Cara Untuk Dapatkan Kulit Bayi Gebu Gebas. Saya Sudah, Anda Bila Lagi?

Assalamualaikum….Salam Sejahtera…

YA Allah…saya sangat rindu untuk menulis. Tetapi kekangan waktu buatkan saya sangat sibuk untuk mencuri masa dan menulis. Tetapi, hari ini saya sangat terpanggil untuk berkongsi sesuatu yang sudah lama saya pendamkan.

Memang sudah lama sangat saya ingin berkongsi hal ini kepada semua pembaca. Semoga ianya memberi manfaat kepada semua. Akhirnya Allah beri saya kesempatan waktu untuk menulis hari ini. Alhamdulillah.

Jika anda ingat, saya pernah menulis artikel tips untuk mendapatkan anak yang cerah dan gebu. Memang ramai sangat pembaca artikel tersebut dan alhamdulillah, ramai yang dapat hasil yang positif. Saya seronok apabila pelanggan beritahu hasil positif mereka kepada saya.

Tetapi, untuk hari ini saya ingin berkongsi pengalaman saya sendiri.

Ketika artikel ini ditulis, anak saya yang ketiga, Muhammad Adam Mikael sudah pun berusia enam bulan. Sungguh pantas masa berlalu. Walau penat melayan kerenah satu-satunya anak lelaki kami, tetapi kami sangat seronok melihat telatah dan perkembangan demi perkembangan Adam depan mata sendiri.

Maklumlah, saya bisnes Shaklee dari rumah. Jadi setiap perkembangan memang boleh nampak satu-satu. Sungguh puas hati!

set pantang yang boleh dimakan walaupun anak demam kuning

Saya masih ingat ketika dalam pantang, anak saya mengalami prolonged jaundice. Disebabkan berminggu-minggu kena jemur bawah lampu, kulit anak saya menjadi cukup gelap. Bibirnya juga menjadi gelap sehinggakan saya risau kalau-kalau Adam ada penyakit lain.

Alhamdulillah, setelah beberapa kali ke klinik untuk follow up jaundis, doktor kata Adam tiada penyakit lain. Kata doktor lagi, memang ada bayi yang bibirnya gelap. Dalam hati saya, yalah…dah kulitnya gelap, logiknya bibir gelap. Hihi..

OK…saya bersyukur dan menerima apa sahaja ketentuan yang Allah berikan kepada kita. Siapa kita untuk mempersoalkan kejadianNya. Malah saya sangat bersyukur dikurniakan anak lelaki selepas kedua-dua anak saya yang terdahulu perempuan.

Cuma, lumrah manusia suka lihat yang comel-comel kan? Anda juga tentu setuju.

tips untuk dapat baby putih

Selepas anak saya bebas dari jaundis, rutin saya sama sahaja macam ibu berpantang yang lain. Yang berbezanya, saya mengambil set penuh menyusu Shaklee. Alhamdulillah, susu saya banyak dan sehingga hari ni Adam masih minum susu badan tanpa campur dengan formula.

Apa Yang Terjadi Selepas Saya Amalkan Set Menyusu Shaklee?

Apa punya soalan la kan? Tentulah susu semakin banyak. OK…ia sebenarnya tidak pelik bila susu saya semakin banyak apabila saya amalkan Set Menyusu. Adam ketika dalam pantang siap ada nursing strike lagi sebab susu terpancut-pancut kat muka dia.

Saya bersyukur..walaupun Adam marah-marah ketika susu terpancut, ia menunjukkan saya tidak mengalami masalah kekurangan susu.

OK..saya sudah ceritakan kesan positif dari segi penyusuan. Sekarang saya ingin ceritakan kesan pengambilan Set Menyusu kepada kulit Adam yang seolah-olah burn ketika dalam pantang.

petua dapat bayi comel

Nampak tak perbezaan gambar di atas? Ketika ini umur Adam lebih kurang tiga bulan. Sejak saya amalkan ESP, memang saya nampak perbezaan kulitnya. Dari sehari ke sehari, kulitnya semakin cerah dan gebu. Sehingga sekarang, pipinya dan badannya masih gebu buatkan saya selalu nak gigit-gigit sebab geram. Haha..

Saya sememangnya konsisten dengan pengambilan ESP terutamanya kerana saya percaya ia sangat membantu saya dalam proses penyusuan dan juga menambahkan tenaga harian saya. Tanpa disangka, dapat pula kelebihan lain. Kulit anak saya semakin cerah dan gebu gebas!

Percayalah..menjaga anak-anak kecil di rumah memang memerlukan tenaga luar biasa. Sebab itulah, seawal pagi lagi saya akan pastikan ESP menjadi minuman wajib saya.

Kadang-kadang, saya ambil ESP dan bertahan sehingga makan tengahari pula. Tetapi untuk mengekalkan rasa kenyang, saya buat smoothies. Barulah sedap dan semakin bertambah nutrisi dalam segelas minuman kan?

Di bawah adalah antara smoothies yang saya pernah cuba. Paling best setakat yang saya buat ESP campur tembikai dan kurma. Maaflah, tiada gambar untuk smoothies ESP bersama tembikai sebab tak sabar nak minum. Hihi..

tips untuk dapat baby putih

tips untuk dapat baby putih

tips untuk dapat baby putih

Jadi, Set Penyusuan Shaklee ni sangat bermanfaat untuk saya. Untuk menambah susu badan, untuk tenaga harian dan pastinya berjaya mencantikkan kulit anak juga.

Anda sudah pasti nak cuba juga kan?

OK..terus je whatsapp 0146692610 untuk order dan free consultation mengenai produk ini. Kita boleh berbincang apa juga masalah anda dan saya akan bantu anda dengan menyarankan produk Shaklee yang sesuai untuk anda. Jangan bertangguh ya…lagi awal anda ambil suplemen, lagi cantik kulit anak anda. Ibu hamil lagi digalakkan untuk ambil :)

CARA JADI AHLI SHAKLEE

sms/whatsapp : 0146692610 

1 comment for “Cara Untuk Dapatkan Kulit Bayi Gebu Gebas. Saya Sudah, Anda Bila Lagi?

  1. May 21, 2016 at 11:22 pm

    bestnya kalau dapat kulit lembut macam bayi.
    semak saman recently posted…Semak Saman Trafik PDRM dan JPJ OnlineMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge