Betul Ke Soya Tidak Elok Untuk Ibu Hamil?

Assalamualaikum wbt…Salam Sejahtera…

Pagi tadi ketika dalam perjalanan pulang dari kelas, saya berborak dengan seorang sahabat yang sememangnya sudah berusia dari saya. Anaknya yang sulung sedang hamil. Maknanya, beliau dalam proses untuk menimang cucu pertama la.

Tentu sekali sahabat saya ini sangat teruja. Macam-macam soalan ditanya kepada saya yang kebanyakannya merangkumi soal pemakanan ibu hamil. Katanya lagi, anaknya sudah mula berpantang itu ini supaya perjalanan kehamilan tidak mempunyai masalah.

Kemudian cerita kami menular pula kepada minuman soya. Kata sahabat saya yang dikenali sebagai Kak Lia, zaman dahulu jika hamil memang mak-mak kena minum soya. Supaya kulit anak menjadi cerah dan bersih. Tetapi berbeza dengan zaman sekarang, bila ibu hamil minum soya kulit anak yang dikandung akan menjadi sensitif dan kebarangkalian mendapat eczema sangat tinggi.

betul ke soya tidak elok untuk ibu hamil

Ibu Hamil Dan Air Soya

Memang tidak dinafikan ramai ibu hamil yang mengambil soya secara kerap sepanjang kehamilan dikurniakan anak yang kulitnya cerah dan bersih. Tetapi di sebalik kulit yang cantik itu, peluang untuk anak tadi mendapat masalah kulit sangat tinggi. Anak kawan saya terpaksa dimandikan dengan sebamed sehingga kulitnya benar-benar tahan dengan sabun lain.

Tetapi sebenarnya, bukan semua soya yang memberi kesan tidak bagus kepada anak-anak dalam kandungan. Pastikan anda mengelakkan diri dari meminum soya yang dijual di pasaran luas.

Kenapa?

Soya yang terdapat di pasaran adalah soya yang sudah diubah secara genetik. Diubah secara genetik bermaksud proses kematangan buah soya tidak berlaku secara alami. Disuntik dan ditambah bahan kimia dalam pemprosesan adalah perkara biasa.

betul ke soya tidak elok untuk ibu hamil

Suntikan pada pokok memang menjadi kebiasaan supaya soya yang ditanam cepat matang dan boleh diproses dalam tempoh yang sekejap. Biasalah, pihak pengeluar kalau boleh hari ini tanam, esok terus nak guna. Kos akan menjadi lebih murah apabila buah cepat matang kerana penjagaan yang lama tidak diperlukan.

Itu belum lagi masuk bab mencuci soy flakes. Ia seharusnya dicuci dengan air supaya kandungan isoflavones tidak musnah. Kebanyakan pengeluar minuman soya menggunakan alkohol untuk mencuci soy flakes kerana ia mudah dan cepat. Hasilnya, banyak kandungan nutrisi seperti isoflavones musnah sedangkan ia membantu mengurangkan risiko kanser dan membantu menyeimbangkan hormon.

Ada Ke Soya Yang Selamat?

Tentu sekali ada. Anda hanya perlu memilih soya yang dihasilkan secara natural, tanpa melibatkan penggunaan bahan kimia samada dalam bentuk suntikan atau ketika pemprosesannya.

Sama seperti ayam jugak kan? Kalau boleh dielak makan ayam yang kena suntik, elakkanlah.

Jadi, nak pilih soya mana satu untuk diminum ketika hamil? Ok, jawapannya ada di sini. Terus rujuk tips no 6 dalam artikel tersebut ya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge