Bengkak Kaki Ketika Hamil. Bahaya Ke?

Assalamualaikum wbt..Salam Sejahtera..

Teringat saya pada seorang rakan ketika bekerja dahulu. Kaki rakan saya yang sedang hamil lapan bulan bukan main bengkak lagi. Bermula dari buku lali, sehingga ke jari-jemari kaki. Jalannya pun nampak tidak selesa.

Saya tidak pernah alami kaki bengkak ketika hamil. Hamil anak pertama, kedua dan ketiga masih belum punya pengalaman berkaki bengkak. Jadi, saya kurang pasti adakah ianya sakit atau tidak. Tetapi, menurut rakan saya ianya tidak menyakitkan. Tetapi kurang selesa.

Kaki bengkak ketika hamil juga dikenali sebagai edema.

tips elak kaki bengkak ketika hamil

Bagaimana Edema Boleh Terjadi?

Bengkak ketika hamil bukan sahaja tertumpu pada kaki. Ada juga wanita yang mengalaminya di bahagian tangan atau muka. Tetapi, kebanyakannya memang tertumpu pada kaki.

Ianya terjadi apabila badan kita mempunyai lebihan cecair ketika hamil, di mana badan kita menghasilkan lebihan 50% air dan darah bagi menyokong perkembangan janin. Cecair ini banyak berkumpul di bahagian kaki terutamanya jika pekerjaan anda memaksa anda untuk sentiasa duduk di pejabat atau di dalam kenderaan.

Terdapat juga faktor lain yang menyebabkan kaki anda bengkak. Antaranya ialah:

  • makan makanan yang kurang kalium (pottasium)
  • pengambilan makanan yang masin dengan kerap dan banyak
  • cuaca yang sangat panas
  • meminum minuman berkafein seperti kopi terlalu banyak. Anda boleh gantikan dengan minuman tenaga yang lebih sesuai untuk ibu hamil
  • berdiri/duduk terlalu lama

Tips Untuk Mengurangkan Edema

  • Elakkan daripada berdiri atau duduk dalam tempoh yang lama. Sesekali lakukan regangan untuk melancarkan peredaran darah
  • Kurangkan pengambilan minuman berkafein
  • Kurangkan pengambilan garam dalam kuantiti yang tinggi
  • Elakkan berpanas di luar dalam tempoh yang lama
  • Makan makanan yang tinggi potassium seperti pisang
  • Tinggikan posisi kaki anda ketika tidur dengan melapik beberapa biji bantal di bawah kaki
  • Elakkan penggunaan kasut tumit tinggi
  • Elakkan pakaian yang ketat di bahagian pergelangan tangan, kaki atau buku lali
  • Boleh cuba untuk mandi air suam
  • Boleh cuba untuk letakkan ais pada tempat bengkak
  • Banyakkan meminum air kosong

tips elak kaki bengkak ketika hamil

Adakah Edema Bahaya?

Ianya tidak berbahaya, tetapi awas jika anda dapat mengesan saiz bengkak yang berbeza antara kedua-dua belah kaki. Begitu juga sekiranya anda mengalami bengkak pada bahagian muka atau tangan secara tiba-tiba. Ia mungkin petunjuk bahawa anda mengalami pre-eclampsia. Rujuk doktor anda dengan segera jika anda berasa ragu-ragu dengan tahap kesihatan anda.

Anda juga boleh membuat rujukan di akhbar utusan tentang edema ketika hamil.

Jangan lupa untuk kongsikan artikel ini bersama rakan anda yang mungkin sedang rimas berdepan masalah edema.

Anda juga mungkin tertarik untuk membaca artikel

1 comment for “Bengkak Kaki Ketika Hamil. Bahaya Ke?

  1. August 29, 2017 at 3:45 pm

    terima kasih puan atas info bermanfaat :D

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge