Nak Turun Berat Badan Tanpa Sebarang Seksaan? Jom Follow Tips Saya

Assalamualaikum wbt..Salam Sejahtera..

Turun 4kg berat dalam masa sebulan! Pada saya dah awesome sangat-sangat dengan umur saya yang sudah masuk 35 tahun ni. Sebab bila dah masuk 30an, metabolisma badan semakin slow dan berat payah amat nak turun. Jika anda sezaman dengan saya, itulah hakikatnya kan?

tips kurangkan berat badan

Kisahnya begini, saya join kelas untuk fat loss pada bulan lepas. Sudah lama mahu cuba. Tetapi ada sahaja halangan. Dan halangan kengkonon saya tu ialah saya ibu menyusu. Jadi kenalah makan lengkap kan.

Kalau diet, macam mana anak nak cukup susu. Alasan sangat okeh!

Tapi bila naik je penimbang, berat makin lama makin naik. Risau jugak lebih-lebih lagi saya pernah buat checkup dan mendapati lemak sudah mula menyaluti bahagian jantung. Sebab itulah degupan jantung saya agak laju dari normal rate, disebabkan kesukaran untuk hantar oksigen.

Saya risau jika saya teruskan tabiat buruk pemakanan saya, saya sakit di usia yang agak muda. Sedangkan saya sedar awal masalah saya. Jadi saya kena kuat tahan nafsu makan dan kenalah rajin work out.

My Fat Loss Journey

Honestly, dari segi fat loss tidaklah berapa memberangsangkan. Tetapi saya bangga dengan penurunan 4kg saya. Saya aim for 2kg je sebenarnya sebab tak mahu turun mendadak. Tapi end of session, dah turun 4kg saya syukur sangat-sangat walaupun takdelah nampak sangat beza saya yang sekarang dengan yang dulu.

Saya happy sebab saya dah tahu guna apa yang sesuai untuk digunakan di dapur. Kalau dulu, dieting system saya menyeksakan jiwa raga jugak. Cara masak sama tetapi kena kurangkan makan. Seksa tau untuk orang yang kerjanya asyik mengunyah ni.

Tapi sekarang, Alhamdulillah adalah sedikit ilmu. Portion makan bukanlah totally berbeza. Cuma yang beza cara masak dengan menggunakan bahan-bahan yang sihat. Seronok tau bila kita tahu banyak benda yang sebelum ni kita main agak-agak atau sangka-sangka.

Malas dah bebel, jom saya share 4 tips kurangkan berat badan.

4 Tips Untuk Kurangkan Berat Badan

Yes, susah! Tetapi mula-mula saja. Especially jika anda sangat sukakan makanan manis.

Macam saya, dugaan saya tidak pada makanan manis. Saya bukan penggemar dessert. Tapi saya penggemar makanan savory. Yang masin-masin, yang bergoreng saya memang tak boleh tahan. Tapi bila dah tahu gula dan garam musuh dalam selimut kebanyakan penyakit, maka kita cuba elakkan.

Jom saya kongsi 4 tips yang mudah untuk anda cuba sendiri. Mungkin tak nampak kesan dalam masa yang singkat. Tetapi in shaa Allah lama-lama anda perasan jugak perubahannya.

  • Elakkan nasi putih, tepung putih, roti putih dan mee biasa. Jangan risau, anda masih boleh makan nasi. Jangan paksa perut anda untuk tidak lagi mengenali nasi. Tetapi tukar nasi biasa anda kepada beras perang atau basmathi.

Jika korang kerja, cubalah bawa nasi masak sendiri ke pejabat dan makan nasi tu dengan lauk-lauk yang dipesan. Dato   Aliff       Shukri pun bawa nasi beras perang dia sendiri tau kalau dia makan kat kedai. Takyah malu okeh!

  • Gantikan gula putih anda dengan gula perang. Sebelum ini saya guna molases. Sebenarnya lagi sedap dari gula putih sebab ianya wangi sangat. Tetapi ketika dalam challenge, saya tidak dibenarkan ambil sebarang gula. Jadi saya gantikan dengan madu semulajadi jika nak buat perapan atau dimakan dengan overnight oat.

tips kurangkan berat badan

Tapi jika anda kuat gula, gantikan dulu dengan molases. Lama-lama slowly kurangkan intake gula. Lama-lama off terus gula putih okay!

  • Minyak yang selamat digunakan ialah pure olive oil atau coconut oil. Bukan minyak kelapa sawit tau. Tapi paham-pahamlah harganya kan. Jadi, kalau nak jimat masaklah makanan yang kurang gunakan minyak.

Grill ke, rebus ke..sedap jugak. Mudah pun mudah. Sesekali kalau teringin sangat nak menggoreng, dimaafkanlah. Seminggu sekali cukup sebab baru nak start kan.

Kalau nak buat kari ke, sambal merah ke, cuba kurangkan kuantiti minyak walaupun nampak tak berapa cantik. Tapi in shaa Allah rasanya tak lari sangatlah.

Penting jugak ada air fryer walaupun saya sendiri pun belum beli lagi. In shaa Allah, kalau bos besar luluskan, maka akan adalah air fryer kat rumah ni nanti.

  • Garam memang penyedap makanan tetapi ianya super dangerous! Jika korang suka western food, cuba perapkan daging dengan pepper, herbs dan paprika atau cayene powder. Serius dah sedap tanpa perlu letak garam. Sebab jus dari daging, ayam, seafood dah manis kan.

Untuk jenis-jenis mee pulak, gantikan garam dengan sos ikan. Jika nak buat lauk berkuah, bolehlah letak garam. Tapi sedikit saja. Dan pastikan anda guna garam natural tau. Bukan yang warna putih tu. Brand terbaik yang saya boleh sarankan ialah Himalayan Salt.

Ok, itu saja 4 tips sebagai langkah utama kalau anda saja nak cuba-cuba ubah meal plan dengan kadar gear satu. Ada setengah orang, kalau terus guna gear empat nanti terkejut. So slowly ok.

Tapi sebab guna gear satu, jangan pula berharap minggu depannya anda terus turun berkilo-kilo. Ini hanya sebagai starter untuk anda mulakan kehidupan yang sihat.

Saya harap tips saya membantu anda. Jika anda rasakan ianya bermanfaat, jangan lupa kongsi dengan rakan baik anda yang sedang cuba mengamalkan kehidupan yang sihat.

xoxo,

Maria

1 comment for “Nak Turun Berat Badan Tanpa Sebarang Seksaan? Jom Follow Tips Saya

  1. February 15, 2017 at 4:03 pm

    tak boleh diet secara mengejut. kena buat slow slow..
    nikkhazami recently posted…Tarikh Israk Mikraj 2017 MalaysiaMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge