5 Tips Untuk Anak Cepat Jalan Seawal 8 Bulan. Jom Praktis!

Assalamualaikum wbt..Salam Sejahtera..

tips supaya anak cepat jalan

Apabila mempunyai baby, perkara paling parent teruja ialah menanti satu per satu kemajuan yang ditunjukkan oleh si anak. Daripada hanya tahu menyusu sambil memejam mata, kemudiannya melilau mata mencari arah bunyi bising setiap kali menyusu.

Apabila memasuki dua bulan, mata sudah pandai memberi respon ketika kita bercakap. Sesekali mengukir senyuman tanda seronok mendengar suara ibunya yang ceria.

Memasuki usia 3 bulan, dunia sekeliling makin mahu diterokai oleh si baby. Sudah pandai berpusing, mengangkat leher dan semakin galak apabila diagah. Tidak lama selepas itu, badan dan tulang belulang semakin kuat untuk menyusur dan seterusnya merangkak.

tips supaya anak cepat jalan

Ketika dalam fasa ini, baby memang tidak boleh duduk diam. Ada sahaja aktiviti yang ingin dibuat dan otaknya juga berkembang pesat mahu mencuba itu dan ini. Ketika waktu inilah, si anak suka sangat mengutip apa sahaja yang dilihat di lantai dan memasukkannya di dalam mulut.

Mereka tidak tahu ianya kotor atau tidak. Yang pasti semua benda mesti ditilik, dikaji dan akhirnya akan sampai ke mulut. Adakah anda masih ingat momen-momen tersebut?

Ya Allah…indah sungguh. Terutama bagi ibu yang bekerja dari rumah seperti saya, yang boleh melihat satu per satu progress anak bongsu saya, Muhammad Adam Mikael. Sehinggakan, ketika saya menulis ini pun saya tersenyum lebar mengingati setiap satu progress yang dilalui Adam.

Perkembangan Adam agak cepat jika dibandingkan dengan kakak-kakaknya. Ketika usia lapan bulan, Adam sudah boleh melangkah beberapa steps. Dan kini, di usia sembilan bulan, Adam sudah boleh melangkah dengan lebih laju. Adam sudah boleh berjalan dari hujung rumah ke hujung rumah walaupun di tangannya sedang memegang sesuatu.

Ramai juga yang kagum dan mengatakan progress Adam sangat cepat walaupun badannya montel. Malah ada yang menggelarnya fast track baby. Yalah, kebiasaannya kita kaitkan bila badan agak montel, progress sedikit delay disebabkan terpaksa menampung berat badannya. Alhamdulillah, Adam ok sahaja walaupun beratnya melangkaui 10kg ketika berusia lapan bulan.

Selain itu, ketika di usia lapan bulan, Adam juga sudah pandai bergurau dengan kami, ahli keluarganya. Pantang ada sesiapa yang batuk, dia juga turut mengejek batuk kami. Sepuluh kali kami batuk, sepuluh kali jugaklah dia buat-buat batuk. Memang pak lawak budak Adam ni.

Ok, berbalik kepada bagaimana Adam boleh cepat berjalan, sebenarnya saya ingin berkongsi lima tips utama yang mungkin anda boleh cuba di rumah.

5 Tips Bayi Cepat Berjalan

  • Menggunakan Alat Bantuan Berjalan

Apabila bayi sudah menunjukkan tanda-tanda bersedia untuk melangkah, anda boleh cuba belikan mainan di bawah ini untuk bayi anda tolak, Mainan ini sebenarnya hadiah daripada seorang kenalan keluarga kami. Kalau nak beli sendiri, mungkin fikir panjang juga sebab harganya beratus-ratus.

petua anak cepat jalan

Ok, bagaimana pula jika kita tak mampu nak beli alat ini? Mudah saja jalan selesainya. Rumah anda tentu ada bakul tinggi untuk diletak kain yang diangkat dari jemuran kan?

Haa..guna saja bakul tersebut sebagai latihan untuk bayi anda berjalan. Tapi, jangan biarkan kosong tau. Letak kain, atau apa sahaja untuk jadikan sebagai pemberat supaya bakul tersebut stabil untuk ditolak. Tetapi, jangan terlalu berat pula ya. Adam pun memang suka main tolak-tolak bakul ni.

  • Kurangkan Penggunaan Baby Walker

Saya pada mulanya merasakan walker adalah alat bantu cepat berjalan. Sebab nampak baby mengayuh kan untuk menggerakkan walker. Rupa-rupanya ia antara penyebab bayi kurang keyakinan untuk berjalan.

Mungkin selama ini sudah selesa bergerak ke sana sini dengan sokongan walker. Jadi, bayi agak malas untuk bergerak sendiri. Berbanding dengan bayi yang tidak dikenalkan dengan walker, usaha mereka mungkin lebih untuk bergerak dengan cara berjalan.

  • Rajin Ajar Bayi Bertatih

Mungkin ini antara kelebihan bagi ibu yang bekerja dari rumah. Kalau ada masa, saya akan ajar Adam bertatih. Kakak-kakaknya juga rajin melayan adik mereka bertatih.

petua anak cepat jalan

Galakan dan sokongan dari orang sekeliling akan membuatkan bayi lebih konfiden untuk berjalan.

  • Tidak Perlu Pakaikan Stokin Atau Kasut

Ketika di rumah, anak anda yang sudah pun berusia lebih tiga bulan tidak perlulah dipakaikan stokin. Jika keluar jauh-jauh, stokin sudah memadai. Kasut yang lembut masih boleh diterima.

Tetapi jika pakaikan kasut yang keras, atau 24 jam berstokin saraf kaki anak-anak tidak terlalu bebas untuk berfungsi. Jari-jemari juga akan kurang pergerakan. Anda mesti dapat perhatikan kaki dan jari jemari bayi sentiasa bergerak kan? Itu tandanya saraf mereka sedang aktif berfungsi.

  • Rajin Ambil Suplemen Ketika Hamil Dan Menyusu

Sebenarnya ini pengalaman pertama saya menggunakan Set Hamil, Set Pantang Dan Menyusu Shaklee. Ketika anak pertama dan kedua sebelum ini, saya belum mengenali Shaklee.

Terpanggil untuk mencuba Set Mengandung Shaklee, saya sangat berpuas hati dengan tahap kesihatan saya dan bayi dalam kendungan sejak mula-mula hamil sehinggalah bayi keluar dan sampai sekarang sudah pun berusia sembilan bulan. Ketika hamil, saya memang tidak mengambil ubat klinik. 100% suplemen natural daripada Shaklee.

tips supaya anak cepat jalan

Bayi yang cepat berjalan ialah bayi yang mempunyai kekuatan otot dan tulang kaki, dan ditambah pula dengan keyakinan yang ada. Jika kaki mereka belum kuat, mereka sendiri tahu. Saya yakin sangat kalsium yang dibekalkan dalam set hamil dan menyusu sangat-sangat membantu Adam cepat berjalan.

Kenapa saya begitu yakin? Sebab kalsium dalam set Shaklee merupakan kalsium yang digabungkan dengan magnesium, zinc, kuprum, dan boron. Semua ini memastikan kalsium Shaklee penyerapannya 99% dalam setiap satu tablet dan menghalang endapan sesetengah mineral. Kebanyakan kalsium di pasaran tidak menepati kandungan sepertimana kalsium Shaklee tau. Sebab itulah, jika ada lenguh-lenguh, makan je Shaklee cepat terasa kesannya.

Ok, saya sudah kongsikan 5 Tips Anak Cepat Berjalan dengan harapan anda yang sedang risau anak masih tak dapat berjalan boleh usahakan sesuatu. Jika anda sedang hamil, atau menyusu eloklah anda masukkan sekali Set Mengandung atau Set Menyusu dalam rutin diet anda.

In shaa Allah, investment anda menggunakan Set Shaklee ni boleh mendatangkan kepuasan hati apabila mendapat hasilnya. Jangan lupa ya tambah Omega Guard supaya otak anak anda berkembang pesat ketika dalam kandungan lagi.

Jika anda teruja sangat untuk membantu anak anda cepat berjalan, cepat hubungi saya untuk mendapatkan Set Shaklee di 0146692610. Jika anda berdekatan Nilai, Negeri Sembilan saya boleh cash on delivery tetapi perlu bank in 50% deposit dulu ya.

Dan jangan lupa tekan button share di bawah artikel ini sebab tips di atas sangat membantu rakan-rakan yang mungkin anaknya masih belum berjalan. Terima kasih.

4 comments for “5 Tips Untuk Anak Cepat Jalan Seawal 8 Bulan. Jom Praktis!

  1. September 3, 2016 at 2:51 pm

    Huhu.. terima kasih kongsikan.. leh prkatikkan pada anak ketiga nantinya..hehe
    Pondok Papan recently posted…Patty Burger Yang SedapMy Profile

  2. September 3, 2016 at 8:53 pm

    mnarik tipsnya kak..

    Boleh la ajar anak jie yg barunk berjalan ni..
    Jie Susanos recently posted…Adakah Anda Tahu Website Yang Menyediakan Kerja Online Dari Rumah ?My Profile

  3. September 21, 2016 at 9:44 pm

    Terima kasih admin kongsikan tips di atas…terbaik…

  4. September 25, 2016 at 6:19 pm

    tips yg sgt membantu. Tq share..
    malaysiasentral recently posted…Resepi Nasi AyamMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge