya serta cara pengambilan terbaik suplemen ini untuk anak anda.

anak mengantuk dalam kelas 7

emel : poshykidz@gmail.com 
sms/whatsapp : 0146692610

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge