5 Resepi Berpantang Yang Kompem Buat Maktang Selim. Serius Tak Tipu!

Assalamualaikum wbt..Salam Sejahtera..

Fasa kehamilan adalah satu tempoh waktu dimana para ibu tak rasa bersalah pun nak makan banyak. Kita banyak beri alasan mengidam atau teringin. Masa ni la nak bedal segala mak nenek makanan pun, dengan harapan nanti masa bersalin kita boleh dapat kembali bentuk badan selim melim.

tips kurus ketika dalam pantang

Macam Kak Yaya, pun sama jugak. Atas alasan kita perlukan lebih tenaga untuk carry baby dalam perut. Satu lagi dah set dalam kepala, masa berpantang nanti pantanglah betul-betul. Kompem kurus!

Tapi tak semua angan-angan menjadi kenyataan. Realitinya, ketika berpantang kita berdepan dengan pelbagai tekanan akibat environment yang baru. Khususnya first time mom, kekalutan adalah biasa. Kadang-kadang makan pun ikut sempat saja. Kadang-kadang, suami beli dari kedai sahaja sebab tiada siapa nak jagakan kita dalam pantang.

Kak Yaya lalui fasa ini semua sesudah kematian ibu. Bermakna, semuanya harus dilakukan sendiri dengan bantuan dari suami. Bila cuti suami sudah habis, lintang pukang rumah. Nak masak, lagilah! Bila makan merapu, badan pun nak susut jadi payah. Setakat turun 10kg macam tu sahaja. Sedangkan masa mengandung hampir 20kg naik.

Jadi, untuk memudahkan bakal ibu sekalian, kak yaya compile 5 resepi mudah untuk dimasak ketika dalam pantang. Resepi-resepi ini anda boleh buat sekali banyak dan simpan dalm freezer. Resepi lazat, simple dan yang penting boleh kuruskan badan.

5 Resepi Mudah Untuk Ibu Berpantang

cara kurus dalam pantang

  • 1. Ayam Bakar Lada Hitam

  1. Basuh ayam sehingga bersih
  2. Kisar bawang besar, bawang putih, dan halia
  3. Bahan kisar bancuh bersama lada hitam, madu dan sedikit garam
  4. Perap ayam dengan bahan yang telah disatukan. Lebih lama perap lebih sedap
  5. Bakar/panggang menggunakan pemanggang ajaib
  • 2. Bubur Nasi Bersama Salmon Grillresepi ibu berpantang

  1. Basuh filet salmon sehingga bersih
  2. Lumurkan black pepper, garlic powder dan mix herbs pada salmon. Lebihan rempah campuran boleh digaul pula pada brokoli dan cauliflower.
  3. Kemudian grillkan salmon dan sayuran atas pan selama 5 minit setiap side. Grill salmon tak perlu lama sebab isinya mudah masak.
  4. Siap untuk dihidang bersama bubur nasi yang ditabur chia seed dan white pepper.
  • 3. Tenggiri Perap Lada Hitam

  1. Bersihkan kepingan ikan tenggiri
  2. Tumbuk halia, kunyit, lada hitam dan bawang putih
  3. Lumurkan bahan tumbuk dan  sedikit garam pada isi ikan
  4. Gaulkan pula dengan hirisan daun cekur
  5. Perap sehingga 30minit ke sejam.
  6. Kemudian bakar saja atas non stick pan
  • 4. Serunding Halia Muda Bersama Ikan Bilisresepi ibu pantang

  1. Basuh bersih halia muda dan kupas kulitnya
  2. Parut halia dan gorengkan sehingga rangup dengan satu sudu minyak kelapa atau minyak zaitun pure
  3. Kemudian basuhkan ikan bilis dan rendam selama sejam bagi mengurangkan jumlah sodium di dalamnya. Selepas itu, toskan
  4. Kemudian sangai ikan bilis tanpa minyak sehingga rangup
  5. Gaulkan bersama halia dan ikan bilis
  6. Boleh dimakan bersama nasi panas
  • 5. Ayam Perap Teriyaki

  1. Ambil bahagian dada ayam. Potongkan kecil-kecil
  2. Campurkan 2 sudu madu, halia yang sudah dparut, 2 sudu kicap pekat, 3 biji bawang putih yang diparut, 1 sudu teh minyak bijan dan seikit garam di dalam satu mangkuk
  3. Gaulkan isi ayam tersebut ke dalam campuran perapan
  4. Perap semalaman
  5. Grill atas non stick pan. Kemudian taburkan bijan
  6. Makan bersama ulam pegaga dan nasi panas

Jika anda perasan perkongsian resepi kali ini semuanya berkonsepkan perapan dan tidak mudah rosak. Ianya sangat sesuai untuk ibu yang berpantang sendiri.

Caranya mudah sahaja. Anda hanya minta suami bantu untuk siapkan bahan perapan dan basuh ikan dan ayam. Minta suami perap siap-siap dan masukkan dalam freezer. Apabila tiba waktu makan, anda hanya perlu panaskan. Serunding halia pula anda boleh siapkan sebelum anda bersalin kerana ianya tahan lama.

Dan jika anda perhatikan, Kak Yaya kurangkan penggunaan garam dan gula dalam resepi di atas. Sebenarnya pengurangan gula dan garam sangat membantu untuk mendapat tubuh yang langsing.

Kurus Ketika Berpantang

Dah naik 20kg, tak logiklah taknak turunkan balik berat tu kan? Untuk wanita berpantang, nak bersenam dengan intense ianya hampir mustahil. Jadi pemakanan la yang perlu dititikberatkan agar angan-angan jadi kenyataan.

Selain dari mencuba resepi yang Kak Yaya kongsikan di atas atau di dalam artikel 10 Resepi Mudah Ibu Berpantang , anda juga perlu pastikan intake gula dikurangkan. Bukan sahaja gula yang terang-terang kita nampak. Hidden sugar juga kita perlu ambil perhatian.

Sebagai contoh, ramai ibu berpantang gagal untuk kurus walaupun kuantiti nasi dan lauk sangat dijaga. Rupa-rupanya beliau tidak perasan 2 kali sehari mesti ambil minuman bercoklat. Walaupun pada label dimomok minuman coklat kesihatan, anda perlu lebih bijak untuk memastikan yang ianya benar-benar minuman kesihatan. Malangnya hampir 90% minuman kesihatan ada kandungan hidden sugar.

Sebulan Lagi Naik Kerja Tapi Masih Belum Kurus

Ramai juga wanita cuba untuk membuktikan sesuatu ketika dalam fasa berpantang. Ramai yang ingin tampil langsing masa kembali bertugas. Tetapi bukan semuanya berjaya. Ada yang masih di ambang kegemukan akibat dari pemakanan yang tidak terjaga selepas bersalin.

Untuk kes begini, anda tak perlu risau. Kak Yaya ada program khas untuk anda. Anda boleh baca story Kak Yaya bagaimana Kak Yaya mampu untuk turun berbelas kilogram dalam tempoh 4-5 bulan.

Akhir kata, selamat berpantang ibu-ibu semua. Jagalah kesihatan badan sebab kita nak pakai badan kita ni lama. Dengar nasihat dan petua orang tua, kerana nasihat-nasihat mereka sebenarnya ilmu emas.

Kongsikan artikel ini kepada rakan, pasangan atau pun adik beradik anda yang bakal bersalin nanti.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge