10 Resepi Eat Clean Yang Boleh Turunkan 3kg Sebulan Tanpa Pil Kurus!

Assalamualaikum wbt..Salam Sejahtera..

Seronok sungguh apabila seluar dan baju yang lama tersimpan dalam almari boleh dipakai semula. Ada antaranya baju feveret. Tapi dek kerana lebihan lemak merata kat badan ni, baju-baju tersebut disimpan. Ada yang dah selamat pun bagi pada orang.

resepi mudah eat clean

Paling best apabila boleh sarung jeans semula. Dulu Kak Yaya banyak berselindung di sebalik skirt kembang. Tapi sekarang lebih konfiden dengan penampilan baru. Bukanlah pakai ketat-ketat, tetapi tidaklah menyarung kain sepanjang masa. Sesekali berseluar. Kadang-kadang sarung skirt atau jubah.

Badan pun terasa lebih fit. Takdelah rasa lemau, malas dan lemah. Dalam tempoh 2 bulan berat badan Kak Yaya turun hampir 10kg. Aim Kak Yaya bulan ini, nak turunkan lagi 3kg supaya dapat mencapai berat ideal seiring dengan ketinggian Kak Yaya.

Semuanya kerana menjalani program diet eat clean. Tanpa perlu berlapar, tanpa bantuan produk pelangsingan Kak Yaya berjaya menurunkan berat badan ke satu angka yang Kak Yaya memang tak percaya.

Ramai sahabat di facebook mula bertanya bagaimana untuk mulakan program diet ini. Kak Yaya ada kongsikan 4 perkara penting untuk anda bermula. Rujuk artikel nak turun berat badan untuk bermula sebagai newbie.

Untuk hari ini, Kak Yaya nak kongsikan satu resepi mudah Kari Ikan yang Kak Yaya dapat dari program Diet Eat Clean yang Kak Yaya sertai. Kak Yaya gunakan ikan salmon masa masak kari ni. Tetapi boleh saja digantikan dengan ikan lain seperti tenggiri atau selar.

resepi mudah eat clean

Yang Kak Yaya masak ni untuk sukatan 2 keping salmon, berat lebih kurang 150g

Resepi Kari Salmon Clean

Bahan-bahan:

  • Salmon
  • 3-4 sudu perencah kari
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang besar
  • 2-3 sudu besar greek yogurt
  • air
  • susu skim secukupnya
  • garam (himalayan salt)
  • 1 sudu besar pure olive oil
  • tomato
  • bendi
  • daun kari

Cara-caranya:

  1. Hiris bawang dan bawang putih. Kalau nak blend atau tumbuk pun boleh. Sukahati saja.
  2. Panaskan minyak dan tumis bawang bersama daun kari dan perencah kari. Tumis sehingga naik bau.
  3. Masukkan air serta susu dan biar mendidih. Masukkan yogurt. Anggarkan mengikut tahap masam yang anda inginkan.
  4. Masukkan ikan. Biar ikan masak.
  5. Perasakan dengan garam (berpada-pada ya. setakat ada rasa masin sikit tu ok dah)
  6. Masukkan bendi. Akhir sekali masukkan tomato.

**Jika anda biasa masukkan rempah 3 beradik, boleh je masukkan. Lagi wangi dan sedap kari anda.

Mudahnya Resepi Eat Clean

Betul, sungguh mudah. Tak perlu berlama-lama kat dapur. Kak Yaya paling seronok sebab boleh jimat masa, boleh buat aktiviti lain. Kalau dulu makan nasi mesti nak kena ada lauk berkuah, sayur goreng dan tambahan samada sambal tempe ke, telur dadar ke. Sekarang simple sangat.

Ada nasi, protein dan sayur dah cukup. Sayur pula yang celur-celur atau yang fresh seperti salad dan ulam.

Macam resepi kari tadi, dah lengkap sebab ada bendi sekali. Kalau nak tambah salad, lagilah bagus.

Ok, sebab anda rajin baca artikel Kak Yaya sampai habis, Kak Yaya nak kongsi lagi 10 resepi Eat Clean simple-simple yang anda confirm boleh buat di rumah. Bahan-bahan pun bukanlah yang pelik-pelik.

Tetapi 10 resepi tu Kak Yaya kena emelkan sebab nak letak kesemua 10 kat blog macam comot pulak sebab ini bukan blog masakan. Jadi, jika anda berminat nak kurangkan berat badan dengan resepi Eat Clean, anda boleh isi form di bawah.

Soalan simple saja. Terima kasih semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge