Rawatan Terbaik Untuk Penyakit Psoriasis, Sakit Kulit Yang Seakan Eczema.

Assalamualaikum wbt..Salam Sejahtera..

Dalam keluarga kami, memang ada beberapa orang yang mengalami penyakit kulit seperti gatal-gatal dan eczema. Malah anak saya yang sulung memang dari kecil lagi kami dah diagnose dia ada masalah eczema. Makin besar, makin tahu jaga diri dan kebersihan, dan pengambilan suplemen kulit secara berterusan, alhamdulillah eczemanya terkawal.

Abang ipar saya juga mengidap sakit kulit yang agak kronik iaitu psoriasis. Kadang-kadang terpaksa ambil cuti dan ambil suntikan kecemasan akibat gatal yang tidak tertahan. Kadang-kadang cuaca yang teramat sejuk atau teramat panas juga menjadi faktor kulitnya semakin menebal.

cara terbaik ubati psoriasis

Kasihan sangat apabila melihat keadaan beliau. Ada kalanya muka membengkak, dan bekas kulit yang digaru berdarah. Saya perasan juga tempat dia baring selalu ada habuk. Rupa-rupanya ia merupakan habuk yang beliau kopek di kawasan yang menebal.

Kita yang melihat rasa kasihan, apatah lagi beliau yang menanggung. Dan saya yakin, pergerakannya sangat terbatas. Terutama apabila terpaksa berdepan dengan orang yang baru dikenali.

Sakitnya memang agak krtitikal, ditambah lagi dengan penyakit asma. Ya, asma memang sentiasa dikaitkan dengan penyakit kulit. Bila kedua-duanya menyerang serentak, memang tidak boleh bangun. Seharian akan berlingkar di perbaringan, tidak mampu berbuat apa-apa.

Kebetulan kakak saya, iaitu isteri kepada beliau merupakan ahli Shaklee. Beliau telah mencuba Vivix kepada abang ipar saya. Alhamdulillah, botol pertama pun sudah nampak kesan.

Kulit-kulit yang tebal dan menggerutu diganti dengan kulit yang baru. Wajah juga nampak kemerah-merahan, jauh beza dengan keadaan yang asyik bergantung kepada suntikan dan ubatan hospital.

Sudah jarang nampak beliau tergaru dan mengopek kulitnya yang tebal. Serangan asma juga semakin berkurangan. Langkahnya juga kian gagah dan lebih berkeyakinan.

Syukur, setelah bertahun mencuba pelbagai rawatan, tanpa mengira alternatif atau ubatan hospital tetapi tidak menjadi. Akhirnya Allah temukan abang ipar saya dengan Vivix yang terbukti banyak sangat membantu mengubati sakit beliau.

**maaf ya, saya tidak dibenarkan untuk berkongsi wajah beliau atas sebab-sebab tertentu.

Apa itu penyakit Psoriasis?

cara terbaik untuk kawal penyakit psoriasis

Jangan salah faham apabila anda melihat seseorang yang kulitnya menggerutu atau menebal. Jangan pula rasa risau atau jijik kerana mungkin orang yang anda lihat menderita sakit psoriasis. Penyakit ini bukanlah penyakit berjangkit yang boleh anda dapat apabila membuat sentuhan dengan mereka.

Oleh itu, buat macam biasa sahaja. Tindak tanduk anda yang seakan-akan takut untuk mendekati mereka menyebabkan keyakinan mereka semakin berkurang.

Penyakit ini terjadi apabila sel-sel kulit mengalami proses matang terlalu cepat berbanding sel-sel kulit normal. Biasa sel kulit kita mengambil kitaran masa 28 hingga 30 hari untuk matang. Berbeza dengan pesakit psoriasis, sel kulit mereka hanya mengambil 3 hingga 6 hari untuk matang! Memang perbezaan yang sungguh nyata.

Apabila proses kematangan berlaku dengan cepat, sel-sel ini bergerak ke atas menuju ke permukaan kulit dan menghasilkan sisik-sisik tebal. Ia akan mengakibatkan saluran darah di bawah kulit menjadi lebar dan meningkatkan aliran darah.

Agak mudah untuk mengenalpasti penyakit ini. Kebiasaannya terdapat bahagian-bahagian badan yang bertompok-tompok dan bersisik. Bahagian badan yang sering diserang ialah siku, lutut, kulit kepala, dada dan bahagian belakang.

Lebih menyeksakan, terdapat juga individu yang diserang di bahagian sulit. Ternyata, penyakit ini sememangnya payah untuk diubati. Ubatan yang diambil kebanyakannya untuk mengawal dan bukannya untuk menyembuhkan secara seratus-peratus.

Punca Psoriasis

Banyak kajian mengatakan punca kepada penyakit ini adalah genetik. Bermakna jika kita mempunyai penyakit ini, anak atau susur galur kita kemungkinan besar akan dapat jugak penyakit ini. Cuma yang membezakan teruk atau tidak sahaja.

Selain itu, ia juga berpunca daripada

  • infeksi
  • alah kepada beberapa jenis ubatan kimia
  • mengalami tekanan
  • cuaca yang terlalu panas atau terlalu sejuk
  • perokok atau peminum arak tegar

Namun, pesakit psoriasis sangat bernasib baik kerana penyakit ini tidak menjejaskan hubungan intim antara suami isteri. Begitu juga untuk ibu hamil, anak di dalam kandungan tidak akan mendapat apa-apa kesan  hanya kerana ibunya mengidap psoriasis.

 Vivix Membantu Pesakit Psoriasis Kembali Ceria Dan Sihat

Vivix merupakan minuman botanikal yang sangat tinggi kandungan antioksidanya. Ia membantu untuk memulihkan beberapa penyakit kritikal di peringkat sel. Apabila sel sihat, in shaa Allah badan pun akan sihat.

rawatan terbaik untuk psoriasis 2

Begitulah cara vivix bertindakbalas. Segala sel yang rosak akan disingkirkan dan digantikan dengan sel-sel baru. Sebab itulah pengidap sakit kulit seperti psoriasis sangat digalakkan mengambil vivix sebagai usaha untuk membantu mengawal penyakit ini.

Jom kita tengok testimoni yang ada.

rawatan terbaik untuk psoriasis 2

rawatan terbaik untuk psoriasis 2

Diharapkan artikel ini akan membantu anda memahami penyakit ini dengan lebih baik. Jika ada kenalan atau keluarga anda yang mengidap penyakit ini, boleh cepat-cepat hubungi saya di 0146692610 untuk keterangan lanjut.

In shaa Allah saya akan cuba bantu anda sebaik mungkin.

6 comments for “Rawatan Terbaik Untuk Penyakit Psoriasis, Sakit Kulit Yang Seakan Eczema.

  1. jue
    December 29, 2015 at 12:00 am

    Salam. Nk tnya brp hrga vivix dan brp burn utk mnjdi ahli?

  2. Ayyub
    May 2, 2016 at 10:35 pm

    Boleh saya tahu harga produk dan kos kirim ke jb.

  3. August 30, 2016 at 12:02 am

    Salam kak, mcm mn nk dptkn vivix? Tq

    • August 30, 2016 at 9:09 am

      boleh whatsapp akak di 0146602610

  4. che yoem
    October 22, 2016 at 11:39 am

    brpa hrga produk vivix ni?
    dn d mna sy blh dptkn prodok ni ya??

  5. November 5, 2017 at 8:55 pm

    memang susah nak sembuh penyakit psoriasis ni tau…huhuhu mujurlah saya jumpa ubat yang serasi
    MaMa Chantique recently posted…Ubat Penyakit Kulit Psoriasis- Dah Pelbagai Jenis Ubat Dicuba Namun HampaMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge