Bahaya Diabetis Ketika Hamil. Ohhh…Takutnya!

Assalamualaikum wbt..Salam Sejahtera..

Diabetis ketika hamil? Memang membuatkan saya seram lebih-lebih lagi apabila berdepan dengan kenaikan berat badan yang agak mendadak.

bahaya diabetis ketika hamil

Sejak hamil hingga ke enam bulan kehamilan, boleh dikatakan ramai yang tidak perasan saya hamil. Perut saya kecil sehingga saya pula risau. Maklumlah pernah berdepan dengan kelahiran baby yang small size ketika anak kedua.

Untuk kandungan kali ini, saya siap pergi second doctor untuk pendapat yang berbeza. Alhamdulillah, ketika enam bulan berat bayi memang padan dengan usia kandungan.

Masuk saja bulan ketujuh, perut saya bagai dipam-pam. Sebulan naik 5kg! Doktor pun terkejut. Bulan seterusnya pula naik 3kg. Dalam waktu yang sama, saya memang kerap sangat kencing. Dalam tempoh satu jam, kadang-kadang sehingga empat atau lima kali.

Risau mula menjengah. Lebih-lebih lagi, hamil kali ini agak ketagih dengan teh tarik dan teh ais. Asal makan di kedai, inilah minuman yang saya order. Kadang-kadang, sengaja tapau walaupun tidak makan di kedai. Teh tarik kan tinggi kandungan gula, jadi memang menyesal sebab jadikan ia minuman rutin harian.

Selepas dua minggu kerap kencing dan dalam fasa berjaga-jaga, saya hentikan rutin meminum teh tarik. Jika ke kedai, hanya ais kosong untuk saya. Terpaksa juga minum minuman berais kerana badan saya sentiasa panas dan berpeluh.

Akhirnya Sabtu lepas, doktor arahkan saya untuk membuat ujian gula. Dan semalam, pihak hospital telah menelefon saya dan mengatakan ujian gula saya normal. Alhamdulillah. Syukur sangat, segala perasaan risau terus hilang.

Kalau nak diikutkan, masalah diabetis ketika hamil bukanlah memberi rasa kesakitan kepada si ibu atau si bayi dalam kandungan. Dua kawan baik saya mengalami diabetis ketika hamil dan mereka sihat walafiat. Tetapi kesan jangka masa panjang yang mungkin berlaku sekiranya kita tidak mengawal paras gula.

Banyak tau risiko yang bakal dihadapi. Antaranya seperti di bawah.

Risiko Diabetis Ketika Hamil

Kebanyakan ibu hamil yang mempunyai diabetis tidak mempunyai apa-apa masalah sekiranya mereka mengawal pemakanan. Namun, perkara ini akan menjadi serius sekiranya diabetis tidak dikesan lebih awal. Antara risiko yang mungkin berlaku ialah:

  • bayi membesar secara berlebihan di dalam rahim
  • kemungkinan untuk doktor sarankan kelahiran lebih awal sangat tinggi
  • bila bayi besar, pembedahan akan menjadi pilihan utama untuk bersalin
  • risiko bayi tersangkut dan kecacatan saraf mungkin berlaku sekiranya bersalin secara normal (akibat bayi yang besar)
  • jika bacaan gula tinggi, bayi di dalam rahim mungkin berisiko untuk meninggal secara mengejut

bahaya diabetis ketika hamil

Kesan di atas merupakan kemungkinan-kemungkinan yang berlaku ketika fasa hamil dan bersalin. Selepas bersalin, bayi juga mempunyai kemungkinan yang tinggi untuk mengidap diabetis dan masalah obesiti apabila dewasa.

Siapakah Yang Berisiko

Kalau boleh, taknaklah perkara di atas terjadi kepada kita kan? Oleh itu, sejak awal kehamilan ibu hamil kena jaga pemakanan dengan baik. Jangan terlalu diikutkan sangat mengidam benda pelik-pelik yang boleh membawa kepada penyakit. Rasa sedikit tu bolehlah.

Lebih-lebih lagi jika anda tergolong dalam golongan yang mudah mendapat diabetis seperti di bawah:

  • mempunyai latar belakang keluarga yang ada diabetis
  • pernah melahirkan bayi melebihi 4kg sebelum ini
  • sejarah diabetis ketika hamil yang terdahulu
  • BMI adalah 30 atau lebih

Bagaimana Untuk Tahu Jika Saya Ada Diabetis

Alhamdulillah, dengan syarat yang dikenakan oleh pihak hospital ibu hamil tidak lagi perlu risau dan tertanya-tanya adakah diri anda mengalami diabetis atau pun tidak. Pihak hospital akan membuat ujian tolerasni glukosa (GTT) dua kali sepanjang tempoh kehamilan.

Sekali pada awal kehamilan, dan diulang semula pada minggu ke 24 hingga 28 kehamilan. Ibu hamil perlu berpuasa sebelah malamnya sehingga ujian darah diambil. Ibu hamil juga perlu meminum air glukosa untuk melengkapkan ujian GTT yang dilakukan.

Jika keputusan ujian anda menunjukkan paras gula yang tinggi, anda dinasihatkan untuk mengawal pemakanan supaya bacaan terkawal. In shaa Allah, bacaan akan kembali normal sekiranya anda mengikut saranan dan nasihat yang doktor berikan.

Saya Ada Diabetis. Risaunya Jika Berlaku Komplikasi

Memang tidak dinafikan, jika berlaku perkara yang bukan kebiasaan kita akan panik dan risau. Sama juga jika diserang diabetis, tentu sekali para ibu merasa risau.

Jangan risau wahai ibu hamil. Yang paling penting adalah pengesanan awal. Bila diabetis dapat dikesan dengan awal, dan ibu dapat mengawal pemakanan in shaa Allah tiada masalah yang berbangkit di kemudian hari.

Ikhtiar Dengan Set Diabetis Shaklee

Uniknya Set Diabetis Shaklee ialah, ia sebenarnya memang merupakan Set Hamil Shaklee. Bagi ibu hamil yang amalkan Set Hamil Shaklee, in shaa Allah memang kebal daripada serangan diabetis ketika hamil.

Kenapa begitu? Jom kita lihat satu per satu fungsi set hamil shaklee.

Vitalea : Mengandungi zinc untuk penghasilan insulin

B Complex : Menggalakkan metabolisma gula dan menukarkan gula kepada tenaga

ESP : membantu mengawal insulin dalam darah

Ostematrix : membekalkan magnesium yang diperlukan oleh pesakit kencing manis (kekurangan magnesium antara punca diabetis)

bahaya diabetis ketika hamil

Jika hari ini anda dikesan mempunyai diabetis, usah bertangguh lagi untuk mendapatkan Set Diabetis untuk ibu hamil. Risau kan jika tidak kawal dan ikhtiar lebih awal, risiko untuk anda dan bayi semakin meningkat.

Hubungi saya di 0146692610 sekiranya anda inginkan bantuan saya mengenai set di atas. In shaa Allah saya akan guide anda sebaik mungkin.

**Dan, sekiranya anda rasakan artikel ini bermanfaat dan mungkin boleh membantu kawan-kawan anda yang sedang risau tahap kesihatan mereka, anda boleh kongsikan artikel ini dengan menekan button facebook di bawah.

 

CARA JADI AHLI SHAKLEE

emel : poshykidz@gmail.com 
sms/whatsapp : 0146692610 
ID Shaklee: 894220 

*************************************************************************************************************************

Saya merupakan seorang ibu yang bekerja dari rumah. Dahulunya berjawatan sebagai jurutera di salah sebuah syarikat besar Malaysia, tetapi mengambil keputusan untuk meletak jawatan kerana melihat potensi yang sangat besar dalam bisnes Shaklee. Alhamdulillah, empayar yang saya latih semakin lama semakin berkembang.

Jika anda ibu bekerjaya yang menyimpan niat untuk menjaga sendiri anak-anak di rumah, atau pun anda ingin membantu meringankan beban kewangan suami anda, Shaklee merupakan medium terbaik untuk anda anda menyulam impian anda. Bersama saya, in shaa Allah anda mampu menjana pendapatan dengan hebat, setaraa dengan leader-leader yang berada di bawah kepimpinan saya.

Sertai dan hubungi saya dengan segera.

Ketahui bagaimana untuk berdaftar sebagai ahli Shaklee dan kelebihan menjadi ahli Shaklee

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge