Buruknya Buncit Menggelebeh. Bagi Free Pun Tak Nak!

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Siapa tak malu jika perut buncit kan? Ya..boleh pakai baju besar untuk menutup perut yang bermasalah tu. Tapi sampai bila kita mahu berpura-pura kan?

Its all about self satisfaction sebenarnya. Orang lain mungkin tak nampak rahsia besar kita. Tapi diri sendiri tahu berapa lapisan lemak tersusun di sebalik baju besar kita tu.

cara untuk kempiskan perut dengan cepat

Masa mandi nampak. Masa nak tukar pakaian nampak. Kadang-kadang terselak apabila menyusukan anak. Memang buruk betul. Kalau buncit tegang macam orang lelaki tahan lagi. Jenis buncit menggelebeh berkedut-kedut ni, sendiri jelah imagine ya.

Ada banyak sebab kenapa perut seorang wanita buncit siap pakej menggelebeh. Sebab-sebab inilah juga yang membuatkan perut Kak Yaya buncit menggelebeh sehinggakan pernah ditegur mengandung beberapa kali.

Sebab Perut Wanita Buncit Menggelebeh

Bersalin

Rahim kita akan membesar seiring dengan tumbesaran bayi dalam perut. Jika dulu perut selim melim, tapi disebabkan inginkan zuriat kenalah berkorban kan. Kebetulan pula dalam pantang tak jaga betul-betul. Natijahnya sehingga sekarang kena usung buncit menggelebeh tu.

Tidak kisahlah bersalin normal atau cser. Kedua-duanya akan mendapat kesan perut buncit andainya tidak dijaga sebaik mungkin.

Macam Kak Yaya, memang akui perut tidak dijaga sangat selepas pantang. Maklumlah ketiga-tiga anak prolonged jaundice. Di awal kelahiran pun dah kena warded. Siapalah nak bantu pakaikan bengkung di hospital. Dapat pakai dengan sempurna pun kebiasaannya selepas 2 minggu kelahiran.

Itupun jika bayi tidak meragam sangat. Jika nak berdukung saja, nak pakai bengkung pun tak sempat.

Kehilangan Berat Badan

Sebenarnya ini adalah good sign kepada penurunan berat badan. Bila kita jaga pemakanan, sudah tentu lemak- lemak pada anggota badan kita akan berkurang termasuk di bahagian perut.

Namun, kedutan kasar akan berlaku pada perut membuatkan perut tidak cantik. Walaupun perut tidak lagi buncit, tetapi ianya sangat menggelebeh. Ini dialami sendiri oleh Kak Yaya setelah dalam fasa maintenance berat badan.

Pada ketika itu, bmi normal sudah pun diperoleh. Peratusan fat juga sudah normal. Cuma bentuk perut yang menggelebeh membuatkan Kak Yaya rasa tidak seronok.

Untuk kes sebegini, senaman yang khusus untuk bahagian perut perlu dibuat berselang dengan senaman kardio seluruh badan. Amat penting untuk memahami, senaman seluruh badan sangat membantu pembentukan perut yang cantik.

cara untuk kempiskan perut dengan cepat

Postur Badan Salah

Perasan tak ada sesetengah orang suka duduk membongkok. Kak Yaya juga kadang kala suka membongkok. Apabila bahagian belakang badan kita berbentuk huruf C, perut kita akan menonjol keluar. Apabila ia menjadi habit, lama-lama perut akan terbiasa dengan postur tersebut dan akan membentuk perut yang buncit.

Maka, lepas ni kena tukar postur tulang belakang. Boleh juga amalkan plank ya. Buat crunch pun ok. Tapi kenalah konsisten ya. Kalau buat sehari dua, takdo maknonyo nak kempis..haha.

Silap Pemilihan Makanan

Yang ni paling common. Berlaku pada wanita mahupun lelaki.

Ada makanan yang akan menyebabkan perut menyimpan banyak air. Ada makanan yang membuatkan perut menyimpan banyak lemak.

Makanan tinggi gula, tinggi sodium, air berkarbonat, makanan yang diproses antara penyebab perut makin lama makin membuncit. Makanan penyumbang ni kena hentikan dari dijadikan santapan harian.

cara untuk kempiskan perut dengan cepat

Cuba untuk berubah secara perlahan. Perubahan mendadak buat jiwa tersiksa kan. Jika korang makan fast food selang sehari, cuba untuk kurangkan seminggu sekali.

Jika sudah sampai hidayah untuk memasak sendiri makanan eat clean, anda boleh visit link kak yaya kat sini . Nanti kak yaya akan share menu dan resepi yang best untuk anda cuba sendiri di rumah ya.

Pengalaman Kak Yaya

Perut Kak Yaya juga kategori buncit. Bukan buncit selepas bersalin sahaja. Sejak anak dara pun memang ada sedikit benjolan kat perut tu. Mungkin kerana tabiat pemakanan yang salah. Tapi sebab dulu kurus, jadi tak ketara.

Lepas bersalin tiga anak makin ketara. Kerja pula dari rumah. Makan sentiasa senang access. Lepas makan nak baring pun no problem.

Suami bising juga. Tapi sebab fikir mustahil nak kempiskan kembali sebab dah banyak kali cuba berdiet namun gagal.

Bermula tahun lepas Kak Yaya kenal pemakanan Eat Clean ni dari kawan-kawan Facebook. Masa tu ada juga cuba-cuba sendiri, tapi biasalah bila seorang semangat tidak kuat. Sehari dua je bertahan. Pulak tu tiada ilmu bagaimana cara memasak, apa bahan yang sesuai. Sudahnya tetaplah Kak Yaya dengan isu kegemukan dan keluhan.

Cuma awal tahun 2017, Kak Yaya mula sedar pemakanan sihat sangat bernilai bukan untuk kelihatan cantik sahaja. Penting untuk Kak Yaya jaga paras kolestrol, paras lemak, paras gula dalam badan. Yang penting, Kak Yaya tak mahu jatuh sakit di kala anak masih lagi sedang membesar.

Akhirnya Kak Yaya sign up 1 program 21 Hari Eat Clean. Alhamdulillah bila kita tahu ilmu Eat Clean dan dilakukan secara berkumpulan, jadi semangat pula nak teruskan. Dalam tempoh beberapa bulan Kak Yaya buat Eat Clean, berat Kak Yaya berkurang 12kg. Ya Allah, tak sangka tapi dalam masa yang sama bersyukur sangat.

Kini Kak Yaya nak ajak sesiapa sahaja yang rasa fedup dah nak kurus sebab dah cuba bertahun-tahun untuk join Kak Yaya amalkan Eat Clean sebagai lifestyle kita. Berita sedihnya, kemasukan bulan August sudah pun ditutup. Tetapi bulan September dah boleh daftar.

Sepanjang kelas, kita akan belajar kira kalori intake, bahan masakan yang sihat, cara memasak yang sihat, pantauan pemakanan setiap peserta dan banyak lagi tips lain. Jika korang semangat nak kuruskan berat badan tanpa produk, tanpa beban berlapar, jawapannya memang Eat Clean.

Anda boleh berdaftar di LINK INI untuk join program Eat Clean bersama Kak Yaya okeh.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge