Ketiak Hitam? Ouchhh…Malunya! Saya Ada Petua Hilangkannya.

Assalamualaikum wbt..Salam Sejahtera..

Ketiak hitam? Aduh-aduh..malunya! Memanglah keluar rumah bertudung dan tiada siapa pun yang dapat melihat kerak-kerak pada ketiak, tetapi suami kita mesti nampak kan? Diri sendiri yang tengok pun rasa nak muntah.

petua hilangkan hitam pada ketiak

Kehamilan kali ini memang berbeza dari kehamilan-kehamilan sebelum ini. Sebelum ini, warna ketiak macam biasa sahaja. Tiada perubahan sebelum dan ketika hamil.

Untuk kali ini, awal-awal hamil pun sudah nampak ketiak berkerak. Puas disental, masih belum mahu keluar dakinya. Sadis rasanya.

Kemudian saya mula google petua hilangkan daki pada ketiak. Kemudian saya terjumpa satu fakta yang mengatakan leher dan ketiak wanita hamil akan berubah menjadi hitam dan nampak berdaki sekiranya mengandungkan bayi lelaki. Ianya disebabkan oleh perubahan hormon.

Ohh..padanlah sebelum ini ketiak saya OK. Cuma kali ini ketiak saya berdaki. Ada logiknya di situ walau faktanya tidak disokong dengan mana-mana kajian.

Katanya lagi, walau disental dengan sabun paling mahal sekalipun, walau pelbagai petua dicuba, memang ketiak wanita hamil akan kekal gelap dan nampak berdaki sehinggalah bersalin. Sejurus selepas bersalin, daki ini akan hilang secara beransur-ansur.

Berita baik buat saya, ianya akan hilang juga nanti. Bukan apa, bila ketiak hitam nampak macam pengotor sangat. Ketiak pun tidak mampu nak jaga kan?

Eh..tetapi bagaimana pula dengan anda yang tidak hamil tetapi punya masalah ketiak hitam? Jom kita lihat apakah punca-punca terjadinya masalah ini.

Punca Ketiak Hitam/Berdaki

  1. penggunaan deodoran yang tidak sesuai
  2. menggunakan produk pewangi yang mengandungi bahan kimia penyebab kulit menjadi gelap
  3. teknik dan tabiat mencukur yang salah sehingga berlaku luka dan ada kesan parut
  4. sel kulit mati kerana penjagaan yang tidak sempurna
  5. hormon dan genetik
  6. malas mandi walaupun melakukan aktiviti yang berpeluh
  7. memakai pakaian yang terlalu ketat terutama bahagian lengan dan ketiak

Petua Hilangkan Ketiak Hitam

Kapur Dan Perahan Limau

petua hiangkan hitam pada ketaik

Petua ni saya memang perasan mak saya memang selalu guna. Saya memang perasan selalu sangat kapur ada dalam bilik air. Rupa-rupanya digunakan untuk memutihkan ketiak.

Caranya mudah sahaja. Campurkan sedikit kapur dan perahan limau nipis. Kemudian sapu pada ketiak dan biarkan selama 15minit. Amalkan setiap hari sehingga puas hati dengan tahap keputihan ketiak anda.

Campuran kapur dan perahan limau bukan sahaja boleh memutihkan ketiak tau. Anda juga boleh sapukan pada celah kelangkang atau leher yang kehitaman.

Bila konsisten menggunakan petua, in shaa Allah akan nampak hasilnya nanti.

Guna Buah Betik

Parut buah betik yang hampir masak. Lumurkan pada ketiak setiap kali anda selesai mandi. Lakukannya secara konsisten.

Beras Dan Sireh

Mula-mula, kisar beras sehingga halus. Kemudian tumbuk lumat beberapa helai daun sirih. Campurkan kedua-dua bahan dan sapukan di tempat bermasalah. Jika ketiak yang hitam, sapulah pada ketiak.

Biarkan beberapa ketika, dalam 10 hingga 15 minit. Kemudiannya bilas sehingga bersih.

Jika Rasa Renyah Dengan Petua, Saya Ada Cara Yang Lebih Mudah!

Tidak semua yang mempunyai banyak masa untuk kecantikan, apatah lagi jika terpaksa menumbuk, mengisar bahan-bahan yang ingin dijadikan masker. Sekarang, ramai yang memilih cara instant atau ready made. Maklumlah, masing-masing sibuk bekerja.
Keluar pagi, balik malam. Rutin yang sama saban hari. Kalau ada pun masa terluang hanya pada hujung minggu. Jadi, bila menempek masker tradisional secara tidak konsisten, maka hasilnya juga lambat dan mungkin langsung tidak berhasil.
Jangan risau kerana saya ada cara yang lebih mudah! Minum sahaja Energizing Soy Protein (ESP) setiap pagi untuk memastikan ketiak anda kembali cerah.
cara hilangkan stretch mark
Protein soya memang sudah lama terkenal sebagai salah satu bahan untuk memutihkan kulit wajah dan kulit badan. Fungsi protein soya yang utama ialah menggantikan sel-sel yang rosak dan lama kepada sel-sel yang lebih sihat, dan berkualiti.
Penggunaan ESP secara konsisten akan menggalakkan sel-sel lama dan daki di bahagian ketiak mula luruh dan digantikan dengan yang baru. Kerana itulah, ketiak yang hitam akan berubah menjadi ketiak yang semakin hari semakin sihat dan cerah.
Senang pun senang kan?
In shaa Allah, mungkin masalah ketiak hitam saya akan berlalu dengan cepat kerana ESP sememangnya terdapat dalam set pantang dan set menyusu yang bakal saya gunakan selepas bersalin nanti. Itu yang paling saya seronok tentang ESP. Dalam satu canister, pelbagai manfaat yang kita boleh dapat.
Jika anda juga ada masalah seperti saya atau masalah celah peha dan leher yang kehitaman, jangan segan untuk hubungi saya di 0146692610. Saya akan kongsikan cara makan ESP supaya ianya berkesan untuk anda.

2 comments for “Ketiak Hitam? Ouchhh…Malunya! Saya Ada Petua Hilangkannya.

  1. February 3, 2016 at 12:29 am

    Wah, tak sangka ESP boleh membantu atasi masalah ni
    Fatin recently posted…Review Pince & Pints Lobster @ Bangsar, Kuala LumpurMy Profile

  2. nur syahidah
    May 13, 2016 at 5:10 pm

    Boleh buat banyak2 . Lepas tu simpan . Boleh ke ?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge