Tips Berpantang Sendiri. Pasti Boleh!!

Assalamualaikum wbt..Salam Sejahtera..

Semakin dekat dengan due kelahiran, semakin berdebar pula rasanya. Semakin banyak perkara-perkara yang difikirkan. Lebih-lebih kali ini akan berpantang sendiri. Risau sebenarnya. Takut tidak mampu handle perkara-perkara yang sudah menjadi kelaziman sebelum bersalin. Sebab itulah saya mencari tips berpantang sendiri di internat.

Maklumlah ibu sendiri sudah tiada. Jadi kena ikhtiar bagaimana cara paling mudah untuk berpantang sendiri. Dalam pantang ni banyak kena jaga-jaga. Kalau semua nak buat sendiri, boleh jadi bentan atau meroyan pula. Lagi mengundang masalah.

tips berpantang sendiri

Jadi, jom kita buat checklist!

Tips Berpantang Sendiri

  • Bidan Mengurut

Sebenarnya saya agak terlambat bab bidan ini. Sebab bidan yang saya nak book sudah pun tidak mengambil upah mengurut dan menjaga orang dalam bersalin.

tips berpantang sendiri

Kebetulan kaki dan sendi-sendi saya lenguh selepas pulang dari bercuti tempoh hari, saya pergi berurut dengan seorang makcik berhampiran rumah saya. Alhamdulillah, beliau memang ada kepakaran menjaga wanita dalam pantang kerana bekas jururawat bahagian nursing. Siap pernah ke Saudi untuk mengurut wanita di sana ketika bekerja dahulu.

Saya tidak pasti harga bidan zaman sekarang. Sebelum ini, ada juga bertanya. Mahal ya sekarang. Nak amik seminggu pun sudah cecah seribu ringgit.

Bidan ni saya rasa rate beliau berpatutanlah jugak dengan tugasan yang beliau akan lakukan. Rm130 sehari merangkumi mengurut, pakaikan bengkung, mandikan bayi, bertungku dan masakkan makanan dalam pantang. In shaa Allah, semoga adalah rezeki beliau menjaga saya nanti dalam pantang.

Bidan mengurut memang tersangat penting bagi saya. Beliaulah yang akan memastikan kedudukan rahim kita kembali elok dan bertanggungjawab menjaga kesihatan dalam dan luaranĀ  badan kita. Sebab itu, kalau boleh kena cari bidan yang betul-betul pandai.

  • Makanan Dalam Pantang

Satu lagi perkara yang agak merisaukan saya. Dalam tempoh bidan jaga, in shaa Allah tiada masalah bagi saya. Bila bidan sudah tamat temph perkhidmatannya, kenalah buat sendiri.

resepi mudah ibu dalam pantang

Sebelum bersalin, memang kena banyak bincang dengan suami. Pilihlah waktu yang tenang untuk berbincang supaya suami faham keadaan wanita dalam pantang bukan boleh buat sesuka hati. Saya memang pesan pada suami tempoh awal kelahiran nak minta suami masakkan makanan dalam pantang

Kebetulan suami saya memang pandai masak. Cuma risau beliau kelam-kabut kerana perlu ke pejabat seawal 7.30 pagi. Jadi, saya sudah sediakan beberapa menu mudah ibu berpantang yang suami pun boleh masakkan.

Memandangkan kita ibu menyusu, jadi masalah kerap lapar memang perkara biasa. Jadi, saya akan sediakan beberapa makanan/peralatan untuk pastikan badan tidak masuk angin dan kelaparan ketika suami keluar bekerja.

Checklist item yang perlu berada di tingkat atas (memandangkan saya akan berada di bilik tingkat atas)

  • thermos
  • toaster
  • whole meal bread
  • butter/jem
  • minuman Vico
  • minuman Tamar Cocoa
  • ESP
  • air masak
  • biskut
  • buah-buahan seperti pisang, epal atau anggur

Bila semua sudah ada di tingkat atas, saya tidak perlu lagi untuk turun ke bawah apabila kelaparan. Untuk tukarkan air panas atau restock makanan, kita boleh minta bantuan daripada suami apabila beliau pulang dari pejabat.

  • Part-Time Maid

Bagi yang sudah mempunyai pembantu rumah, Alhamdulillah sudah tidak perlu fikirkan lagi tentang kebersihan rumah. Tetapi macam saya yang tiada pembantu, memang wajar untuk cari pembantu sementara.

tips berpantang sendiri

Mungkin tidak perlu datang setiap hari. Jika dapat datang selang tiga hari pun sudah memadai. Duit pun boleh jimat kan?

Antara tugasan pembantu ialah menyapu dan mengemop lantai, basuh tandas (paling penting), bersihkan halaman depan dan perihal laundry. Hari yang pembantu tidak datang, mungkin boleh minta bantuan suami untuk settlekan bahagian laundry.

  • Set Berpantang

Ada banyak set berpantang yang ada di pasaran. Sediakan wang, pilih sahaja yang mana berkenan di hati. Sebelum itu, jangan lupa untuk survey dahulu.

Berpantang untuk kedua-dua anak sebelum ini saya memilih set berpantang Nona Roguy. Tetapi kerana kedua-dua anak saya mengalami jaundis, memang kena tunggu lama sebelum boleh mula makan jamu.

Untuk kali ini, saya menggunakan Set Berpantang Shaklee yang sah-sah boleh diambil walaupun anak jaundis. Lagi satu, ianya sangat sesuai untuk ibu berpantang sendiri kerana tidak renyah dan leceh.

Tips Tambahan

  • Sediakan Peralatan Berpantang Sejak Awal

Kalau lepas bersalin baru nak cari, memang boleh mengundang stress. Jadi sediakan peralatan berpantang sejak awal.

  • Bengkung – sediakanlah lebih dari sehelai. Bukan apa, bengkung yang kita pakai tu bahagian perutnya kita sapu krim herba. Jika 40 hari berpantang tanpa dibasuh, risau pula badan jadi gatal.

Lebih-lebih lagi, perut adalah bahagian yang hampir dengan tempat menyusu bayi. Oleh itu, eloklah bengkung tersebut dibasuh selepas beberapa hari digunakan.

Cara memakai bengkung juga anda perlu tahu sebelum bersalin lagi. Barulah mudah untuk dipakai apabila tiba masanya.

Jangan abaikan pemakaian bengkung tau walaupun memang kita rasa renyah, terutama jika memakai bengkung jawa yang panjang bermeter-meter itu. Wajib pakai supaya badan langsing kembali macam Che Ta!

Anda boleh juga refer tips kurus selepas bersalin.

  • Batu Tungku – wanita bersalin memang perlu bertungku untuk memecahkan darah beku, memecahkan angin dan mengecutkan peranakan. Setiap kali bertungku disarankan dalam 20 hingga 25 minit.
  • Mandian Herba – Saya memang suka dengan mandian herba. Badan akan terasa segar dan terasa lebih bertenaga.

Ketika berpantang di kampung dulu, arwah emak sediakan daun-daun dan direbus untuk dibuat mandian. Semerbak harum satu rumah. Kalau pantang sendiri, tak payah mimpilah. Guna sahaja yang ready made. Banyak dijual di kedai-kedai jamu.

Setakat yang saya pernah cuba ialah mandian herba Nona Roguy. Anda boleh cuba!

  • Pam Susu – salah satu item yang sangat penting untuk pastikan anda tidak mengalami bengkak susu. Pada permulaan, mungkin susu agak lambat untuk keluar. Tetapi bila sudah masuk minggu kedua, susu akan bertambah banyak sedangkan demand bayi mungkin tidak sebanyak itu. Haa..masa inilah pentingnya pam susu.

tips berpantang sendiri

Satu lagi ianya sangat diperlukan untuk menyimpan stok susu untuk bekalan kepada pengasuh apabila naik kerja nanti.

  • Hantar Anak Yang Kecil Ke Rumah Pengasuh Atau Taska

Kata orang, bayi yang baru dilahirkan mudah sahaja untuk diuruskan. Tetapi yang manjadi masalah ialah kakak atau abang kepada bayi baru lahir.

Jarak kelahiran anak saya agak jauh. In shaa Allah saya tidak berdepan dengan perkara-perkara yang memeningkan kepala yang dilakukan anak-anak kerana anak saya paling kecil pun sudah berumur 5 tahun pada tahun hadapan.

Tetapi jika anak-anak anda masih kecil, memang sangat perlu untuk menghantar mereka ke rumah pengasuh. Bukan kerana tidak sayang pada anak. Kerana sayanglah kita perlu hantar. Risau nanti kita tertekan dan marahkan anak-anak pula.

Hati anak-anak bukan tidak sensitif tau. Bimbang dia rasakan adiknya yang baru mula take over kasih sayang mamanya. Untuk elakkan perkara sebegini terjadi, eloklah dihantar anak yang aktif dan lasak ke rumah pengasuh.

Saya berharap sangat urusan berpantang saya kali ini dipermudahkan oleh Allah. Harap bayi yang bakal lahir sihat sempurna dan amat mudah untuk diuruskan. In shaa Allah.

Jangan lupa untuk kongsikan tips berpantang sendiri kepada teman anda sekiranya mereka juga senasib dengan saya, kena pantang sendiri.

 

2 comments for “Tips Berpantang Sendiri. Pasti Boleh!!

  1. ninimuhammad
    April 22, 2017 at 5:38 pm

    Salam perkenalan dari saya , Nini. Dari blog http://www.ninimuhammad.com
    Seronok dengar pengalaman ni. Ada ilmu yang boleh dipelajari.
    Jom singgah blog saya juga. Ada sedikit perkongsian berkaitan info dan tips.
    Klik link ni : http://www.ninimuhammad.com/search/label/kerusi%20berpantang

    Salam kenal dari saya =)

  2. ninimuhammad
    April 23, 2017 at 10:27 am

    Salam perkenalan dari saya , Nini. Dari blog http://www.ninimuhammad.com
    Seronok dengar pengalaman ni. Ada ilmu yang boleh dipelajari.
    Jom singgah blog saya juga. Ada sedikit perkongsian berkaitan info dan tips.
    Klik link ni : http://www.ninimuhammad.com/search/label/ketahui%20perihal%20bengkak%20susu

    Salam kenal dari saya =)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge