Tak Mengandung; Tapi Orang Kata Mengandung. Pernah Kena?

Assalamualaikum wbt..Salam Sejahtera..

Siapa tak seronok kan selepas bertahun-tahun gemuk, akhirnya boleh sarung kembali baju pengantin yang kita pakai hampir sepuluh tahun lepas? Kak Yaya yakin ramai para isteri yang dulunya selim-melim, tetapi selepas kahwin badan naik mencanak-canak. Kak Yaya antara yang tergolong dalam kategori ini.

Dengan ketinggian 163cm dan berat 54-55kg ketika berkahwin, Kak Yaya bolehlah dianggap selim dan tinggi lampai. Pinggang pun macam kerengga gitu. Tetapi tak lama pun selepas kahwin, segalanya berubah. Makan mula ikut suka perut. Kebetulan pula sebulan selepas berkahwin Kak Yaya disahkan hamil. Makinlah sedap bedal semua makanan. Kongsi berdua katanya!

Paling ketara berat Kak Yaya naik selepas resign sebagai jurutera di SIRIM. Maklumlah, menjalankan perniagaan online dari rumah bermakna segala macam makanan sangat dekat dengan Kak Yaya. Sudahlah kerja menghadap komputer, peti ais pun elok je bersebelahan dengan workplace.

Ketika di rumah juga, access kepada air manis sangat mudah. Suami jenis suka beli air-air kononnya air buah seperti minuman yogurt, minuman jus dan sebagainya. Dan Kak Yaya pula hantu 3 in 1. Ya Allah, pagi petang khatam minuman-minuman ni.

cara untuk kurus dengan cepat

Kak Yaya perasan berat makin lama makin naik. Cuba untuk berdiet beberapa kali tetapi tidak konsisten dan gagal. 100g turun, naiknya 2-3 kg. Baju seluar pun asyik kena beli baru sebab cepat rasa tidak selesa. Tetapi ketika itu, hati dan perasaan sungguh kuat kata ‘aku masih belum kategori gemuk’.

Selepas melahirkan Adam, makinlah berat naik lagi dan lagi. Kononnya menyusu kan? Bolehlah makan lebih. Tetapi pemilihan makanan salah. Kak Yaya terlalu banyak ambil karbohidrat  atas alasan kongsi nutrisi dengan anak yang disusukan. Satu lagi dalam fikiran Kak Yaya, nasi mampu memberi tenaga. Itu yang sedap sangat pulun nasi melebihi keperluan, kononnya tenaga nak menjaga anak kecil kena banyak.

cara untuk kurus dengan kurus

Kemuncak kesedaran apabila Kak Yaya ke Pasar Ahad Seksyen 13 Shah Alam penghujung 2016. Ketika itu berjubah (pakaian selamat) dan mendukung Adam. Ketika tunjuk kuih mana yang diminta, akak kedai tu berborak-borak dengan Kak Yaya. Dia tanya umur Adam berapa. Lepas Kak Yaya bagitahu, dia siap tazkirah Kak Yaya. Katanya;

Orang mengandung ni tak elok tau dukung budak. Boleh keguguran nanti

Tergamam Kak Yaya dengar nasihat dia. Malu pun ada! Nasib ketika itu suami pergi beratur beli makanan lain. Kalau tak, setahun kena bahan tu. Lepas tu Kak Yaya cakap pada dia

Saya tak mengandung Kak

Haa…pucat lesi muka akak tu. Dia cuba cover semula apa yang dia cakap tadi bimbang Kak Yaya berkecil hati.

Ohh..maaf-maaf. Masa bersalin kena operate ya?

Kak Yaya geleng. Cubaan untuk akak tadi cover makin teruk jadinya..haha.

Tak, bersalin normal kak

Haa…makin biru muka akak tu. Takde darah dah. Haha….

Ketika itu, memang terpukul habis. Gemuknya aku, siap pakej orang kata mengandung!

Dari situlah timbul kekuatan untuk betul-betul nekad nak kurus kembali. Tapi this time, Kak Yaya nekad nak kurus dengan cara yang betul. Taknak makan pil kurus, taknak hangat-hangat tahi ayam. Kak Yaya nak balik figure lama masa kahwin dulu.

Rahsia Hilang 9kg

Alhamdulillah, Kak Yaya join program berbayar RM160 dan dipantau oleh seorang coach pada awal 2017 selama 21 hari. 21 hari diambil untuk ubah tabiat buruk pemakanan kepada tabiat sihat. Sehingga kini, Kak Yaya dah pun turun 9kg.

Turun 9kg dalam tempoh 3 bulan setengah mungkin tidak sepantas dengan memakan pil. Tapi Kak Yaya yakin dengan ilmu pemakanan, apa yang boleh dan tidak boleh makan yang Kak Yaya dapat ketika program, Kak Yaya boleh bantu diri Kak Yaya untuk maintain dengan berat begini selama-lamanya.

cara untuk kurus dengan cepat

Sepanjang program tersebut, coach Kak Yaya berkongsi beberapa resepi eat clean, senaman mudah yang boleh dilakukan di rumah dan makanan-makanan yang membantu menaikkan metabolisme. Satu lagi yang Kak Yaya suka, program ini berkumpulan. Jadi bila lihat kawan-kawan lain bersemangat, maka kita pun termotivasi sekali.

Alhamdulillah, Kak Yaya sudah pun apply program ini kepada family Kak Yaya dan ternyata ianya berjaya. 2 minggu pertama join program, ada anak saudara Kak Yaya yang sudah pun turun sebanyak 3kg. Paling menggembirakan Kak Yaya, ketika mereka berkunjung ke rumah Kak Yaya baru-baru ini, pola pemakanan mereka juga berubah. Mereka kata perut seolah-olah boleh terima portion yang mereka selalu makan. Nafsu pun tidak terikut nak ambil semua makanan yang terhidang di atas meja.

Alhamdulillah..syukur Kak Yaya dengar. Habit beginilah yang kami terapkan ketika dalam program. Walau challenge dah habis, kita yang mengawal nafsu kita. Bukan kita yang dikawal nafsu.

Sekarang ini, Kak Yaya ingin mengajak anda yang sedang mengalami masalah kegemukan yang sama macam Kak Yaya hadapi sebelum ini untuk join program eat clean yang Kak Yaya organize. Program ini merupakan program kedua yang Kak Yaya anjurkan, tetapi bulan pertama untuk public. Sebelum ini Kak Yaya pantau ahli keluarga sahaja.

Oleh kerana ini bulan pertama untuk public, maka Kak Yaya bagi diskaun sebanyak RM40 untuk sesiapa sahaja yang berminat. Yuran yang asalnya RM120, Kak Yaya offer RM80 sahaja untuk bulan May 2017. In shaa Allah ilmu pemakanan ini sangat bermanfaat untuk anda dalam memastikan berat anda turun. Anda boleh whatsapp Kak Yaya di talian 0146692610 untuk join program ini ya.

cara untuk kurus dengan mudah

Post navigation

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge