Bell Palsy: Strok Di Bahagian Muka Yang Siapa-Siapa Pun Boleh Kena. Wajib Ambil Tahu!

Assalamualaikum wbt..Salam Sejahtera..

Sejak awal tahun lalu, saya menerima banyak berita orang-orang di sekeliling mengalami minor strok (pemahaman awal saya ketika itu). Boleh dikatakan yang diserang strok lebih kurang sebaya dengan usia saya, awal 30-an. Dalam hati saya, orang muda pun berisiko untuk mendapat strok. Jika dulu, selalu dengar orang berusia sahaja kan?

Yang lebih menakutkan, rakan-rakan yang diserang bukanlah mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat. Mereka gemar bersenam, makan pun bukanlah jenis santap semua yang ada dan masing-masing tidak ada masalah kesihatan pun seperti darah tinggi dan sebagainya. Dengan kata lain, sebelum diserang strok, mereka manusia sihat.

Rasa risau makin menebal. Penyakit ini seperti tiada tanda lebih awal. Tiba–tiba menyerang.

Dan pagi tadi saya dikejutkan dengan whatsapp daripada regular customer saya. Katanya, anak beliau yang berusia 17 tahun diserang bell palsy semalam. Terkejut sangat saya! Muda sangat lagi anak beliau.

rawatan terbaik untuk bell palsy 6.jpg

Apabila membuat bacaan, rupa-rupanya pemahaman saya yang saya katakan awal tadi ialah minor strok adalah kurang tepat. Penyakit ini dikenali sebagai bell palsy, iaitu sejenis penyakit kelumpuhan muka akibat saraf di bahagian tengkorak yang tidak berfungsi dengan baik. Ia menjadikan saraf gagal untuk mengawal otot muka seperti biasa, dan menyebabkan keadaan pancaindera di kawasan muka senget dan seakan-akan ‘jatuh’.

Biasanya ia berlaku dengan tiba-tiba. Ada juga pesakit yang mengalami sakit di bahagian belakang tengkorak atau pun sakit kepala yang teramat sangat sebelum diserang bell palsy. Ada juga yang tiba-tiba bangun pagi dan melihat perubahan pada sebelah wajah mereka.

Takut kan? Anda boleh rujuk artikel dari Utusan Malaysia berkenaan bell palsy.

Punca Bell Palsy

Jika diikutkan, sehingga kini masih belum ada kesahihan punca sebenar bell palsy. Cuma ada sekumpulan penyelidik mengatakan ia berpunca daripada jangkitan virus herpes. Virus herpes ini jugalah penyebab sakit kayap dan juga chicken pox.

Virus ini hidup dalam saraf ganglion yang terdapat dalam telinga kiri atau kanan seseorang. Saya pun memang pernah terbaca ada kanak-kanak yang belum recover sepenuhnya chicken pox, akhirnya mengalami bell palsy. Mungkin disebabkan virus inilah yang semakin hidup dalam saraf seseorang.

rawatan terbaik untuk bell palsy

Ia juga boleh disebabkan oleh virus yang berterbangan daripada manusia lain atau haiwan. Yang ini memang payah untuk kita kawal kerana kehidupan kita sememangnya terdedah kepada persekitaran luar. Cuma boleh tingkatkan antibodi dengan mengambil suplemen dan sentiasa mandi apabila pulang dari menghadiri majlis atau tempat yang dihadiri oleh ramai orang.

Virus ini ‘makan’ otot dan saraf di bahagian muka tetapi hanya pada sebelah kawasan sahaja. Jika dibiarkan atau tidak mendapat rawatan yang sepatutnya, ianya boleh menyebabkan virus makin turun ke bahagian leher dan ke bawah.

Ada juga yang mengatakan tekanan juga salah satu faktor terjadinya bell pasly. Tekanan belajar, kerja, perniagaan, keluarga dan sebagainya boleh menyebabkan masalah ini. Jadi, jika anda rasa tertekan dengan situasi anda sekarang, mungkin anda boleh relax sehari dua untuk elak perkara yang tidak diingini.

Satu lagi penyebab bell palsy ialah kita terdedah kepada penghawa dingin dalam tempoh yang lama. Terutamanya ketika tidur.

Seram juga kan? Lepas ni kalau boleh elak, elakkanlah dari tidur dalam kesejukan penghawa dingin. Sesekali tu bolehlah.

Simptom Bell Palsy

Simptom awal kepada penyakit ini mungkin biasa di kalangan pengidap migrain. Rasa sakit kepala yang teramat sangat dan tekanan yang kuat pada belakang leher. Jadi, mungkin ada yang berpendapat sakit kepala biasa. Hanya dengan menelan panadol, sakit boleh hilang.

Namun, jika ianya Bell Palsy, anda dapat rasakan susulan simptom-simptom seperti di bawah:

  • lidah terasa kebas
  • muka kebas, dan senget
  • mulut tidak boleh ditutup dengan sempurna sehingga mengganggu percakapan, aktiviti makan dan minum, berkumur dan apa jua yang berkaitan mulut
  • mata tidak boleh ditutup atau dibuka dengan sempurna seperti kebiasaan

rawatan terbaik untuk bell palsy 6.jpg

Simptom-simptom ini berterusan sehingga anda dapat melihat dengan jelas wajah anda herot atau senget apabila memandang cermin. Apabila anda memegang wajah yang terjejas, anda dapat rasakan tulang muka dengan jelas kerana otot dan saraf telah ditarik oleh bahagian muka yang sebelah lagi.

Rawatan Oleh Doktor

Apabila anda berjumpa doktor dan doktor sahkan anda dijangkiti  bell palsy, kebiasaan doktor akan memberikan beberapa jenis ubatan seperti steroid, antivirus, ubat titis mata dan sebagainya. Doktor juga akan menyarankan pesakit membuat fisiologi untuk menguatkan otot terjejas dan memberi stimulasi kepada saraf yang terlibat.

Rawatan Alternatif

Saya faham apabila anda diserang penyakit bell palsy, sudah tentu anda sangat panik dan mengikut saranan yang dicadangkan oleh doktor.

  • Vitamin B

Antara saranan doktor ialah untuk mengambil vitamin B12 yang juga dikenali sebagai Methycobal. Kebanyakan pesakit bell palsy perlu mengambil ubat dalam tempoh masa yang agak lama memandangkan proses baikpulih saraf bukanlah boleh dibuat dalam tempoh yang sekejap.

Maka, tahu-tahulah jika pengambilan ubatan kimia dalam tempoh yang lama juga akan mendatangkan kesan yang tidak bagus. Sebab itulah, anda sangat disarankan untuk mengambil vitamin B12 yang terdapat dalam suplemen semulajadi seperti B Complex Shaklee.

B Complex Shaklee sangat membantu untuk proses baikpulih dan melegakan saraf anda. Ia juga baik untuk bagus untuk mengurangkan keradangan saraf dan mengelakkan kematian saraf dan sel-sel yang terlibat.

  • Vivix

Vivix merupakan minuman kesihatan yang dihasilkan daripada anggur muscadine, elderberi dan purple carrot. Gabungan tumbuhan ini menghasilkan satu minuman yang sangat lengkap dan bagus untuk membantu baikpulih dna yang sering sahaja terdedah kepada virus di sekeliling.

Ia membantu untuk meningkatkan antibodi dan juga mempercepatkan proses baikpulih penyakit bell palsy. Kadar penyembuhan secara total in shaa Allah akan lebih cepat berbanding dengan pesakit yang tidak mengambil Vivix.

rawatan terbaik untuk bell palsy

Anda boleh lihat beberapa testimoni yang saya kongsikan di bawah:

rawatan terbaik untuk bell palsy 10

 rawatan terbaik untuk bell palsytestimoni 1

rawatan terbaik untuk bell palsytestimoni 2

rawatan terbaik untuk bell palsytestimoni 3

rawatan terbaik bell palsy testimoni 4

rawatan terbaik untuk bell palsy 13testimoni 5

Tempoh penyembuhan secara total bagi kebanyakan pesakit ialah enam bulan. Tetapi dengan bantuan B Complex dan Vivix Shaklee, in shaa Allah tempohnya akan menjadi lebih singkat.

Selagi boleh berusaha untuk pulih dengan cepat, usahalah. Bagi kebanyakan pesakit, selain dari kesakitan yang dialami, mereka juga mempunyai perasaan trauma dan rendah diri untuk bertemu orang lain.

Jika anda atau ada saudara mara yang mengalami masalah bell palsy ini, rawat sakit anda dengan cepat dan boleh berusaha dengan Set Bell Palsy Shaklee. Mudah-mudahan tempoh baikpulih saraf yang terjejas menjadi lebih cepat dan anda boleh jalani kehidupan anda seperti biasa.

Jika anda mahukan konsultasi dari saya, anda boleh hubungi saya di 0146692610. Atau jika anda ingin membuat belian secara terus melalui website Shaklee, anda boleh klik gambar di bawah.

anak mengantuk dalam kelas 7

CARA JADI AHLI SHAKLEE

emel : poshykidz@gmail.com 
sms/whatsapp : 0146692610 
ID Shaklee: 894220 

3 comments for “Bell Palsy: Strok Di Bahagian Muka Yang Siapa-Siapa Pun Boleh Kena. Wajib Ambil Tahu!

  1. November 11, 2015 at 11:39 pm

    Ingat-ingat ala-ala minor stroke.
    Macam orang terkena renjatan letrik.
    Tapi ada simptom disebaliknya.
    Azeni Ahmad recently posted…3 Perkara Wajib Buat Lepas Pemeriksaan KesihatanMy Profile

  2. ayu
    January 22, 2016 at 5:49 am

    OWH, SAYA PUN INGAT IA ADALAH MINOR STROKE..TERIMA KASIH INFO.
    ayu recently posted…KENALI TIROID ; PUNCA, GEJALAN DAN CARA MERAWAT TIROIDMy Profile

  3. Sharifah
    December 10, 2016 at 5:52 am

    Boleh ke kita cegah dr awal sekiranya kita menggalami tanda2 diatas.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge