Kerap Hamil Tetapi Asyik Gugur. Apa Puncanya?

Assalamualaikum wbt..Salam Sejahtera..

Minggu lalu saya dihubungi dua pelanggan bertanyakan tentang masalah kesuburan mereka. Kebetulan kedua-duanya kerap kali hamil tetapi sentiasa gugur. Sudah bertahun kahwin, diberi harapan untuk beberapa ketika dan akhirnya musnah.

kerap hamil tetapi asyik gugur

Pelanggan pertama sudah pun berkahwin 4 tahun dan pelanggan kedua sudah masuk tujuh tahun berkahwin.

Sungguh…jika saya berada di tempat mereka, saya tidak kuat. Dalam setahun, dua tiga kali hamil dan kemudiannya gugur. Sudah banyak ulang alik ke klinik kesuburan, sudah bermacam cara diguna. Hampa..

Sepanjang sesi konsultasi, banyak soalan saya tanyakan. Antaranya mengenai suami mereka. Adakah suami mereka merokok. Dan tepat, keduanya mempunyai suami perokok tegar.

Sebelum ini kita biasa dengar punca keguguran ialah rahim wanita tidak kuat, sel telur wanita yang tidak berkualiti dan banyak lagi masalah yang puncanya dari wanita. Anda boleh rujuk artikel terdahulu saya penyebab keguguran berulang.

Saya pun pada mulanya anggap begitu sehinggalah saya terbaca status tentang punca wanita kerap gugur yang diulas oleh Dr Zubaidi. Rupa-rupanya lelaki juga penyumbang utama apabila si isteri kerap kali hamil kemudian keguguran.

Anda boleh baca artikel penuh Dr Zubaidi tentang masalah ini.

Kenapa Suami Jadi Penyumbang Isteri Kerap Hamil Tetapi Asyik Gugur

Sudah tentu ianya disebabkan oleh sperma lelaki yang tidak berkualiti.

Lelaki merokok, terutamanya perokok tegar kebanyakannya (bukan semua) mempunyai level yang rendah dalam bilangan sperma. Ada juga yang menghasilkan sperma, namun ianya tidak aktif dan tidak mampu pun untuk bersenyawa. Dalam kedua kes ini, wanita memang tidak disahkan hamil kerana tiada persenyawaan berlaku.

Namun, bagi wanita yang sudah disahkan hamil beberapa minggu dan kemudiannya gugur adalah disebabkan kualiti sperma itu yang tidak elok. Sperma mungkin mampu bersenyawa dan bertahan beberapa ketika, tetapi tidak mampu survive sehingga dilahirkan.

Senang kata sperma yang dihasilkan tidak kuat.

Apa Yang Harus Dilakukan Bila Sperma Suami Tidak Berkualiti

Allah mengatakan setiap masalah atau penyakit yang turun sudah tentu ada penawarnya. Terpulang kepada kita sebagai hamba untuk berikhtiar atau biarkan sahaja masalah yang berlaku.

Dalam kes isteri yang asyik keguguran, jika pihak isteri tidak mempunyai apa-apa masalah kesihatan mungkin suaminya yang menjadi punca. Anda boleh berjumpa pakar kesuburan untuk mengesahkannya.

Namun, seperti yang sudah kita sedia maklum, sperma perokok tegar tentu sekali sudah terjejas tahap kesihatannya. Jadi usahlah ditambah lagi dengan menghentikan amalan merokok yang sememangnya ditolak oleh agama Islam.

Saya mencadangkan anda cuba minuman Vivix yang sangat tinggi antioksidan yang mampu menggantikan semula sel sperma yang sudah pun terjejas dengan sel yang baru. Vivix juga sebenarnya adalah salah satu alternatif kepada perokok tegar untuk berhenti merokok.

Vivix Dan Kesuburan Sperma

cara atasi keguguran berulang

Kandungan yang paling penting dalam vivix ialah resveratrol yang mempunyai antioksida yang sangat tinggi (10 kali ganda dari produk pasaran) yang mampu melindungi sel sperma anda. Sel badan kita mudah rosak akibat habit kita dari segi pemakanan dan aktiviti harian termasuk merokok.

Bila sel rosak ada beberapa fungsi badan yang turut terjejas umpamanya organ kesuburan. Disebabkan itulah anda wajib mengambil minuman vivix setiap hari untuk memastikan sel yang abnormal dan rosak dapat dimusnahkan dan digantikan semula sel yang baru.

cara atasi kerap hamil tetapi asyik gugur

Vivix ini bukan sahaja melindungi sel badan kita, ianya juga mengurangkan rasa ketagihan merokok sedikit demi sedikit. In shaa Allah pengambilan vivix secara konsisten berupaya membuatkan anda lupa terus pada rokok, in shaa ALlah.

Tak percaya vivix mampu hilangkan ketagihan merokok? Anda boleh saksikan video testimoni daripada suami kepada sahabat saya sendiri.

Banyak lagi testimoni berkaitan perokok tegar di sini.

Jika anda betul-betul komited untuk mempunyai zuriat dari benih anda sendiri, inilah masanya untuk anda mencuba sekaligus dapat menghilangkan ketagihan merokok anda. Saya yakin jika anda berusaha, tentu Allah akan memberi ganjarannya kepada anda.

Usah malu untuk ceritakan masalah anda kepada saya. In shaa Allah saya akan cuba membantu. Whatsapp saja saya di 0146692610.

======

Saya Maria Awi (id:894220) adalah pengedar sah Shaklee anda.

Jika anda mempunyai sebarang permasalahan boleh hubungi saya di

whatsapp shj: 0146692610 atau emel: poshykidz@gmail.com

ID Shaklee: 894220 (anda boleh ke cawangan Shaklee dan menggunakan ID saya)
COD Vitamin Shaklee : Nilai, Seremban, Sepang, Damansara, Mont Kiara  

1 comment for “Kerap Hamil Tetapi Asyik Gugur. Apa Puncanya?

  1. September 19, 2016 at 11:03 am

    Ada tak cara tradisional untk mengatasi kerap keguguran ni…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge