MAKAN Jika Nak Kurus!

Assalamualaikum wbt..Salam Sejahtera..

Saya kalau plan untuk berdiet, mulalah tinggalkan nasi. Ketika zaman belajar dulu, saya hanya makan sup sayur ketika berdiet. Aduhh, rupanya cara saya silap.

Bila teringat balik, rasa kejam sungguh pada badan sendiri. Masa nak makan, makan semahunya. Bila nak kurangkan berat badan, hari-hari hadap sayur sahaja.

resepi eat clean mudah

Diet cara begini akhirnya membuatkan kadar metabolisma saya merudum jatuh. Proses pembakaran kalori saya sangat perlahan. Akibatnya, jika saya makan cepat betul badan naik. Tetapi jika saya cuba kurangkan makan, Allahuakbar…jarum penimbang tu buat derk je kat saya. Nak turun sekilo bukan main payah lagi. Akhirnya saya fedup dan kembali makan!

Bila saya temui cara mudah untuk turun 10kg, saya sangat gembira kerana program diet ini menyarankan kita untuk makan. Pelik tetapi benar.

Makan Jika Nak Kurus!

Program ini dipanggil eat clean, iaitu memakan makanan yang ‘clean’. Senang kata dengan cara masak yang betul, in shaa Allah berat badan kita mudah nak turun. Yang penting kena makan makanan yang betul. Melalui program ini, kita tidak disuruh untuk puasa nasi tau. Tahu-tahulah perut melayu, mana boleh tinggal nasi kan.

Ketika berada dalam program ini, kita disaran untuk makan enam kali sehari supaya metabolisma sentiasa dalam keadaan bersedia untuk membakar kalori. Kalau masa makan terlalu renggang, metabolisma agak sukar untuk bekerja dengan efektif.

Jika ini kali pertama anda dengar pasal eat clean, dan berminat sangat nak mencuba, anda boleh baca artikel saya bagaimana untuk bermula sebagai newbie. Beberapa panduan diberikan dalam artikel tersebut.

Saya juga ada berkongsi resepi kari sihat tau. Anda boleh klik 10 resepi sihat yang pernah saya masak sepanjang program.

Jika anda rasakan artikel ini bermanfaat, jangan lupa untuk share ya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge