Rahsia Kiraan Kalori Untuk Kurus Dengan Mudah

Assalamualaikum wbt.. Salam Sejahtera

Bila sebut cara kurus dengan mudah, berlumba-lumba nak tahu caranya kan? Mana taknya, cuba tengok iklan jual ubat kurus. Beratus, malahan ribuan komen dari mereka yang bermasalah dengan obesiti. Dengan kata lain, kegemukan ini ibarat never ending stories.

Tapi akibat dari makan ubat yang tidak diketahui bahan-bahan yang digunakan, banyak pula side effectnya. Kak Yaya taknak sentuh pasal side effect yang mengerikan sehingga menyebabkan maut. Cukup sekadar contoh yang tak berapa nak ngeri; naik balik berganda-ganda bila stop makan ubat tu.

Ramai sangat yang alami masalah macam ni. Sebab sepanjang proses nak kurus tu terlalu bergantung dengan ubat. Once kita stop makan ubat, tiba-tiba sahaja selera makan meluap-luap. Sudahnya memang naiklah badan tu balik kan?

ubat untuk kurus

Kak Yaya juga pernah jadi mangsa ubatan ni. Obses nak kurus, sampai beli macam-macam jugaklah ubat nak kurus. Sampai satu tahap kita jadi bosan. Bosan sebab kena shake-shake, bosan sebab kita kena berlapar. Bosan sebab kurang efektif dan akhir sekali, bosan sebab mahal!

Tak larat nak menten kalau sebulan beratus-ratus. Pulak tu jenis yang bila stop akan sebabkan badan jadi naik.

Sebenarnya ada sebab kenapa badan kita naik mendadak apabila kita berhenti makan ubat. Nantilah, ada peluang kak yaya story kat artikel lain ya. For now, Kak Yaya akan ceritakan konsep kiraan kalori untuk kurus.

kelas eat clean

Konsep Kalori Untuk Kurus

Dulu, ketika kurang ilmu Kak Yaya hanya tahu makanan sekian,sekian tinggi kalori, rendah kalori. Tanpa mengetahui kenapa setiap makanan diletakkan label kalori. Bila dah berjinak buat Eat Clean awal 2017, barulah terdedah dengan konsep kalori.

Rupa-rupanya untuk kurus, bukanlah susah. Malah, tiada paksaan pun untuk berlapar. Proses turunkan berat badan seiring dengan kiraan kalori yang cukup untuk berikan kita tenaga dan kenyang.

Kalori adalah nilai tenaga dalam makanan. Tenaga inilah yang membantu kita untuk terus hidup dengan sihat. Sebab itulah kita wajib tahu kiraan kalori supaya kita tidak kekurangan atau terlebih tenaga.

Basal Metabolic Rate (BMR)

BMR merupakan kiraan kalori minimum yang diperlukan oleh badan kita. Kita tidak boleh ambil kalori kurang dari BMR kerana ia akan menyebabkan otak menghantar signal kepada otak yang kita sedang hadapi krisis makanan. Secara automatik, sistem metabolisma badan kita slow down supaya tak bakar banyak kalori supaya kita masih ada tenaga untuk terus hidup.

Kiraan BMR berbeza untuk setiap individu kerana banyak faktor yang mempengaruhi. Sebagai contoh; jantina, usia, berat, ketinggian dan level keaktifan. Di bawah Kak Yaya sediakan  formula untuk mengira BMR.

Cara kira BMR bagi Perempuan:

655 + (9.6 x berat dalam kg) +(1.8 x tinggi dalam cm) – (4.7 x umur dalam tahun )

Cara kira BMR bagi Lelaki :

66 + (13.7 x berat dalam kg ) + ( 5 x tinggi dalam cm ) – ( 6.8 x umur dalam tahun )

Kak Yaya bagi contoh bacaan BMR Kak Yaya.

  • Berat = 56kg
  • Tinggi = 163
  • Umur = 35 tahun

BMR = 655 + (9.6 x 56kg) +(1.8 x 163) – (4.7 x 35 )

        = 655 + 537.6 +293.4 – 164.5 = 1321.5

Bermakna kalori minimum dalam sehari untuk Kak Yaya ialah 1321.5

Daily Calorie Requirement (DCR)

DCR pula merupakan kalori maksimum yang diperlukan oleh badan. Ia bergantung kepada tahap aktiviti atau keaktifan kita.

  • Faktor 1.2 jika anda kurang atau tiada senaman, kerja di meja atau suri rumah
  • Faktor 1.375 jika anda melakukan senaman ringan/bersukan 1-3 hari/minggu
  • Faktor 1.55 jika anda melakukan senaman sederhana / bersukan 3-5 hari / minggu
  • Faktor 1.725 jika anda melakukan senaman berat / bersukan 6-7 hari / minggu
  • Faktor 1.9 jika anda melakukan senaman berat setiap hari / bersukan dan latihan fizikal atau 2x sehari seperti pelumba marathon

Kak Yaya berikan contoh untuk tahap keaktifan Kak Yaya; 1.55

DCR = BMR x faktor keaktifan

       = 1321.5 x 1.55 = 2048

Bermakna Kak Yaya boleh ambil sehingga 2048 kalori setiap hari jika Kak Yaya nak kekalkan berat badan Kak Yaya.

program eat clean

Defisit Kalori

Di sinilah sebenarnya kunci untuk kuruskan badan. Sememangnya kalori maksimum yang Kak Yaya kena ambil ialah 2048. Tetapi sebenarnya kita boleh defisitkan kalori tersebut dengan kurangkan 300-500 kalori untuk kuruskan badan. Sebagai contoh Kak Yaya kurangkan 500 kalori daripada DCR Kak Yaya.

Kalori defisit = 2048 – 500 = 1548 kalori

Jadi keperluan kalori Kak Yaya 1548 sudah memadai untuk keperluan tenaga harian; seterusnya bantu untuk kuruskan badan.

Anda perlu ingat setiap 7700 kalori yang berjaya dikurangkan, kita akan kehilangan 1kg. JIka kita defisitkan kalori secara konsisten, in shaa Allah berat akan turun. Namun, tanpa senaman mungkin agak memakan masa. Sebab itulah, senaman 3 kali seminggu sangat digalakkan untuk cepatkan proses nak kurus. Tak perlu senaman berat pun. Simple-simple tetapi konsisten adalah lebih baik.

Kak Yaya harap sebahagian info yang selalu Kak Yaya ajarkan kepada student Kelas Eat Clean Kak Yaya ini mampu difahami dan diikuti oleh anda yang nak kuruskan badan. Sebenarnya untuk kurus tak perlu paksa diri sendiri menjadi lapar. Tahu ilmu pemakanan, in shaa Allah senang sahaja.

Kelas Eat Clean Kak Yaya

Alhamdulillah, sekarang sedang running kelas pantauan 21 hari untuk batch November. Ini adalah batch ke 6 di bawah pantauan Kak Yaya. Seronok apabila minggu pertama pun student dah mula tunjukkan improvement. Ada yang turun sehingga 4kg.

Ada banyak lagi testimoni Kelas Eat Clean Kak Yaya. Anda boleh baca artikel pengalaman student EC Kak Yaya atau pun rujuk facebook Kak Yaya.

Sekarang Kak Yaya nak jemput anda yang berminat untuk jadi sebahagian #gengselimkakyaya untuk bulan December pula. Jika anda sudah tidak mampu menanggung berat badan badan yang semakin memberat, atau sudah penat lompat satu demi satu produk, inilah masanya untuk anda betul-betul fahami konsep kurus badan dengan kiraan kalori dan eat clean.

Ya, dalam kelas Kak Yaya akan ajar benda ini semua. Jika berminat untuk mencuba, anda boleh terus whatsapp www.wasap.my/60146692610/ecbatchbaru . Atau anda boleh juga isi form di bawah untuk Kak Yaya contact kemudian.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge